Skip to content

10 FILEM HEBAT BAKAL MENEMUI ANDA PADA SUKU AKHIR 2023

10 FILEM HEBAT BAKAL MENEMUI ANDA PADA SUKU AKHIR 2023

Kongsikan artikel ini

Tahun 2023 bakal melabuhkan tirai tidak lama lagi namun layar perak tidak sepi daripada filem-filem hebat walaupun pada hujung tahun.

Tiga bulan terakhir 2023 menyajikan pelbagai karya luar biasa yang menampilkan barisan pelakon ternama tempatan dan Hollywood. Tidak lupa juga naskah terkenal yang telah lama dinantikan peminat antaranya The Marvels, Wonka dan Aquaman.

Lihat 10 filem yang bakal ditayangkan di pawagam tidak lama lagi

 

Saw X

Tarikh tayangan: 5 Oktober 2023

Dibintangi oleh: Tobin Bell, Shawnee Smith, Synnøve Macody Lund, Steven Brand, Michael Beach, Renata Vaca

Mengharapkan penawar ajaib, John Kramer mengembara ke Mexico untuk menjalani prosedur perubatan eksperimen yang amat berisiko. Malangnya harapan bertukar kekecewaan apabila dia mendapat tahu keseluruhan operasi hanyalah satu penipuan.

Berbekalkan tujuan baru, pembunuh bersiri terkenal itu menggunakan perangkap paling menakutkan untuk membalas dendam.

 

Pagari Bulan

Tarikh tayangan: 5 Oktober 2023

Dibintangi oleh: Nazeera Sardi, Aniq Durar, Trisha Ooi, Alvin Wong, Andy Teh, Michael Ang

Berlatarkan zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu dari 1941 hingga 1945. Ia mengisahkan tentang seorang gadis Melayu bernama Bulan yang ditangkap bersama adiknya, Kasih dan rakannya, Sui Li untuk dijadikan pemuas nafsu jeneral Jepun di kem tentera.

Kala Bulan berjuang untuk hidup, muncul seorang leftenan muda, Miura yang membawa etika ketenteraan lebih profesional dan menolak keganasan terhadap penduduk tempatan.

 

The Exorcist: Believer

Tarikh tayangan: 5 Oktober 2023

Dibintangi oleh: Leslie Odom Jr., Ellen Burstyn, Ann Dowd, Jennifer Nettles, Lidya Jewett

Seorang gadis bernama Angela dan rakannya, Katherine hilang di hutan selama tiga hari dan menunjukkan tanda-tanda dirasuk syaitan setelah pulang. Ini membuka rangkaian peristiwa yang memaksa bapa Angela, Victor Fielding untuk menghadapi kejahatan paling ditakutinya.

Disebabkan terdesak, dia perlu mencari Chris MacNeil, satu-satunya individu masih hidup yang pernah berdepan pengalaman sama.

 

Five Nights At Freddy’s

Tarikh tayangan: 26 Oktober 2023

Dibintangi oleh: Josh Hutcherson, Matthew Lillard, Elizabeth Lail, Mary Stuart Masterson, Kat Conner Sterling

Seorang pengawal keselamatan bermasalah, Mike Schmidt yang baru mula bekerja di Pizzeria Freddy Fazbear mendapati tugasnya tidak semudah disangka. Ketika syif pertamanya pada lewat malam, dia menyedari empat maskot animatronik – Freddy Fazbear, Bonnie, Chica dan Foxy – menjadi hidup dan membunuh sesiapa sahaja yang ditemui.

 

The Marvels

Tarikh tayangan: 10 November 2023

Dibintangi oleh: Brie Larson, Park Seo Joon, Iman Vellani, Teyonah Parris, Gemma Chan, Zawe Ashton

Sekuel Captain Marvel tahun 2019 ini menyaksikan Brie Larson menghidupkan semula watak adi wiranya merangkap Carol Danvers. Ia menyaksikan Carol, Kamala Khan dan Monica Rambeau bertukar tempat tanpa sengaja ketika menggunakan kuasa masing-masing. Justeru, mereka perlu bekerjasama untuk mencari puncanya.

 

Trolls Band Together

Tarikh tayangan: 16 November 2023

Dibintangi oleh: Anna Kendrick, Justin Timberlake, Camila Cabello, Eric Andre, Amy Schumer, Daveed Diggs, RuPaul, Troye Sivan

Poppy dan Branch kini secara rasminya bergelar pasangan kekasih. Kala hubungan mereka semakin rapat, Poppy mendapat tahu Branch pernah menjadi ahli kumpulan kegemarannya, BroZone bersama empat abangnya: Floyd, John Dory, Spruce dan Clay.

Apabila Floyd diculik oleh penjahat jahat, Branch dan Poppy memulakan perjalanan mengerikan dan penuh emosi untuk menyelamatkannya dan menyatukan semula adik-beradik itu.

 

Gemencheh Boys

Tarikh tayangan: 26 November 2023

Dibintangi oleh: Pekin Ibrahim, Farah Ahmad, Azman Hassan, Along Eyzendy, Ahmad Tamimi Serigar, D’Boy Hamdan, Denes Kumar, Zaidi Omar

Diadaptasi daripada peristiwa sebenar, Gemencheh Boys menampilkan kisah inspirasi enam budak kampung dari FELDA Bukit Rokan Utara, Negeri Sembilan yang berjaya menempa sejarah dalam dunia sukan antarabangsa.

Terkenal dengan gelaran ‘enam jahanam’ kerana terlalu nakal, karakter mereka berubah setelah diperkenalkan dengan permainan kriket oleh seorang guru merangkap jurulatih, Cikgu Azman.

Menampilkan tema persahabatan, pengorbanan dan harapan, perjalanan murid-murid ini bersama guru mereka menuju ke gelanggang dunia diceritakan dalam pelbagai emosi.

 

Napoleon

Tarikh tayangan: 30 November 2023

Dibintangi oleh: Joaquin Phoenix, Vanessa Kirby, Tahar Rahim, Edouard Philipponnat, Matthew Needham

Filem ini memaparkan pandangan peribadi tentang asal usul Napoleon Bonaparte serta pendakiannya yang pantas dan kejam untuk menjadi maharaja. Ia dilihat melalui prisma ketagihannya dan hubungan tidak menentu dengan isteri dan satu-satu cinta sejatinya, Josephine.

 

Wonka

Tarikh tayangan: 14 Disember 2023

Dibintangi oleh: Timothée Chalamet, Hugh Grant, Rowan Atkinson,  Olivia Colman, Keegan-Michael Key, Sally Hawkins, Matt Lucas

Karya fantasi muzikal ini menampilkan kisah sebelum filem pertama, Willy Wonka and the Chocolate Factory yang dikeluarkan pada 1971. Ia menyaksikan Willy Wonka yang ketika itu masih muda tiba di bandar fiksyen Eropah yang merupakan pusat pembuatan coklat.

Filem ini mengikuti perjalanan perit dan indah Willy Wonka mencari biji koko, berkawan dengan seorang gadis yatim piatu dan memasang impian memiliki kedai coklat sendiri.

 

Aquaman and the Lost Kingdom

Tarikh tayangan: 20 Disember 2023

Dibintangi oleh: Jason Momoa, Ben Affleck, Patrick Wilson, Yahya Abdul-Mateen II, Nicole Kidman, Amber Heard, Michael Keaton

Selepas gagal mengalahkan Aquaman buat kali pertama, Black Manta menggunakan kuasa mitos Black Trident untuk melepaskan kejahatan purba. Disebabkan itu Aquaman perlu menjalin pakatan yang agak sukar dengan abangnya, Orm, bekas raja Atlantis.

Mengetepikan perbezaan mereka, kedua-duanya bergabung tenaga untuk melindungi kerajaan dan menyelamatkan dunia daripada kemusnahan yang tidak dapat dipulihkan.

 

Pautan berkaitan: SELAIN BARBIE, INI 5 FILEM TERBAIK MARGOT ROBBIE ANDA WAJIB TONTON

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

new show February 2024

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG FEBRUARI 2024

Bacaan Lanjut

TOP 10 FILEM TERBAIK SEPANJANG 2023

Bacaan Lanjut
10 FILEM YANG PASTI MENGHIBURKAN ANDA PADA MUSIM PERAYAAN

10 FILEM YANG PASTI MENGHIBURKAN ANDA PADA MUSIM PERAYAAN

Bacaan Lanjut
5 FAKTA MENGENAI AKTOR THE HUNGER GAMES: THE BALLAD OF SONGBIRDS & SNAKES, TOM BLYTH

5 FAKTA MENGENAI AKTOR THE HUNGER GAMES: THE BALLAD OF SONGBIRDS & SNAKES, TOM BLYTH

Bacaan Lanjut
5 FILEM WAJIB TONTON DI PAWAGAM NOVEMBER INI

5 FILEM WAJIB TONTON DI PAWAGAM NOVEMBER INI

Bacaan Lanjut
NSYNC KEMBALI MEWARNAI DUNIA HIBURAN DENGAN LAGU BAHARU

NSYNC KEMBALI MEWARNAI DUNIA HIBURAN DENGAN LAGU BAHARU

Bacaan Lanjut