MONUMEN CRISTIANO RONALDO JADI BAHAN JENAKA
Baru-baru ini, sebuah lapangan terbang di Portugal, Madeira telah menukar nama lapangan terbangnya kepada Cristiano Ronaldo atas menghargai sumbangan yang telah diberikan oleh pemain bola sepak lagenda dan berbakat itu, serta persembahan luar biasanya semasa EURO 2016. Madeira adalah tempat di mana bintang Real Madrid dan Portugal ini membesar, dan nama lapangan terbang itu ditukarkan kepada “Aeroporto Cristiano Ronaldo” berkuat kuasa 1 April 2017.
Pemain kelab Real Madrid itu dikhabarkan menjadi simbol dan sumber inspirasi kepada rakyat Portugal tentang bagaimana seorang anak kecil yang hidup susah kini menjadi atlet yang kaya raya serta inspirasi satu dunia. Ronaldo turut merasa bangga kerana penghormatan tersebut dan kelihatan sangat teruja. Dan jika sebelum ini di Madeira, sebuah muzium dan hotel turut dinamakan Muzium Ronaldo, dan Hotel Ronaldo.
Namun, yang mencuri tumpuan pada majlis itu adalah tugu beliau. Tugu beliau juga diumumkan pada majlis itu, namun ia menunjukan wajah Ronaldo seakan sedang senyum sinis, dan terus mendapat tumpuan netizen di sosial media yang rata-rata tidak menggemarinya. Malah, ada yang beranggapan ia satu penghinaan buat bintang bola sepak tersebut. Khabarnya, tugu khas itu direka oleh seorang juru pahat yang bernama Emanuel Santos.
Di alam maya khususnya, ramai netizen mula menjadikan tugu Christiano Ronaldo sebagai bahan jenaka yang sememangnya menghiburkan. Antara yang mendapat perhatian kami adalah:
Oleh Wan Mohd Firdaus, 4 April 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
HYROX: PERLUMBAAN FITNESS PALING ‘NEXT LEVEL’ UNTUK LELAKI MASKULIN
Kenali Hyrox, trend kecergasan global kini tiba di Malaysia. Ketahui cara sertai, latihan, dan sebab lelaki maskulin wajib cuba.
KENALI SYED ABDULLAH SYED ABDUL RAHMAN, ABANG YB SYED SADDIQ YANG TAMPAN PERSIS MODEL
Kami di GL tidak boleh menafikan personaliti serta aura tampan abang kepada YB Syed Saddiq itu.
DENNIS VERBAAS: JEJAKA BELANDA YANG MENAWAN HATI TUNKU TUN AMINAH
Siapakah gerangan jejaka bertuah yang berjaya menambat hati puteri Tunku Tun Aminah ini? GL senaraikan 5 fakta menarik tentang dirinya.
MANCHESTER UNITED 2025: ERA BAHARU RED DEVILS
Buat para penyokong setia Old Trafford, Manchester United musim baharu membawa gelombang harapan tetapi 2025 terasa berbeza yakni lebih membara.
MANCHESTER UNITED KEMBALI KE KUALA LUMPUR
Manchester United bakal kembali ke Malaysia untuk perlawanan persahabatan bersama pasukan ASEAN All Stars pada bulan Mei ini.
SYAMSUL YUSOF: PENGARAH VISIONARI FILEM MALAYSIA
Dalam lanskap filem Malaysia yang semakin berkembang, tidak banyak nama yang mampu menyaingi kehebatan dan pengaruh seperti Syamsul Yusof.