Skip to content

LAMBORGHINI LANCARKAN KASUT EKSKLUSIF WAVE TENJIN 2

Kongsikan artikel ini

Ya, jenama automobil Lamborghini mungkin terkenal dengan barisan produk kereta-kereta mewah yang mahal, namun baru-baru ini, Lamborghini baru sahaja melancarkan barisan kasut eksklusif yang ternyata punya keunikan dan kehebatannya yang tersendiri. mengikut jejak langkah syarikat rivalnya iaitu Porsche, Lamborghini juga turut mengeluarkan kasut rasmi mereka dengan kerjasama syarikat kasut terkemuka Jepun, Mizuno. Awesome!

Rekaannya yang lebih kasual ternyata sesuai semasa bersantai mahupun untuk aktiviti riadah mahupun bersukan. Diinspirasikan dari model Lamborghini Aventador, model Wave Tenjin 2 ini mengambil bentuk heksagon depan Aventador untuk dijadikan rekaan bahagian tapak kasut ini. Bentuk itu dikhabarkan bakal memberikan keselesaan maksimum kepada si pemakai. Karbon fiber juga turut digunakan untuk material kasut ini supaya ianya akan menjadi lebih ringan, anjal dan tahan lama.

Berdasarkan sumber laman rasmi Lamborghini, kasut ini dijual pada harga USD400 (lebih kurang RM1,700) di laman rasmi rasmi dan hadir dengan tiga pilihan warna yang boleh dipilih iaitu hitam, putih dan biru.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 12 April 2017

 

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

RICK OWENS: BEGINIKAH RUPA FESYEN MASA HADAPAN?

Bacaan Lanjut

7 PROMOSI SEMPENA MERDEKA 2026 UNTUK MERAIKAN SEMANGAT PARTIOTIK

Bacaan Lanjut
LIMA TIPS PENGGAYAAN FESYEN ALA KABILAN JELEVAN

LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN

Bacaan Lanjut
GAYA MEWAH ZEEKR 7X BLACK NOVA

GAYA MEWAH ZEEKR 7X BLACK NOVA

Bacaan Lanjut
ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026

ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026

Bacaan Lanjut
KIT WOO KLFW 2026: EKSPLORASI FALSAFAH "NOTHING IS FINISHED"

KIT WOO: EKSPLORASI FALSAFAH “NOTHING IS FINISHED”

Bacaan Lanjut