Skip to content

GL THE MAN AWARDS 2026, “VISI KREATIF” – M. SHAFFUAN

GL THE MAN AWARDS 2026, “VISI KREATIF” – M. SHAFFUAN

Kongsikan artikel ini

Sebagai pengarah kreatif generasi baharu, M. Shaffuan hadir dengan bakat, idea segar serta perspektif kreatif yang sentiasa melangkaui kebiasaan.

Di sebalik setiap karya yang hebat, terdapat pengarah di belakang tabir yang berdaya melihat visi penyampaian daripada perspektif yang berbeza. Sebagai seorang pengarah muda dan pengasas 2117 Production, M. Shaffuan membina nama dengan keupayaannya dalam menterjemahkan imaginasi menjadi karya yang beridentiti.

Setelah terus-menerus membawa perspektif baharu dalam dunia pengarahan, GLAM Lelaki mengiktiraf bakat Shaffuan yang cukup luar biasa ini menerusi Creative Visionary atau Visi Kreatif.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

1. BAGAIMANA ANDA INGIN GAMBARKAN DIRI ANDA LIMA TAHUN AKAN DATANG?

Dari dahulu lagi saya mahu menjadi pembuat dan pengarah filem. Saya berharap lima tahun lagi saya dapat menjadi pengarah filem lokal yang disukai ramai. Jika sudah keluarkan movie juga, semestinya saya mahu pergi lebih jauh. Saya bercita-cita agar filem saya layak disenaraikan untuk Oscar.

 

2.BAGAIMANA ANDA KEKAL MENJADI DIRI SENDIRI APABILA SEMAKIN RAMAI ORANG MEMPUNYAI EXPECTATION TERHADAP ANDA?

Kadangkala orang meletakkan harapan yang tinggi terhadap saya. Namun, saya faham bahawa hal itu berpunca daripada pencapaian diri saya sendiri. Oleh itu, saya akan berusaha sebaik mungkin untuk membuktikan bahawa saya mampu melakukan lebih lagi.

 

3. ⁠DI LUAR KERJAYA, APAKAH PERKARA YANG PALING ANDA MINATI?

Sebelum saya menjadi videografer atau pembuat filem, saya pernah bermain biola dan instrumen lain ketika saya berumur 10 hingga 16 tahun. Jadi mungkin jika saya tidak menjadi pembuat filem, saya akan menjadi ahli muzik. 

 

4. APAKAH ERTI ‘GOOD STYLE’ BUAT ANDA SEBAGAI SEORANG LELAKI?

Dalam industri pembikinan filem, saya banyak berada di dalam belakang tabir, jadi penampilan saya tidak perlu begitu ketara. Tetapi bagi saya, gaya yang bagus adalah kemas yang bukan sahaja pada luaran, tetapi juga penampilan dan gaya hidup. Contohnya bersukan.

 

5. BERKAIT DENGAN TEMA CELEBRATE STYLE, BAGAIMANA ANDA MERAIKAN STYLE DALAM CARA TERSENDIRI?

Saya kurang dalam menggayakan outfit, tapi penggayaan saya lebih kepada karya. Saya mempunyai cara tersendiri dalam penyampaian cerita dan penyampaian visual. Dari situ, orang akan tahu serba sedikit bahawa karya ini adalah gaya Shaffuan.

 

6. ⁠SATU LAGU YANG BERMAIN DI FIKIRAN SEKARANG?

Lagu yang saya minat sekarang adalah Guratan Tangan oleh Feby Puteri. Saya gemarkan lagu-lagu indie.

Artikel berkaitan: GL THE MAN AWARDS 2026, “STYLE TASTEMAKER” – ZAID ARIF

Mengintegrasikan fesyen dan advokasi, one article at a time.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

GL THE MAN AWARDS 2026, “STYLE TASTEMAKER” – ZAID ARIF

GL THE MAN AWARDS 2026, “STYLE TASTEMAKER” – ZAID ARIF

Bacaan Lanjut
GL THE MAN AWARDS 2026, “BRAND OF THE YEAR” – ALL LOVE

GL THE MAN AWARDS 2026, “BRAND OF THE YEAR” – ALL LOVE

Bacaan Lanjut
GL THE MAN AWARDS 2026, “STYLE HERO” – MIERUL AIMAN

GL THE MAN AWARDS 2026, “STYLE HERO” – MIERUL AIMAN

Bacaan Lanjut
GL THE MAN AWARDS 2026, “GAME CHANGER” – ASHRAF ANUAR

GL THE MAN AWARDS 2026, “GAME CHANGER” – ASHRAF ANUAR

Bacaan Lanjut
GL THE MAN AWARDS 2026, “STAIL TERBAIK” – YM TENGKU BAKAR

GL THE MAN AWARDS 2026, “STAIL TERBAIK” – YM TENGKU BAKAR

Bacaan Lanjut
SIAPAKAH BARISAN PENERIMA GL THE MAN AWARDS 2026?

SIAPAKAH BARISAN PENERIMA GL THE MAN AWARDS 2026?

Bacaan Lanjut