Skip to content

TAKLUKAN CONQUEST V.H.P. OLEH LONGINES

Kongsikan artikel ini

Jenama jam terkemuka, Longines adalah antara jenama jam yang eksklusif dan berada di kelasnya tersendiri dalam penghasilan jam tangan kuarza. Dan kini Longines memanfaatkan kepakaran yang cemerlang dalam teknologi kuarza bagi mewujudkan jam tangan berketepatan tinggi iaitu Conquest V.H.P. (Very High Precision) yang serba baru dan mewah.

Koleksi ini merupakan satu lagi catatan peristiwa penting dalam sejarah jam tangan kuarza, di mana ia menggabungkan ciri-ciri jam tangan pintar pada hari ini, seperti ultra-precision, kecanggihan teknikal serta sporty, tanpa sebarang kelemahan bagi memelihara keanggunan dan pesona elegance jenama ini.

Yang istimewa tentang jam ini? Model ini terbina dengan satu sistem yang menyelaraskan semula jarum-jarum jam setelah terdedah kepada kejutan atau medan magnet. Conquest V.H.P adalah antara yang pertama di dunia  menjamin simpanan masa yang tepat selari dengan pergerakan kuarza generasi baru.

Dan baru-baru ini, 100 media terpilih dari segenap dunia dijemput untuk menyaksikan detik bersejarah ini. Koleksi baru ini telah dilancarkan di Balai Cerap Neuchâtel, di mana jam kuarza yang pertama dengan ketepatan mutlak dibangunkan pada tahun 1954.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 13 Mac 2017

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

LIMA TIPS PENGGAYAAN FESYEN ALA KABILAN JELEVAN

LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN

Bacaan Lanjut

DAYA TARIKAN TAHAN LASAK LUMINOX ADVENTURE WATCH

Bacaan Lanjut
GAYA MEWAH ZEEKR 7X BLACK NOVA

GAYA MEWAH ZEEKR 7X BLACK NOVA

Bacaan Lanjut
BIGBANG LANCAR SINGLE BAHARU, 'BIIIG' SEMPENA ULANG TAHUN KE-20

BIGBANG LANCAR SINGLE BAHARU, ‘BIIIG’ SEMPENA ULANG TAHUN KE-20

Bacaan Lanjut
THE ORDINARY BAWAKAN “PORE PLAYGROUND”: MENGUBAH CARA KITA MELIHAT BREAKOUT

THE ORDINARY BAWAKAN “PORE PLAYGROUND”: MENGUBAH CARA KITA MELIHAT BREAKOUT

Bacaan Lanjut
FIGHTER-FIGHTER MALAYSIA ANDA PATUT KENALI SELAIN KABILAN JELEVAN

FIGHTER-FIGHTER MALAYSIA ANDA PATUT KENALI SELAIN KABILAN JELEVAN

Bacaan Lanjut