Skip to content

TROFI PELAKON LELAKI HARAPAN FFM35 DIRANGKUL OLEH MIERUL AIMAN MENERUSI TARUNG: UNFORGIVEN

TROFI PELAKON LELAKI HARAPAN FFM35 DIRANGKUL OLEH MIERUL AIMAN MENERUSI TARUNG: UNFORGIVEN

Kongsikan artikel ini

Mierul Aiman merangkul trofi Pelakon Lelaki Harapan yang diserahkan oleh Festival Filem Malaysia Ke-35 (FFM35) melalui watak Hatta. 

Pelakon dan GL Boy, Mierul Aiman terus mengukuhkan kedudukannya dalam industri perfileman tempatan hujung minggu yang lalu. Mierul dinobatkan sebagai penerima anugerah Pelakon Lelaki Harapan di Festival Filem Malaysia ke-35 (FFM35) menerusi lakonannya dalam filem aksi, TARUNG: Unforgiven.

Menerusi watak Hatta, seorang bekas juara silat yang terpaksa memasuki dunia gelanggang haram demi menyelamatkan kakaknya, Mierul berjaya menewaskan empat calon lain dalam kategori tersebut. Mereka ialah Merah Muhaimin (Abah Saya, Uncle Mike), Shahfi Rafiq (Indera), Thom Phan (Circus of Life) dan Xid Haixal (Denu).

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mierul Aiman (@mierulaiman)

Lebih istimewa, trofi kemenangan itu disampaikan oleh Amir Ahnaf, yang juga merupakan rakan seperjuangan dan rakan baiknya. Amir Ahnaf merupakan penerima anugerah yang sama, tahun lepas. Momen tersebut pastinya membawa makna tersendiri buat Mierul, apatah lagi kedua-duanya kini semakin menyerlah dalam industri seni tanah air. Ketika menyampaikan ucapan kemenangan, Mierul tidak lupa merakamkan penghargaan kepada keluarga, pihak produksi, pengurusan Rocketfuel Entertainment serta semua individu yang sentiasa memberikan sokongan sepanjang perjalanan kerjayanya.

Mierul turut membuat kemunculan bersama Zarif Ghazzi dan Evertts Gomes di acara itu. Mewakili Kudrat Boys, pelakon meningkat hangat itu menyampaikan anugerah buat penerima Rekaan Busana Terbaik, Filem Pendek Terbaik serta Dokumentari Terbaik.

mierul aiman ffm35

Hasrat Mierul Aiman Buat Karya Di Malaysia

Dalam pada itu, pelakon berusia 28 tahun tersebut turut menyuarakan hasrat untuk membawa karya sinema Malaysia ke persada antarabangsa. Usaha ini agar suara dan identiti seni tempatan dapat dikenali oleh penonton dunia.

“Terima kasih kepada semua yang percaya dan memberi harapan kepada saya. Saya harap anugerah ini terus dapat memberikan kalian harapan kepada saya. Saya nak bawakan sinema kita kepada dunia. Yang paling penting, mereka dengar suara kita dengan cara kita dan mereka tahu ini adalah filem tanah air Malaysia,” ujar Mierul.

mierul aiman ffm35

Untuk rekod, TARUNG: Unforgiven merupakan filem arahan Razaisyam Rashid dan terbitan pertama pelakon Aedy Ashraf. Ditayangkan pada Mei 2026, naskhah aksi ini turut dibintangi barisan pelakon seperti Aedy Ashraf, Azira Shafinaz dan Amir Ahnaf. Selain itu, Bront Palarae, Zul Ariffin, Sharifah Sakinah, Sky Iskandar dan Aeril Zafrel.

Filem tersebut mencatatkan kutipan sebanyak RM23.6 juta selepas 55 hari tayangan di pawagam seluruh negara. Malah, TARUNG: Unforgiven turut mengekalkan kedudukan sebagai filem nombor satu selama 19 hari berturut-turut. Filem ini juga menjadi antara filem dengan kutipan tertinggi di bawah Skim Wajib Tayang FINAS bagi tahun 2026.

Kemenangan ini juga menjadi satu pencapaian bermakna buat Mierul memandangkan TARUNG: Unforgiven merupakan penampilan sulungnya sebagai pelakon utama dalam sebuah filem layar lebar. Daripada seorang juara Hero Remaja kepada pelakon yang kini menggalas watak utama dalam naskhah aksi berskala besar. Kini, perjalanan Mierul membuktikan bahawa bakat dan usaha yang konsisten mampu membuka lebih banyak ruang dalam industri seni.

Tahniah Mierul Aiman! Semoga kemenangan ini menjadi permulaan kepada lebih banyak pengiktirafan, sekali gus membuka peluang untuknya memburu trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik mahupun Pelakon Lelaki Terbaik pada masa akan datang.

Pautan berkaitan: MELON MUSIC AWARDS 2026: MALAM GEMILANG BUAT BINTANG K-POP

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

PELAKON LELAKI TERBAIK AKHIRNYA MILIK SHAHEIZY SAM DI FFM 35!

PELAKON LELAKI TERBAIK MILIK SHAHEIZY SAM DI FFM 35!

Bacaan Lanjut
SENARAI PEMENANG FESTIVAL FILEM MALAYSIA KE-35 TAHUN 2026!

SENARAI PEMENANG FESTIVAL FILEM MALAYSIA KE-35 TAHUN 2026!

Bacaan Lanjut
TONTON 5 FILEM YANG TERCALON KATEGORI FILEM TERBAIK DI FFM35

TONTON 5 FILEM YANG TERCALON KATEGORI FILEM TERBAIK DI FFM35

Bacaan Lanjut
KUDRAT 1968: HIGH COUNCIL BAKAL CETUS KEMUNCAK DI PAWAGAM 29 OKTOBER INI

KUDRAT 1968: HIGH COUNCIL BAKAL CETUS KEMUNCAK DI PAWAGAM 29 OKTOBER INI

Bacaan Lanjut
GL THE MAN AWARDS 2026, “STYLE HERO” – MIERUL AIMAN

GL THE MAN AWARDS 2026, “STYLE HERO” – MIERUL AIMAN

Bacaan Lanjut
GLAM LELAKI OKTOBER 2026: GL THE MAN AWARDS 2026

SIAPAKAH BARISAN PENERIMA GL THE MAN AWARDS 2026?

Bacaan Lanjut