ABDUL LATIF ROMLY PAHAT SEJARAH DINOBAT OLAHRAGAWAN KEBANGSAAN 2016
Atlet paralimpik negara, Abdul Latif Romly mencipta sejarah sukan negara apabila dinobatkan Olahragawan Kebangsaan pada majlis Anugerah Sukan Negara 2016 yang berlangsung semalam. Beliau yang berumur 20 tahun, melakar sejarah sebagai atlet kelainan upaya pertama dipilih untuk menerima anugerah berkenaan.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan menyampaikan piala pusingan, piala iringan, sijil dan wang tunai RM20,000 masing-masing kepada Abdul Latif dan Siti Rahmah. Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
Berdasarkan laporan
Bernama, Pemilihannya diputuskan Jawatankuasa Pemilihan ASN 2016 berdasarkan kejayaan cemerlang atlet dari Perlis itu yang berjaya meraih pingat emas, sambil tiga kali memperbaiki rekod dunia dan juga rekod baharu Sukan Paralimpik.
Pada Sukan Paralimpik di Rio de Janeiro, Brazil, tahun lepas, Abdul Latif yang beraksi dalam acara lompat jauh T20 (masalah pembelajaran) berjaya memperbaharui rekod dunia miliknya iaitu 7.35 meter yang dicatat pada Kejohanan Olahraga Dunia IPC di Doha, Qatar pada 2015. Manakala rekod Sukan Paralimpik iaitu 7.25m dipegang Jose Antonio Exposito Pineiro dari Sepanyol pada Sukan Paralimpik London 2012.
Di Rio, atlet dari Kampung Paya Kelubi, Bukit Keteri, Arau itu kali pertama mengatasi rekod dunia lamanya dengan catatan 7.47m pada percubaan kedua, diikuti 7.54m pada percubaan berikutnya sebelum memperbaikinya pada lompatan kelima pada jarak 7.60m.
Dalam pada itu, pesilat negara Siti Rahmah Mohamed Nasir turut dinobatkan Olahragawati Kebangsaan 2016 yang juga atlet paralimpik (masalah pembelajaraan) meraih pingat gangsa di luar jangkaan dalam acara lompat jauh T20 (masalah pembelajaran) wanita di acara Paralimpik di Rio. Selain itu, Penaung Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Tun Jeanne Abdullah dan Presiden Majlis Olimpik Malaysia Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja’afar dinobatkan sebagai Tokoh Sukan di atas jasa mereka dalam pembangunan sukan negara.
Berikut adalah senarai penerima anugerah yang berlangsung malam semalam:
1. Olahragawan Kebangsaan: Abdul Latif Romly (Olahraga — Para)
2. Olahragawati Kebangsaan: Siti Rahmah Mohamed Nasir (Silat)
3. Olahragawan Paralimpik Kebangsaan: Tiada
4. Olahragawati Paralimpik Kebangsaan: Siti Noor Radiah Ismail (Olahraga — Para)
5. Pasukan Lelaki Kebangsaan: Tan Wee Kiong dan Goh V Shem (Badminton)
6. Pasukan Wanita Kebangsaan: Pandelela Rinong Pamg dan Cheong Jun Hoong (Terjun)
7. Jurulatih Lelaki Kebangsaan: R. Jaganathan (Olahraga — Para)
8. Jurulatih Wanita Kebangsaan: Chin Eei Hui (Badminton)
9. Anugerah Kepimpinan Sukan: Tan Sri Mohd Ali Rustam (Pesaka) dan N Shanmugarajah (MGF)
10. Anugerah Tokoh Sukan: Tun Jeanne Abdullah (Majlis Paralimpik Malaysia) dan Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja’afar (Majlis Olimpik Malaysia)
11. Anugerah Khas: Datuk Dina Rizal (Sports Unite) dan Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani (Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak)
Sumber: Bernama
Oleh Wan Mohd Firdaus, 27 April 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
HOT BOY SUMMER! MIERUL AIMAN IS GLAM LELAKI MAY/JUNE’S COVER BOY
First time in GLAM Lelaki, kami mendekati Mierul Aiman yang mula serius untuk bergelar pelakon yang berjaya.
TIGA KOLEKSI MUSIM PANAS TERHANGAT
Ketahui tiga koleksi khas musim panas untuk melengkapi penampilan hangat ‘summer break’ nanti.
5 IDEA GAYA DARI HACKETT LONDON & JENSON BUTTON
Semak lima idea gaya dari Jenson Button untuk Hackett London. Dirancang sesuai dengan gaya hidup lelaki alfa.
ADRIEN KENT, CITA RASA FESYEN YANG TERSENDIRI. “SAYA PERCAYA PADA FESYEN ‘DEGENDERING’.”
Kenali Adrien Kent. Seorang individu yang memiliki stail yang tersendiri dan berani mencuba. We admire his style!
RASYAD NADZRI BEREHAT DARI MUZIK SEKETIKA. “I WISH TO STAY HEALTHY AND HAPPY AND NOT TAKE EVERYDAY LIFE FOR GRANTED.”
Rasyad Nadzri penah menceburi bidang muzik. Namun, semakin meningkat usia dia kini selesa untuk lakukan pekerjaan lain yang tidak berkaitan dengan muzik.
IKON FESYEN TAMPIL UNTUK VERSACE SS23
Versace SS23 memberikan sebuah gerakan mantap dengan penampilan supermodel era ‘90-an dan model generasi baru sebagai bentuk penghargaan.