REBIRTH TAG HEUER AUTAVIA
Model TAG Heuer Autavia merupakan jam tangan kronograf dengan bezel berputar yang pertama, direka oleh Jack Heuer pada 1962. Model cukup terkenal yang menjadi buruan pencinta jam tangan vintaj.
Menyedari populariti itu, tahun lalu TAG Heuer menganjurkan satu kempen interaktif, the “Autavia Cup”, di mana komuniti peminat jenama ini dijemput untuk memilih satu daripada 16 model vintaj kronograf Autavia untuk dikeluarkan semula menjelang Baselworld 2017.

Lebih daripada 50,000 warga web membuang undi sepanjang kempen tersebut, dan keputusannya pun sudah diketahui: model Autavia “Rindt”, model 1966 yang dipakai oleh pelumba F1 terkenal Jochen Rindt. Dan inilah interpretasi baru model Autavia “Rindt”, diperkenalkan di Baselworld baru-baru ini.
Rekaannya mengambil ilham ekspresi estetika tahun ’60-an yang kini dipadukan dengan fungsi-fungsi kontemporari. Bezel aluminium putaran dua-arah warna hitam memegang case 42mm (case asal cuma 39mm) yang dimuatkan dail hitam dan tiga sub-dail putih.
Dikuasai pergerakan kronograf kaliber Heuer-02, generasi baru Autavia ini bercirikan kaliber self-winding, rizab kuasa 80 jam, tingkap tarikh pada posisi 6, dan kalis air hingga 100m. Sentuhan unik termasuk rekaan mushroom crown dan tali kulit dengan jahitan ecru yang sengaja dijadikan distressed untuk menaikkan aura vintaj pada model.

Malah, bacaan masa tampil jelas dengan adanya indeks dan jarum yang disaluti Super-Luminova warna beige, cerminan patina yang wujud pada jam-jam lama. Pilihan gelang keluli “beads of rice” juga ditawarkan untuk mereka yang mahu sesuatu lebih elegan.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 23 Mac 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
G-SHOCK GMC-2500 DAN GAC-2500 MEMBAWA FUNGSI G-SHOCK KEDALAM REKA BENTUK ANALOG
Casio mengumumkan tambahan terbaharu kepada barisan jam tangan tahan lasak, G-SHOCK, dengan GMC-2500 dan GAC-2500.
KOLABORASI PERIBADI RADO DAN TAN JIANCI
Rado memperkenalkan jam tangan Edisi Terhad terbaharu yang dihasilkan melalui kerjasama dengan Duta Jenama Global, Tan Jianci.
AUDEMARS PIGUET ‘THE WATCH KEEPERS’: TERPAKAI DAN DIIKTIRAF
Audemars Piguet memperkenalkan 'The Watch Keepers', perkhidmatan baharu bagi jam tangan Audemars Piguet terpakai yang disahkan.
DNA BERPARALEL BR-05 CHRONO SNOW ROCKET DAN SUKAN LUNCUR SKI
Sifat semulajadi sukan luncur ski mencerminkan DNA BR-05 Chrono Snow Rocket dengan ketepatan, kebolehbacaan, prestasi, dan penguasaan masa.
MUARA HOROLOGI: 5 SOROTAN JAM TANGAN BAHARU SEPANJANG OKTOBER
Terokai sorotan jam tangan terbaharu Oktober yang menyatukan warisan, inovasi dan estetika kontemporari.
IWC SCHAFFHAUSEN MEMBAWA PERKHIDMATAN ‘INDIVIDUALISATION’ EKSKLUSIF KE PAVILION KUALA LUMPUR
Buat pertama kalinya di Malaysia, IWC Schaffhausen membuka peluang kepada para pengunjung untuk merasai pengalaman Perkhidmatan Penyesuaian Individu di aras dua Pavilion Kuala Lumpur.











