GL THE MAN AWARDS 2026, “STAIL TERBAIK” – ALVN
ALVN, nama yang cukup dikenali dalam dunia hiburan tidak kira tentang bakat lakonannya atau gayanya yang versatile.
Sememangnya wajah yang cukup dikenali dan rapat dengan GLAM Lelaki, ALVN. Setiap pertemuan bersamanya juga bagaikan rakan lama. Daripada layar perak ke pentas fesyen antarabangsa, ALVN semakin mengukuhkan namanya sebagai figura yang wajar diberi perhatian. Kehadirannya di Milan dan Paris Fashion Week membuktikan bahawa pengaruh serta gaya peribadinya turut mendapat tempat di persada fesyen global. Gabungan pencapaian dan identiti gaya yang tersendiri melayakkan ALVN menerima anugerah Stail Terbaik di GL The Man Awards 2026.
1. Bagaimana Anda Ingin Menggambarkan Diri Anda Lima Tahun Akan Datang?
Saya ingin mencuba sesuatu yang berbeza, mungkin dengan menceburi bidang perniagaan. Saya berharap dapat menjadi seorang yang lebih matang dan stabil dari segi kehidupan, selain mempunyai sumber pendapatan sampingan. Dalam tempoh lima tahun lagi, usia saya akan mencecah 40 tahun, jadi mungkin akan ada perubahan dari segi penampilan, sama ada gaya rambut atau cara berpakaian. Paling penting, saya berharap dapat terus kekal relevan dalam industri ini.
2. Bagaimana Anda Kekal Menjadi Diri Sendiri Apabila Semakin Ramai Orang Mempunyai Ekspektasi Terhadap Anda?
Teruskan melakukan perkara yang saya suka dan jangan terlalu memikirkan komen orang lain. Kita menjalani kehidupan sendiri dan tidak mungkin dapat memuaskan hati semua orang. Apa yang paling penting ialah kita sudah berusaha sebaik mungkin dan melakukan apa yang sepatutnya.
Selain itu, saya rasa kita perlu menjadi lebih berterus terang. Jika tidak bersetuju dengan sesuatu perkara, beranikan diri untuk bersuara. Namun, jika tidak pasti tentang sesuatu perkara, lebih baik kita tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.
3. Di Luar Kerjaya, Apakah Perkara Yang Paling Anda Minati?
Saya sangat suka melancong. Selain itu, seperti yang ramai tahu, saya kini turut menyertai HYROX. Saya akan menyertai pertandingan HYROX di Kuala Lumpur pada Disember ini, selepas membuat penampilan sulung di Bangkok, Thailand.
Pada asalnya, saya tidak bercadang untuk menyertai acara di Kuala Lumpur. Namun, memandangkan saya kini bekerjasama dengan PUMA dan mereka memberikan saya tiket untuk menyertainya, saya mengambil peluang tersebut. Mungkin saya akan mula menjalani latihan pada Oktober ini sebagai persediaan.
4. Apakah Erti ‘Good Style’ Buat Anda Sebagai Seorang Lelaki?
Bagi saya, gaya yang baik bermaksud penampilan yang tidak terlalu selekeh. Sebagai seorang lelaki, antara perkara yang sukar saya terima ialah kuku yang tidak dipotong dan rambut yang kelihatan berminyak. Jadi, bagi saya, gaya yang baik sebenarnya bermula dengan kebersihan dan penjagaan diri.
5. Berkaitan Dengan Tema ‘Celebrate Style’, Bagaimana Anda Meraikan Gaya Dalam Cara Tersendiri?
Bagi saya, saya meraikan gaya apabila saya berasa selesa dan kelihatan baik dengan apa sahaja yang dipakai. Saya bukanlah seseorang yang gemar mengenakan pakaian dengan warna-warna terang. Jadi, selagi saya berasa gembira, selesa dan yakin dengan penampilan sendiri, itu sudah cukup untuk saya.
6. Satu Lagu Yang Bermain Di Fikiran Sekarang?
Lagu Watermelon Sugar daripada Harry Styles! (Watermelon Sugar bermain di studio ketika ALVN berfikir)
Pautan berkaitan: GL THE MAN AWARDS 2026, “STAIL NEXT GEN” – FAHD DHAF
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GL THE MAN AWARDS 2026, “STAIL NEXT GEN” – FAHD DHAF
Wajah yang sering menghiasi pentas fesyen, Fahd Dhaf turut mempunyai gaya peribadi yang setara dengan penampilannya.
GL THE MAN AWARDS 2026, “MAN OF INFLUENCE” – AMIRUL DANIAL
Biarpun konten fesyen atau gaya hidup, kerjaya atau personal, pereka konten Amirul Danial tidak pernah lekang menunjukkan peribadinya yang berani dan penuh karakter.
GL THE MAN AWARDS 2026, “STAIL TERBAIK”- GAJEN CHANDRA
Gajen Chandra memberi pengaruh di kalangan anak muda sebagai pencipta kandungan dan usahawan muda yang penuh gaya.
UNDIAN GL THE MAN AWARDS 2026 BERMULA! KENALI 10 NOMINEE GL STYLE’S CHOICE
GL The Man Awards kembali buat edisi 2026. Penerima Style’s Choice bakal dipilih oleh para pembaca GLAM Lelaki melalui undian. Sebelum itu, kenali 10 nominee ini!
GL THE MAN AWARDS 2026 STYLE’S CHOICE
GLAM Lelaki kembali dengan kategori eksklusif buat GL The Man Awards 2026, Style's Choice bersama Co-Chair yang akan diumumkan nanti.
DARI AKTOR KE STAIL IKON: 5 PELAKON TEMPATAN DENGAN GAYA VERSATIL
Kenali 5 selebriti Malaysia yang bukan sahaja menyerlah di layar, tetapi turut mencuri perhatian dengan stail dan identiti fesyen tersendiri.











