Skip to content

3 PROJEK KOLABORASI GLOBAL WALT DISNEY ASIA PASIFIK DAN HYBE

Kongsikan artikel ini
2 of 2

 

BTS: PERMISSION TO DANCE ON STAGE – LA

Filem konsert 4K sinematik eksklusif ini menampilkan persembahan langsung BTS di Stadium Sofi, Los Angeles pada November 2021. Mempersembahkan lagu-lagu popular Billboard “Butter” dan “Permission to Dance”, ia merupakan kali pertama kumpulan itu bertemu dengan peminat secara peribadi sejak dua tahun lalu apabila tercetusnya pandemik.

 

IN THE SOOP : Friendcation

Rancangan realiti pelancongan asli yang menampilkan barisan bintang termasuk V dari BTS, Park Seo-jun dari “Itaewon Class”, bintang “Parasite”, Choi Woo-shik, Park Hyung-sik dan Peakboy. Program itu mengikuti lima rakan yang menyertai satu perjalanan tidak dirancang, dan menikmati pelbagai aktiviti riadah yang menyeronokkan.

 

BTS MONUMENTS: BEYOND THE STAR

Siri dokumentari asli ini mengikuti perjalanan perkembangan ikon pop abad ke-21, BTS yang mengujakan. Dengan akses yang pertama seumpamanya kepada koleksi muzik dan rakaman sepanjang sembilan tahun lalu, siri ini akan memaparkan kehidupan harian, pemikiran dan perancangan ahli-ahli BTS, tatkala mereka bersedia membuka lembaran baharu mereka. Siri dokumentari ini akan tersedia secara eksklusif di perkhidmatan penstriman Disney pada tahun depan.

 

Kerjasama strategik ini akan membolehkan Disney memperkenalkan satu siri tajuk baharu daripada HYBE dalam beberapa tahun akan datang, seiring dengan usaha platform hiburan itu untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti tinggi yang berdasarkan muzik dan artisnya.

 

Foto: Disney+ Hotstar & Getty Images

Baca lebih lanjut: 10 ‘MUST WATCH’ SEPANJANG JULAI 2022

2 of 2

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

new show February 2024

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG FEBRUARI 2024

Bacaan Lanjut
must watch December 2023

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG DISEMBER 2023

Bacaan Lanjut

CALVIN KLEIN MERAIKAN KOLEKSI MUSIM LURUH 2023 BERSAMA JUNG KOOK

Bacaan Lanjut
ALBUM SULUNG V BTS, LAYOVER LAKAR REKOD BAHARU

ALBUM SULUNG V BTS, LAYOVER LAKAR REKOD BAHARU

Bacaan Lanjut
JUNGKOOK RAMPAS TAKHTA BTS DI SPOTIFY

JUNGKOOK RAMPAS TAKHTA BTS DI SPOTIFY

Bacaan Lanjut
samsung galaxy z flip5

APA CIRI BAHARU YANG MEMBUAT SAMSUNG GALAXY Z FLIP5 LEBIH BERKUASA ?

Bacaan Lanjut