5 Filem Baharu Anda Boleh Tonton Sepanjang PKP Ini
Januari ini, platform penstriman utama seperti Netflix, Amazon Prime juga Apple TV+ mempersembahkan lima buah filem terbaharu yang boleh anda tonton terus dari rumah.
Permulaan 2021 tidak seindah filem yang ramai harapkan. Dalam membendung penularan Covid-19 yang semakin kritikal, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang akan bermula ada 13 sehingga 26 Januari 2021 di enam buah negeri termasuklah Selangor, Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Johor, Melaka dan Sabah. Terkini, kerajaan turut mengistiharkan perlaksanaan darurat sehingga 1 Ogos 2021 di seluruh negara.
Dengan dua pengumuman yang mengejutkan ini, pasti ramai akan kembali bekerja dari rumah. Norma baharu yang mula diamalkan tahun lalu ini akan diteruskan lagi untuk dua minggu. Dan berkemungkinan akan dilanjutkan lagi bergantung kepada keadaan semasa nanti. Ambil peluang ini untuk menonton lima filem terbaharu yang sudah atau akan ditayangkan di Netflix, Amazon Prime dan Apple TV+ terus dari rumah.

1. Ma Rainey’s Black Bottom (Netflix)
Selepas Fences, Denzel Washington kembali dengan filem adaptasi daripada pemenang Pulitzer Prize, August Wilson. Ma Rainey’s Black Bottom menampilkan penerima Oscar, Viola Davis yang memegang watak ‘Mother of the Blues’, Gertrude “Ma” Rainey ketika era 1920-an di Chicago. Filem ini juga merupakan filem terakhir pelakon The Black Panther, Chadwick Boseman yang telah menerima pujian daripada pengkiritik filem utama. Filem ini sudah boleh ditonton di Netflix.

2. One Night in Miami (Amazon Prime)
Pelakon berbakat besar, Regina King yang telah memenangi Oscar pada 2019 membuat debut sebagai seorang pengarah melalui One Night in Miami. Ia berkisahkan ikon seperti Muhammad Ali, Malcolm X, Sam Cooke, dan Jim Brown berkumpul pada suatu malam untuk membincangkan peranan masing-masing ketika gerakan hak civil dan budaya sekitar tahun 60-an. Lakonan Kingsley Ben-Adir, Leslie Odom Jr, Aldis Hodge dan Eli Goree. Akan ditayang bermula 15 Januari 2021.

3. Pieces of a Woman (Netflix)
Filem ini mengikuti detik kesedihan pasangan suami isteri yang mengalami kematian anak perempuan mereka secara misteri selepas dilahirkan. Pieces of a Woman menampilkan lakonan mantap daripada Vanessa Kirby dan Shia LaBeouf sebagai tunjang utama. Lakonan Vanessa Kirby turut dinobatkankan sebagai aktres terbaik di Festival Filem Venice, lantas menjadi bualan untuk pencalonan Anugerah Akademi tahun ini. Filem ini sudah ditayangkan di Netflix.

4. The White Tiger (Netflix)
Berdasarkan novel The White Tiger tulisan Arvind Adiga, drama jenayah ini menampilkan pelakon terkenal, Priyanka Chopra Jonas bersama Ramin Bahrani yang turut bertindak sebagai pengarah dan pelakon layar. The White Tiger mengisahkan perjalanan hidup seorang pemandu teksi miskin dalam mengecapai kejayaann dan dijangkakan akan menjadi antara filem hit terutamanya di India. Akan mula ditayangkan pada 22 Januari 2021.

5. Palmer (Apple TV+)
Justin Timberlake akan kembali menghangatkan kaca televisyen anda bulan ini. Melalui filem Palmer, penyanyi juga pelakon terkenal itu memegang watak seorang bekas bintang sukan sekolah menengah yang pulang ke rumah selepas 12 tahun dimasukkan ke dalam penjara. Turut menampilkan barisan pelakon seperti Ryder Allen, Alisha Wainwright, June Squibb, dan Juno Temple. Boleh disaksikan secara eksklusif di Apple TV+ pada 29 Januari 2021.
Baca lebih lanjut: “I’M SPEECHLESS.” – CHRIS EVANS LUAH RASA TERKEJUT
Tags
Artikel Yang Berkaitan
COS BAWA AW26 KE NYFW, GABUNGKAN MODENISME KORPORAT & DEKADEN 1920-AN
COS kembali ke pentas peragaan New York Fashion Week (NYFW) menerusi koleksi terbaharu mereka buat Autumn-Winter 2027.
7 FAKTA TENTANG RAPPER UTAMA ALPHA, ARIEL FESOL
Lihatkan asal-usul dan perjalanan Ariel Fesol yang menjadi ukiran mozaiknya sebelum menjadi ahli ALPHA.
AMEERA KHAN, JEFRI NICHOL, DAN SEKUFU DALAM HUBUNGAN
Baru-baru ini, viral di media sosial tentang Ameera Khan yang membincangkan hubungan masa lalunya bersama Jefri Nichol.
SAYANG MALAYSIA, JOM BERSARUNG! KERETAPI SARONG 2026 KEMBALI
Keretapi Sarong 2026 kembali dengan tema “Sayang Malaysia” dan kolaborasi bersama BEHATI. Ketahui gaya busana dan kemeriahannya tahun ini!
I’M DONUT? BUKA CAWANGAN PERTAMA DI MALAYSIA DI THE EXCHANGE TRX
Donat popular dari Jepun, I'm donut? akhirnya tiba di Malaysia dengan lebih 30 pilihan perisa, termasuk beberapa menu eksklusif.
“CONFIDENCE IS THE KEY, KAN?” SHARUL KAMAL. KENALI PENYANYI DAN PELAKON YANG MULA MENJADI SEBUTAN.
Menjelang usia 30, Sharul Kamal tidak sekadar meraikan pencapaian, tetapi melihat muzik dan lakonan sebagai medium untuk menyampaikan rasa dan inspirasi.











