F1 BAHRAIN DI SEPANG JADI MILIK MAX VERSTAPPEN, HAMILTON KEMBALI DI PODIUM
Malaysia digegarkan dengan dentuman bunyi dari kereta F1 sepanjang hujung minggu yang lalu dengan Bahrain GP di Sepang.
Hujan lebat, kelewatan permulaan perlumbaan, kekecohan formation lap, strategi tayar yang tidak menjadi serta kemunculan Safety Car mewarnai perlumbaan dramatik di Sepang. Semua ini menjadi saksi Max Verstappen akhirnya kembali ke podium tertinggi musim ini.
Kembali ke Litar Antarabangsa Sepang selepas sembilan tahun, Formula 1 menghadiahkan aksi penuh drama. Perlumbaan ke-16 musim 2026 ini berlangsung dalam keadaan cuaca yang tidak menentu. Hujan lebat sebelum perlumbaan menyebabkan waktu permulaan ditangguhkan sebanyak dua kali. Kemudian, aksi 55 pusingan itu akhirnya dimulakan dalam keadaan litar basah. Situasi semakin mencabar apabila formation lap turut berlangsung dalam keadaan penuh kekecohan, dengan pasukan perlu membuat keputusan pantas berkaitan pemilihan tayar.

Di sebalik segala kekalutan tersebut, Max Verstappen berjaya mengekalkan ketenangan untuk meraih kemenangan pertamanya bagi musim 2026. Verstappen mengulangi sejarah di Seoang, 9 tahun yang lalu apabila meraih tempat pertama di trek yang sama. Ia sekali gus menamatkan penantian Red Bull untuk kembali ke tangga teratas. Verstappen menewaskan pelumba Mercedes, Kimi Antonelli, yang menamatkan perlumbaan di tempat kedua. Keputusan itu memberikan Antonelli tambahan mata penting dalam perebutan kejuaraan dunia. Khususnya selepas rakan sepasukannya, George Russell, terpaksa menamatkan perlumbaan lebih awal.
Kekecewaan Buat George Russel, Hamilton Kembali Ke Podium
Russell ketika itu sedang berada di tempat ketiga, di belakang Antonelli. Dia kelihatan berada dalam kedudukan terbaik untuk melengkapkan podium berganda Mercedes. Namun, dengan hanya lima pusingan berbaki, masalah yang dipercayai berpunca daripada unit kuasa memaksa Russell memberhentikan jentera ketika Safety Car kedua berada di litar. Kegagalan Russell mengutip mata penting itu secara tidak langsung membantu Antonelli melebarkan kelebihan dalam kedudukan kejuaraan kepada 84 mata.

Sementara itu, Lewis Hamilton mencuri perhatian menerusi kebangkitan luar biasa. Pelumba Ferrari itu pada awalnya terperosok ke kedudukan ke-18 selepas strategi pertukaran tayar pasukannya tidak membuahkan hasil ketika keadaan litar berubah-ubah. Namun, Hamilton enggan mengalah. Dengan pengalaman dan kawalan perlumbaan yang dimilikinya, juara dunia tujuh kali itu berjaya memanfaatkan perkembangan keadaan litar serta beberapa tempoh Safety Car untuk memanjat semula kedudukan dan menamatkan perlumbaan di tempat ketiga.
Dua tempoh Safety Car sepanjang perlumbaan turut memainkan peranan besar dalam mengubah strategi serta kedudukan pelumba. Dengan keadaan trek yang sentiasa berubah, pemilihan tayar menjadi antara faktor utama yang menentukan siapa mampu bertahan dan siapa pula kehilangan peluang. Kemenangan Verstappen di Sepang hadir selepas perlumbaan yang hampir tiada ruang untuk kesilapan. Daripada hujan lebat dan kelewatan permulaan, kekecohan formation lap, pertaruhan tayar yang gagal sehinggalah masalah mekanikal serta Safety Car, perlumbaan kali ini sememangnya menjadi antara yang paling dramatik dalam kalendar F1 2026.

Dengan hanya beberapa pusingan lagi menuju penghujung musim, kemenangan ini bukan sahaja menghidupkan semula kempen Verstappen dan Red Bull. Malah, ia menjadikan persaingan kejuaraan semakin menarik apabila Antonelli kini mempunyai kelebihan 84 mata di hadapan Russell.
Sepang akhirnya kembali dengan penuh gaya dan Formula 1 mungkin tidak akan melupakan kepulangan ini dalam masa terdekat.
Pautan berkaitan: 5 KERETA F1 YANG PALING MAHAL PERNAH DIJUAL DI AUCTION
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
LOUIS VUITTON TROPHY TRUNK HIASI KEMENANGAN MAX VERSTAPPEN, BAHRAIN GRAND PRIX DI MALAYSIA!
Max Verstappen bergelar juara Bahrain Grand Prix di Malaysia, dianugerahkan trofi yang khas dipersembahkan di dalam Peti Trofi Louis Vuitton.
BUFORI, LUXURY ON WHEELS DARI MALAYSIA
Kenali Bufori, ikon kereta mewah dari Malaysia yang tampil dengan reka bentuk klasik, kemasan eksklusif dan identiti tersendiri.
DIORIGINALS: MENGHIDUPKAN SEMULA 5 WANGIAN IKONIK DIOR DI MALAYSIA
Lima daripada wangian ikonik Dior, Dioriginals kini tersedia di butik Dior seluruh Malaysia untuk dirasai sendiri pengalaman harum ini.
EMPTY PAGE. KEMBALI DENGAN ‘BERDOSA’, BANGKITKAN TRAUMA LAMA
Selepas mencuri perhatian menerusi lagu ‘mata(hari)’, kumpulan pop rock Empty Page. kembali dengan single terbaharu berjudul ‘BERDOSA’
DARI FOTOGRAFI KE FESYEN, GAYA MUHAMMAD IMRAN
Kenali perjalanan Muhammad Imran daripada fotografi ke dunia fesyen dan bagaimana pengalaman membentuk gaya dan identitinya.
UNDIAN GL THE MAN AWARDS 2026 BERMULA! KENALI 10 NOMINEE GL STYLE’S CHOICE
GL The Man Awards kembali buat edisi 2026. Penerima Style’s Choice bakal dipilih oleh para pembaca GLAM Lelaki melalui undian. Sebelum itu, kenali 10 nominee ini!











