Skip to content

GL THE MAN AWARDS 2026, “STYLE HERO” – MIERUL AIMAN

GL THE MAN AWARDS 2026, “STYLE HERO” – MIERUL AIMAN

Kongsikan artikel ini

Nama yang sememangnya semakin besar dalam dunia lakonan, Mierul Aiman juga aktif dalam dunia fesyen dengan jenamanya, DreamKid.

Ramai yang tahu, hubungan rapat GLAM Lelaki bersama Mierul Aiman. Seorang yang mudah untuk bekerjasama, dengan bakat yang cukup besar. Melangkah daripada pentas Hero Remaja ke dunia lakonan, Mierul Aiman terus mengukuhkan namanya sebagai antara pelakon muda yang mencuri perhatian. Selain bakat di hadapan kamera, dia turut memiliki identiti gaya tersendiri yang melengkapi karakternya. Tahun ini, Mierul turut menghidupkan watak KUDA dalam KUDRAT, di samping meneroka sisi baharu dirinya menerusi jenama miliknya, DreamKid. Gabungan perjalanan kerjaya, karakter dan evolusi gaya yang tersendiri melayakkan Mierul dinobatkan sebagai Style Hero di GL The Man Awards 2026.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

1. Bagaimana Anda Ingin Menggambarkan Diri Anda Lima Tahun Akan Datang?

Mungkin 60 hingga 70 peratus diri saya masih sama, tetapi selebihnya akan membawa kelainan, terutamanya dari segi peningkatan kemahiran. Saya perlu terus mengasah bakat untuk mencapai sesuatu yang lebih besar. Saya percaya dalam tempoh lima tahun akan datang, skala penerbitan filem dan siri akan menjadi lebih mencabar, dengan lebih banyak perkara baharu yang akan diteroka dan diketengahkan.

Jadi, saya berharap kemahiran saya dalam bidang lakonan akan terus berkembang seiring dengan perubahan industri. Selain itu, saya kini turut menceburi bidang perniagaan dan berharap perniagaan tersebut akan menjadi lebih stabil dalam tempoh lima tahun akan datang.

2. Bagaimana Anda Kekal Menjadi Diri Sendiri Apabila Semakin Ramai Orang Mempunyai Ekspektasi Terhadap Anda?

Kita perlu sedar bahawa setiap orang mempunyai pandangan peribadi masing-masing, sama ada positif mahupun negatif. Apabila kita mula mengambil tahu tentang pandangan orang lain terhadap diri kita, sudah tentu kita akan melalui pelbagai emosi.

Jadi, saya mengajar diri sendiri untuk memahami bahawa semua itu hanyalah emosi yang datang dan pergi. Setiap kali saya merasakan sesuatu, saya cuba memprosesnya sendiri tanpa membiarkan emosi tersebut mengawal tindakan atau keputusan saya. Bagi saya, penting untuk kita memahami perasaan sendiri supaya kita tidak mudah terpengaruh dengan pandangan orang lain.

3. Di Luar Kerjaya, Apakah Perkara Yang Paling Anda Minati?

Saya memang meminati sukan dan masih banyak aktiviti yang ingin saya cuba, seperti gusti, motocross, menunggang kuda dan sukan lasak. Namun, saya masih belum berkesempatan untuk mencubanya kerana kebanyakan masa saya tertumpu pada kerja.

Buat masa ini, saya benar-benar teringin mencuba aktiviti yang melibatkan laut, seperti belayar, menyelam dan meluncur ombak. Saya mahu meneroka pengalaman baharu di luar rutin harian dan mencabar diri sendiri melalui aktiviti yang belum pernah saya lakukan.

4. Apakah Erti ‘Good Style’ Buat Anda Sebagai Seorang Lelaki?

Bagi saya, gaya yang baik ialah apabila seseorang mampu memahami dan menterjemahkan setiap gaya yang digayakannya. Maksud saya, kita perlu mengenali tubuh sendiri terlebih dahulu supaya dapat memahami tenaga, emosi dan suasana yang ingin ditampilkan melalui pemakaian. Apabila kita memahami diri sendiri, lebih mudah untuk kita meneroka gaya yang benar-benar mencerminkan personaliti masing-masing.

5. Berkaitan Dengan Tema ‘Celebrate Style’, Bagaimana Anda Meraikan Gaya Dalam Cara Tersendiri?

Bagi saya, salah satu cara untuk meraikan gaya adalah dengan menghormati kod pakaian yang ditetapkan. Apabila menghadiri sesuatu majlis atau acara, kita boleh meraikannya dengan memilih pakaian yang bersesuaian dengan suasana dan keperluan acara tersebut. Paling penting, kita perlu berasa selesa dengan apa yang dipakai.

6. Satu Lagu Yang Bermain Di Fikiran Sekarang?

Sekarang, saya suka dengar mixer yang berlainan. Sebagai contoh buat masa ini, saya suka mendengar lagu runut bunyi berjudul Die For daripada Arro. Lagu ini memberikan saya perasaan euforia yang sukar digambarkan.

Pautan berkaitan: GL THE MAN AWARDS 2026, “GAME CHANGER” – ASHRAF ANUAR

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

GL THE MAN AWARDS 2026, “GAME CHANGER” – ASHRAF ANUAR

GL THE MAN AWARDS 2026, “GAME CHANGER” – ASHRAF ANUAR

Bacaan Lanjut
GL THE MAN AWARDS 2026, “STAIL TERBAIK” – YM TENGKU BAKAR

GL THE MAN AWARDS 2026, “STAIL TERBAIK” – YM TENGKU BAKAR

Bacaan Lanjut
SIAPAKAH BARISAN PENERIMA GL THE MAN AWARDS 2026?

SIAPAKAH BARISAN PENERIMA GL THE MAN AWARDS 2026?

Bacaan Lanjut
GL THE MAN AWARDS 2026, “STAIL TERBAIK” – ALVN

GL THE MAN AWARDS 2026, “STAIL TERBAIK” – ALVN

Bacaan Lanjut
GL THE MAN AWARDS 2026, “STAIL NEXT GEN” – FAHD DHAF

GL THE MAN AWARDS 2026, “STAIL NEXT GEN” – FAHD DHAF

Bacaan Lanjut
GL THE MAN AWARDS 2026, “MAN OF INFLUENCE”-AMIRUL DANIAL

GL THE MAN AWARDS 2026, “MAN OF INFLUENCE” – AMIRUL DANIAL

Bacaan Lanjut