ADAKAH FACEBOOK BAKAL DITUTUP?
Apakah benar dakwaan ini? Mengejutkan namun tidak mustahil. Baru-baru ini, memetik laporan BBC, kerajaan Thailand memberi amaran kepada syarikat laman sosial gergasi, Facebook agar memadamkan semua kandungan sensitif yang berkaitan dengan keluarga diraja negara itu. Ini kerana masih terdapat 130 kandungan sensitif di platform media sosial itu dan Facebook diberi masa sehingga Selasa depan untuk membuangnya.

(Photo credit: bizonlineservice.com)
Isu ini kian tegang berikutan dengan penularan gambar dan video raja negara itu, Raja Maha Vajiralongkorn yang memakai baju singlet singkat dan kelihatan badannya dipenuhi tatu. Video berdurasi 43 saat itu menunjukkan raja Thailand tersebut berjalan di sebuah pusat beli-belah bersama seorang wanita dan tersebar meluas dalam laman sosial tersebut. Malah, video tersebut juga menunjukkan Vajiralongkorn mempunyai sejumlah tatu di bahagian lengan, perut dan belakang badannya.
Buat pengetahuan anda, Thailand menjalankan undang-undang khas yang dikenali sebagai Lese-majeste untuk melindungi monarki tertentu daripada sebarang penghinaandan ancaman. Dan mengikut undang-undang Thailand, hukuman penjara sehingga 15 tahun boleh dikenakan kepada pihak yang menyebarkan bahan yang dianggap menghina kerabat diraja negara itu.

Penularan video yang menunjukkan Raja Thailand, Maha Vijaralongkorn memakai singlet singkat dan bertatu penuh di badan bersama seorang wanita. (Photo credit: Mail Online)
Minggu lalu, Persatuan Penyedia Perkhidmatan Internet Thailand menghantar emel kepada Ketua Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg untuk menggesa pemilik laman sosial terbabit menyekat penyebaran video itu. Jadi sama-sama kita nantikan sama ada Facebook akan memadamkan atau tidak?
Oleh Wan Mohd Firdaus, 17 Mei 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
APA SEBENARNYA MAKSUD ‘MAHU MENGAHWINI LELAKI KAYA’?
Adakah kesemua perempuan materialistik?
5 ARTIS LOKAL UNTUK DIDENGARI SEANDAINYA ANDA MEMINATI KUMPULAN ALPHA
Lihatkan lima artis lokal yang berkongsi latar bunyi bersama ALPHA, daripada DUKES hinggalah Aisha Retno.
RICK OWENS: BEGINIKAH RUPA FESYEN MASA HADAPAN?
Untuk 2026, dunia Rick Owens tampil lebih ekstrem menerusi koleksi Spring/Summer 2026 “Temple” dan Fall/Winter 2026 “Tower” dengan elemen masa hadapan.
7 PROMOSI SEMPENA MERDEKA 2026 UNTUK MERAIKAN SEMANGAT PARTIOTIK
Raikan Merdeka 2026 dengan 7 promosi dan acara menarik yang sedang berlangsung di seluruh Malaysia, daripada tawaran makanan dan pengalaman budaya hingga aktiviti bersama keluarga dan rakan.
GAYA MEWAH ZEEKR 7X BLACK NOVA
Zeekr 7X, model SUV elektrik kegilaan ramai, kini hadir dalam monokromatik hitam serba elegan, Zeekr 7X Black Nova.
5 FILEM YANG MEMBUKTIKAN BAKAT LAKONAN DAIYAN TRISHA
Biarpun sudah lama mengikuti atau baru mahu mengenali Daiyan Trisha, lihatkan lima sorotan filem terbaik yang menjadi bukti bakat lakonannya.










