LONGINES MEMPERLUAS KOLEKSI SPIRIT DENGAN EMPAT MODEL BARU
Menjangkau hampir satu abad berteraskan warisan penerbangan, Longines memperluas koleksi Spirit dengan empat model jam tangan baharu: Longines Spirit Pilot dan Longines Spirit Pilot Flyback Chronograph serba biru.
Setia kepada DNA penerbangan, Longines menampilkan empat model kronometer baru buat koleksi Spirit yang diperakui oleh COSC. Kini tampil dalam dail biru matte serta dua pilihan pemadanan: tali jam keluli tahan karat atau tali getah rona biru.
Spirit Pilot

Padanan jam dengan gelang keluli tahan karat.
Spirit Pilot memperkenalkan tafsiran halus, menampilkan kerangka keluli tahan karat bersaiz 39 mm dengan ergonomik yang dipertingkatkan. Terserlah dengan dial biru matte, angka Arab, dan jarum kontras perak yang meningkatkan kebolehbacaan buat para juruterbang.
Jam tangan ini juga dikuasakan oleh kaliber L888.4 eksklusif maison. Mekanisme mekanikal berliku automatik memberikan ketepatan yang luar biasa, dengan simpanan kuasa sehingga 72 jam serta memiliki pensijilan kronometer rasmi COSC.
Spirit Pilot Flyback

Angka Arab disaluti Super-LumiNova® memastikan kebolehbacaan tinggi.
Menjadi teras kepada koleksi Spirit ialah Longines Spirit Pilot Flyback, satu bukti peranan perintis jenama ini dalam pembangunan kronograf flyback.
Kini ditempatkan dalam kerangka keluli tahan karat bersaiz 39.5 mm dan ketebalan 13.4 mm, dilengkapi dail biru serta bezel berputar dua hala. Jarum jam perak dan angka Arab disaluti Super-LumiNova® untuk memastikan keterlihatan tajam.
Kronograf istimewa ini digerakkan oleh kaliber L792.4, mekanisme lilitan manual eksklusif. Tidak dilupakan juga mekanisme kronograf column-wheel dengan fungsi flyback serta simpanan kuasa sehingga 68 jam.
Artikel berkaitan: LOUIS VUITTON TAMBOUR CONVERGENCE MIRROR STEEL, DIALOG HALUS MASA LALU DAN MASA KINI
Mengintegrasikan fesyen dan advokasi, one article at a time.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
AUDEMARS PIGUET 150 HERITAGE DIIKTIRAF SEBAGAM JAM TANGAN KALENDAR DAN ASTRONOMI DI GPHG 2026
Audemars Piguet telah diiktiraf bagi kategori Jam Tangan Kalendar & Astronomi di acara Grand Prix d’Horlogerie de Genève tahun ini menerusi model jam tangan poket 150 Heritage. Kemenangan ini membuktikan kepercayaan para pakar industri kepada jenama jam tangan Switzerland ini.
G-SHOCK GMC-2500 DAN GAC-2500 MEMBAWA FUNGSI G-SHOCK KEDALAM REKA BENTUK ANALOG
Casio mengumumkan tambahan terbaharu kepada barisan jam tangan tahan lasak, G-SHOCK, dengan GMC-2500 dan GAC-2500.
KOLABORASI PERIBADI RADO DAN TAN JIANCI
Rado memperkenalkan jam tangan Edisi Terhad terbaharu yang dihasilkan melalui kerjasama dengan Duta Jenama Global, Tan Jianci.
AUDEMARS PIGUET ‘THE WATCH KEEPERS’: TERPAKAI DAN DIIKTIRAF
Audemars Piguet memperkenalkan 'The Watch Keepers', perkhidmatan baharu bagi jam tangan Audemars Piguet terpakai yang disahkan.
DNA BERPARALEL BR-05 CHRONO SNOW ROCKET DAN SUKAN LUNCUR SKI
Sifat semulajadi sukan luncur ski mencerminkan DNA BR-05 Chrono Snow Rocket dengan ketepatan, kebolehbacaan, prestasi, dan penguasaan masa.
MUARA HOROLOGI: 5 SOROTAN JAM TANGAN BAHARU SEPANJANG OKTOBER
Terokai sorotan jam tangan terbaharu Oktober yang menyatukan warisan, inovasi dan estetika kontemporari.











