BERDEPAN KEKECEWAAN SEKSUAL? MUNGKIN ANDA JUGA MANGSA!
Jika pasangan anda adalah mangsanya…
Ini masanya anda bangun dari lena! Bekerjasamalah dengan pasangan untuk memeriahkan lagi babak di kamar tidur. Pada saat ini kerjasama dua pihak sangat penting kerana untuk memahami pasangan adalah suatu yang mencabar dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Kenal pasti perkara yang mempengaruhi keinginan seksual satu sama lain agar dapat membantu anda berdua mengecapi intimasi yang hebat.
Cuba perhatikan rutin harian pasangan anda. Bertenang dan cuba selidik aktiviti hariannya kerna ia juga dapat membantu anda mengenali pasangan dengan lebih dekat. Adakah si dia mendapat rehat yang cukup? Adakah si dia tertekan di tempat kerja?
PENTING! Bukan komunikasi tentang kekerapan anda perlu ‘bersama’ namun lebihkan komunikasi kepada bagaimana mencapai fokus kepada peningkatan kualiti bersama berbanding kuantiti interaksi seksual. Kepuasan seksual biasanya berkaitan dengan keseronokan pengalaman seksual berbanding dengan kekerapan anda melakukannya. Sekiranya sukar untuk anda dan pasangan decode permasalahan ini, segeralah bertemu ahli terapi seks kerana bantuan professional seperti ini mungkin dapat membantu anda dan pasangan menyelaraskan diri anda dengan lebih baik dengan matlamat dan keinginan seksual masing-masing.
Jika anda adalah mangsanya…
Berhati-hati jika anda mahu meluahkan perasaan kepada pasangan anda. Walaupun komunikasi itu penting, hal yang satu ini akan memalukan dirinya apabila terpaksa menerima bahawa keinginan seksual anda adalah lebih tinggi berbanding dengan si dia. Beritahu si dia bahawa anda mahukan lebih banyak hubungan emosi yang akan membuat anda berasa hebat di ranjang.
Cuba gunakan tenaga seksual yang terpendam itu kepada aktiviti fizikal seperti senaman. Ini boleh membolehkan badan anda mengeluarkan endorfin dan membuatkan anda berasa seronok melakukan rutin harian bersama. Perbualan dan interaksi bersama pasangan anda juga akan menjadi lebih baik dari sebelumnya. Apabila kalian berbual, pastikan anda sentiasa berfikiran terbuka dan bersikap memahami agar dapat mencapai kata sepakat.
Foto: Gettyimages.com
Pautan berkaitan: 5 TIP MUDAH PENJAGAAN ZAKAR UNTUK KEKAL SIHAT DAN KUAT!
Tags
Artikel Yang Berkaitan
CARA HILANGKAN JERAWAT DENGAN CEPAT TANPA PARUT
Dari rawatan kulit terapi cahaya, GLAM Lelaki membariskan 5 cara untuk menghilangkan jerawat pada wajah dengan cepat tanpa parut buat lelaki.
5 TIP PENJAGAAN KAKI LELAKI UNTUK KEKAL SIHAT
Lebih 70% golongan dewasa mengabaikan penjagaan kaki yang akan memberikan kesan kepada tahap kesihatan apabila usia semakin meningkat nanti.
WARISAN BRITAIN DAN INSPIRASI UNIVERSITI KOLABORASI UNIQLO BERSAMA JW ANDERSON
Koleksi kolaborasi UNIQLO dan JW ANDERSON untuk musim luruh/sejuk 2023 mengambil inspirasi daripada warisan tradisi Britain dan inspirasi kehidupan universiti.
SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-40 G-SHOCK BERSAMA 88RISING
Sempena ulang tahun ke-40 G-SHOCK yang bersejarah, jenama ini singgah ke Kuala Lumpur dalam meneruskan jelajah pop-up di seluruh Asia Tenggara yang bertemakan "Rooted in Toughness" bersama 88rising.
YUNA MENCIPTA REKOD MEMBUAT PERSEMBAHAN KEPADA 4000 ORANG MALAYSIA TERBESARNYA
Perkara yang hebat datang kepada mereka yang menunggu. Yuna berjaya membuat 4000 penonton kagum di konsertnya, Yunaverse. Hit lamanya yang mendahului carta, kehadiran pentas yang memukau dan gerakan tarian yang memukau.
MONTBLANC MEMARTABATKAN PUSTAKA
Montblanc kaya dengan segala aspek baik dunia horologi mahupun seleksi aksesori kulit yang bermutu tinggi, namun satu lagi misi yang dipacu gemilang adalah menaikkan kesedaran tentang seni tulisan di kalangan generasi sekarang.