BARISAN FILEM HEBAT LAKONAN BINTANG KELAS-A KOREA PADA 2022
Choi Dong Hoon, pengarah di sebalik filem popular The Thieves (2012) dan Assassination (2015) akan mempersembahkan filem jenayah sains fiksyen berjudul Alien, filem blokbuster mengenai makhluk asing di Korea yang mengembara ke Zaman Joseon (1392-1910). Ia dibintangi oleh Kim Tae Ri, Ryu Jun Yeol dan Kim Woo Bin.
Kim Han Min, sutradara di sebalik Roaring Currents (2014) bakal kembali dengan satu lagi epik tentera laut iaitu Hansan: Rise of the Dragon yang mengisahkan tentang tokoh sejarah legenda, Laksamana Yi Sun Sin. Roaring Currents merupakan filem dengan kutipan tertinggi di Korea dengan lebih 17 juta tontonan.
Kim Yong Hwa, pengarah di sebalik francais filem Along with the Gods juga kembali dengan karya terbaru berjudul The Moon, filem sains fiksyen yang menampilkan barisan pelakon hebat termasuk Seol Kyung Gu, Kim Hee Ae dan D.O Exo.
Kang Je Kyu yang dikenali menerusi filem Taegukgi: Brotherhood of War (2004) pula akan tampil dengan filem baru, Boston 1947 yang mengisahkan tentang barisan atlet Korea di Maraton Boston pada tahun 1947.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
SQUID GAME MUSIM KEDUA BAKAL MENEMUI PENONTON DISEMBER INI
Squid Game musim kedua akan menampilkan beberapa pelakon baru seperti Im Si Wan, Kang Na Heul, Park Sung Hoon dan Yang Dong Geun.
AKTOR THE PENTHOUSE, UHM KI JOON BAKAL TAMATKAN ZAMAN BUJANG
Uhm Ki Joon berkongsi berita gembira itu bersama pengikutnya di Instagram menerusi surat tulisan tangan.
5 K-DRAMA TERBAIK TENTANG CINTA TIGA SEGI
Selain Full House lakonan Rain dan Song Hye Kyo, tonton beberapa lagi drama percintaan terbaik menurut IMDb.
BINTANG KOREA, LEE MIN KI TAWAN PUNCAK GUNUNG KINABALU
Aktor, penyanyi dan model popular Korea, Lee Min Ki memberi kejutan apabila berkongsi fotonya di puncak Gunung Kinabalu, Sabah.
15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG MAC 2024
Dari filem “Road House” lakonan Jake Gyllenhaal kepada siri realiti “Physical: 100” yang kembali dengan musim kedua, laman penstriman utama membariskan 15 rancangan yang ‘must watch’ sepanjang Mac 2024.
10 FAKTA ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU TENTANG AKTOR KOREA-AMERIKA, CHARLES MELTON
Kenali Charles Melton yang mencuri perhatian peminat menerusi persembahan luar biasanya dalam filem May December.