Skip to content

dekorasi raya

3 IDEA INSPO RAYA UNTUK DEKORASI RUMAH BAWAH RM100

Kongsikan artikel ini

Mencari idea untuk dekorasi rumah yang cepat dan mesra poket? Ikuti petua mudah ini mendapatkan inspirasi hiasan rumah untuk Hari Raya tahun ini.

Aidilfitri bakal tiba tidak lama lagi. Tidak kira bertemu dengan yang tersayang mahupun menikmati juadah yang enak. Ruang rumah kita sentiasa menjadi tumpuan setiap kali tiba musim perayaan ini.

Sekarang, pasti ramai yang sudah mula sibuk membuat persiapan bagi menyambut kedatangan Syawal. Walaupun persiapan rumah untuk Aidilfitri agak mencabar, namun dengan beberapa penambahbaikan dan langkah mudah. Anda mampu untuk memberi sentuhan segar kepada rumah anda.

Hiasan Aidilfitri bagi tahun ini pasti akan menjadi lebih mudah dengan petua dan idea berikut, sesuai bagi mereka yang kesuntukan masa dan peruntukan belanja yang agak terhad.

Berikut adalah 3 idea hiasan raya untuk inspo dekorasi rumah bawah RM100:

1. Hiasan meja makan yang minimalis

Apabila mengadakan rumah terbuka untuk rakan dan keluarga, tentulah hidangan Raya menjadi perhatian utama. Untuk meja makan atau meja bufet, hiasan yang minimalis dapat memastikan ruang anda lebih teratur dan menarik. Mulakan dengan menetapkan warna asas untuk alas meja anda. Jangan ragu untuk mencuba warna-warna terang dan corak yang berani.

Di bahagian tengah meja makan, letakkan tumbuhan atau bunga di dalam bekas kaca (atau jag) yang sedia ada di rumah anda. Paling penting, elakkan daripada berlebih-lebihan dan bersepah. Fokus pada aspek deko utama dan wujudkan lebih ruang untuk juadah Raya –daripada ketupat, rendang, hingga kepada kuih Raya yang lazat. Wujudkan suasana yang mesra untuk tetamu anda dengan meletakkan lilin di sepanjang meja bufet.

2. Ceriakan ruang tamu anda

Hari Raya masa untuk mencetuskan kenangan indah. Jadi tahun ini, cubalah untuk mengubah ruang tamu anda agar menjadi topik perbualan yang menarik. Hidupkan suasana harmoni dengan menyatukan pelbagai corak pada langsir, kusyen, dan alas. Jangan takut untuk bereksperimen dengan tekstur dan gunakan beberapa warna utama untuk melahirkan keseimbangan deko.

Tingkatkan keselesaan dan pengalaman tetamu anda dengan menjuntaikan alas yang selesa pada sofa dan kerusi berlengan anda, serta sediakan kusyen kerusi yang lebih tebal yang pasti akan membuat tetamu anda terpesona.

3. Cara bijak untuk menambah ruang!

Jika ruang terhad, susun atur barang-barang agar lebih melegakan lagi ruang tambahan semasa waktu senggang sambil berbual-bual dan menikmati hidangan. Penggunaan bakul dan kotak storan dapat memastikan kekemasan ruang serta menambahkan lagi sentuhan dekorasi. Letakkannya di sudut bilik atau di dalam almari apabila anda memerlukan ruang tambahan. Selain itu, kusyen lantai ialah satu lagi cara bijak untuk mewujudkan ruang tambahan, bukan hanya untuk Aidilfitri tetapi juga untuk pertemuan dan perayaan pada masa yang akan datang.

Ingin menambahkan keceriaan pada hari Raya? Siapkan troli snek bergerak, dan isi dengan kuih Raya kegemaran serta minuman yang menyegarkan. Ia mudah dialih masuk dan keluar, menjadikannya cara yang praktis untuk menyusun segala sesuatu dengan teratur dan mudah dicapai tanpa memerlukan banyak ruang.

ikea malaysia

Trolli VESKEN RM42

Harga yang disenaraikan adalah harga diskaun yang tersedia dari 22 Mac hingga 21 Apr 2024. Untuk lebih banyak idea and inspirasi menarik, layari IKEA.my

 

Baca lebih lanjut: 8 LAGU RAYA BAHARU PILIHAN GLAM LELAKI

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

raya Nadhir Nasar

SEMBANG RAYA BERSAMA NADHIR NASAR

Bacaan Lanjut
lagu raya 2024

8 LAGU RAYA BAHARU PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
Hatta Dolmat Raya

RAIKAN PAGI RAYA 2024 BERSAMA HATTA DOLMAT

Bacaan Lanjut
hari raya aidilfitri

3 CARA UNTUK HARI RAYA AIDILFITRI ANDA SENTIASA MENJADI KENANGAN TERINDAH

Bacaan Lanjut
10 LAGU RAYA MODEN TERBAIK SEBAGAI HALWA TELINGA DI PAGI SYAWAL

10 LAGU RAYA MODEN TERBAIK SEBAGAI HALWA TELINGA DI PAGI SYAWAL

Bacaan Lanjut

3 TIP PERSIAPAN RAYA YANG MUDAH DI RUMAH UNTUK LELAKI

Bacaan Lanjut