Skip to content

GIORGIO ARMANI I WILL BUAT LELAKI YANG MELANGKAH DENGAN KEYAKINAN DAN IDENTITI TERSENDIRI

GIORGIO ARMANI I WILL BUAT LELAKI YANG MELANGKAH DENGAN KEYAKINAN DAN IDENTITI TERSENDIRI

Kongsikan artikel ini

GLAM Lelaki menampilkan Amir Ahnaf, Irfan Zaini, Aedy Ashraf, Aniq Suhair, Aziz Harun dan Jazmy Juma bersama Giorgio Armani I WILL. 

Dalam dunia yang sentiasa menuntut perubahan, kejayaan bukan sekadar tentang bakat atau peluang. Tetapi, turut bergantung pada keberanian untuk menentukan haluan sendiri. Menerusi wangian terbaharu untuk lelaki, Giorgio Armani I WILL, semangat keazaman dan keyakinan diri diterjemahkan melalui enam personaliti yang sedang membina perjalanan serta identiti tersendiri dalam industri hiburan tempatan.

GLAM Lelaki menampilkan Amir Ahnaf, Irfan Zaini, Aedy Ashraf, Aniq Suhair, Aziz Harun dan Jazmy Juma. Setiap individu ini membawa aspirasi dan perspektif berbeza tentang kejayaan. Daripada dunia lakonan dan penerbitan filem hingga ke penciptaan muzik. Mereka berkongsi satu persamaan: kemahuan untuk terus berkembang, mencabar batas kemampuan dan meninggalkan impak tersendiri. Selari dengan falsafah I WILL, perjalanan mereka menjadi cerminan bahawa masa depan bukan sekadar sesuatu yang dinantikan. Sebaliknya, ia dibentuk melalui setiap keputusan, usaha dan keberanian untuk melangkah ke hadapan.

I WILL: Wangian Keazaman dan Keyakinan Lelaki Moden

Diinspirasikan oleh legasi Giorgio Armani yang sentiasa berpegang pada visinya terhadap gaya, I WILL hadir sebagai wangian yang meraikan lelaki dengan tekad untuk membentuk masa depan mereka sendiri. Menggabungkan keharuman vanila gelap yang intensif dengan nota kulit berkayu, wangian ini menampilkan interpretasi baharu terhadap karakter maskulin yang berani, sensual dan memikat.

Dicipta oleh pakar pewangi Nathalie Lorson dan Alberto Morillas, I WILL mengimbangi kesegaran bergamot dari Calabria, Itali. Ia digabungkan bersama aroma lavender dan accord daun violet sebelum berkembang kepada kehangatan vanila Madagascar absolute. Kontras antara kesegaran dan kehangatan ini menghasilkan karakter wangian yang tersendiri, sesuai dipakai pada waktu siang mahupun malam.

Dibangunkan selama empat tahun melalui lebih 2,800 percubaan, I WILL turut menampilkan teknologi prestasi 4D bagi mengoptimumkan unjuran dan jejak wangian. Botolnya pula menampilkan rekaan segi empat tepat dengan kemasan hitam matte berfros di bahagian atas yang beransur jernih ke bahagian bawah. Ini melambangkan karakter misteri dan kekuatan. Dilengkapi penutup logam serta reka bentuk minimalis, botol ini turut boleh diisi semula bagi mengurangkan penggunaan bahan pembungkusan sebanyak 40%.

Lebih daripada sekadar wangian, I WILL membawa mesej tentang keteguhan prinsip, keyakinan diri dan kemahuan untuk terus bergerak ke hadapan.

Enam Personaliti, Satu Semangat Keazaman

Sebagai antara pelakon generasi baharu yang semakin mengukuhkan kedudukan dalam industri perfileman tempatan, Amir Ahnaf membawa semangat untuk terus mencabar diri dan memperluas potensinya. Berbekalkan disiplin, tekad serta kesungguhan untuk berkembang, Amir membuktikan bahawa perjalanan menuju kejayaan memerlukan lebih daripada sekadar peluang. Menerusi semangat I WILL, Amir mencerminkan generasi lelaki yang berani menentukan haluan sendiri. Dia juga terus memperhalusi kemampuan dan berusaha membentuk masa depan berdasarkan visi serta keazaman yang dipegang.

giorgio armani i will

Dengan cita-cita besar dan keinginan untuk meneroka potensi diri, Irfan Zaini sedang membina langkahnya sebagai antara wajah generasi baharu dalam dunia hiburan tempatan. Berbekalkan pelbagai bakat dan semangat untuk mencipta nama, Irfan bukan sekadar mahu menjadi sebahagian daripada industri. Tetapi, turut berhasrat meninggalkan impak melalui identiti serta sumbangannya sendiri. Selari dengan falsafah I WILL, perjalanannya menggambarkan keberanian untuk bermimpi besar. Selain itu, kesungguhan untuk merealisasikan aspirasi dan kemahuan untuk melangkaui batas yang pernah ditetapkan terhadap dirinya.

giorgio armani i will

Perjalanan Aedy Ashraf dalam industri hiburan membuktikan bahawa perkembangan kerjaya memerlukan keberanian untuk meneroka ruang baharu. Daripada membina nama sebagai pelakon muda hingga meraih pengiktirafan menerusi lakonan. Aedy terus memperluas potensinya dengan melangkah ke dunia penerbitan filem. Langkah ini memperlihatkan keinginannya untuk menyumbang kepada industri bukan sahaja di hadapan kamera. Malah, di sebalik tabir dalam membentuk naratif dan membuka peluang baharu. Mencerminkan semangat I WILL, Aedy membuktikan bahawa kemajuan lahir daripada ketekunan, visi yang jelas dan kemahuan untuk terus berkembang melangkaui pencapaian sedia ada.

giorgio armani i will

Dalam industri yang sentiasa berubah, konsistensi menjadi antara elemen penting untuk membina kerjaya yang berpanjangan. Aniq Suhair terus mengukuhkan namanya sebagai pelakon generasi baharu menerusi komitmen terhadap bidang lakonan serta usaha membentuk identiti tersendiri. Dengan keinginan untuk terus memperhalusi bakat dan meneroka potensi baharu, Aniq mencerminkan semangat seorang lelaki yang tidak berhenti pada pencapaian semasa. Seiring dengan I WILL, perjalanannya menegaskan bahawa menjadi peneraju generasi seterusnya bukan sekadar tentang bakat, tetapi turut memerlukan disiplin, kesungguhan dan kemahuan untuk mencipta legasi sendiri.

Bermula sebagai penyanyi muda, Aziz Harun kini turut mengembangkan peranannya dalam dunia muzik dengan meneroka bidang penciptaan muzik untuk generasi baharu. Pengalaman serta pemahamannya terhadap evolusi industri membuka ruang untuk Aziz menyumbang di sebalik tabir. Ini termasuk membantu memberikan peluang kepada bakat dan suara baharu untuk diketengahkan. Perjalanan ini memperlihatkan bahawa perkembangan seorang artis tidak semestinya terhad kepada pentas persembahan. Menerusi semangat I WILL, Aziz mewakili keberanian untuk meneroka peranan berbeza, mengembangkan kreativiti dan mencipta pengaruh yang melangkaui identiti asalnya sebagai penyanyi.

Sebagai wajah baharu dalam landskap hiburan tempatan, Jazmy Juma terus membina identiti menerusi perkembangan bakat dan penerokaan potensi dalam bidang lakonan. Seiring dengan kematangan, Jazmy berusaha memperhalusi kebolehan serta mengembangkan versatiliti untuk menghadapi cabaran industri yang semakin kompetitif. Perjalanan ini mencerminkan semangat I WILL yang mengutamakan keberanian untuk berkembang dan kesungguhan memperbaiki diri. Dengan kemahuan untuk melangkah lebih jauh, Jazmy membawa aspirasi seorang pelakon generasi baharu yang bersedia membina masa depan melalui usaha dan keyakinan terhadap potensi sendiri.

Masa Depan Milik Mereka yang Berani Melangkah

Walaupun datang daripada latar belakang dan bidang berbeza, keenam-enam personaliti ini berkongsi aspirasi untuk terus berkembang. Mereka turut membentuk perjalanan berdasarkan kemahuan sendiri. Ada yang memperluas ruang dalam dunia perfileman, ada yang membina identiti sebagai pelakon. Manakala, ada juga yang meneroka peranan kreatif di sebalik tabir.

Menerusi Giorgio Armani I WILL, semangat ini diterjemahkan melalui wangian yang menggabungkan kesegaran, kehangatan vanila dan kedalaman nota kulit berkayu. Semua ini untuk menghasilkan karakter yang berani serta meninggalkan kesan. Kerana pada akhirnya, masa depan bukan sekadar tentang siapa diri kita hari ini, tetapi siapa yang kita berani menjadi esok. Itulah semangat I WILL. Sebuah pernyataan keyakinan bagi lelaki yang memilih untuk menentukan arah sendiri dan terus melangkah tanpa gentar.

Pautan berkaitan: ARMANI BEAUTY I WILL BAWA VISI MASKULINITI BAHARU KE SURIA KLCC

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

DESIGNERS TO WATCH: NAMA PENTING DI SEBALIK KOLEKSI FALL/WINTER 2026

Bacaan Lanjut

5 HADIAH MENARIK SEMPENA ‘GIFTING SEASON’

Bacaan Lanjut
LIMA STAILPEDRO PASCAL PILIHAN GLAM LELAKI.

LIMA GAYA ‘STYLISH’ PEDRO PASCAL PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
fesyen musim panas lelaki

FESYEN MUSIM PANAS LELAKI MODEN DAN MINIMALIS KINI

Bacaan Lanjut
Stronger With You Armani

A BOLD NEW CHAPTER, MILIKI HARUMAN ARMANI EA STRONGER WITH YOU

Bacaan Lanjut

10 WANGIAN TERBAIK PILIHAN GLAM LELAKI 2023

Bacaan Lanjut