CHRISTIAN PULISIC DAN PUMA BERSATU UNTUK GENERASI BAHARU
Bintang bola sepak Chelsea, Christian Pulisic bersama PUMA akan menjalinkan kerjasama dengan perjanjian jangka masa panjang untuk menyokong kemajuan bola sepak di Amerika Syarikat.
Label sukan global, PUMA mengumumkan kerjasama dengan bintang kelab bola sepak Chelsea dan Amerika Syarikat, Christian Pulisic. Perjanjian jangka masa panjang ini akan menyaksikan komitmen PUMA dalam menyokong ketua pasukan Amerika Syarikat itu dalam perkembangan kemajuan sukan bola sepak Amerika Syarikat dan memberikan inspirasi untuk generasi seterusnya.
Buat peminat bola sepak, Chrsitian Pulisic adalah antara pemain muda yang paling berbakat di dunia. Dia adalah ketua pasukan termuda untuk USMNT dan juga pemain kelahiran Amerika Syarikat pertama yang berjaya menjulang trofi UEFA Champions League bersama Chelsea. Perpindahannya dari kelab Jerman, Dortmund ke London, England itu telah meletakkan dia selaku pemain Amerika Syarikat yang paling berharga dalam sejarah.
Dalam usianya yang masih muda, dia telah mengecapi pelbagai kejayaan dan menjadi peneraju sukan bola sepak di Amerika Syarikat. Menuju Piala Dunia 2026, Christian dan PUMA bersama-sama komited untuk memajukan sukan bola sepak dengan menjalankan variasi program dan membuka peluang buat atlet muda di Amerika Syarikat. Termasuklah sumbangan produk kepada golongan muda yang memerlukan, mengadakan klinik dan latihan, pemulihan padang bola sepak dan banyak lagi.
“Sesiapa yang sukakan bola sepak, perlu diberikan peluang untuk bermain. Kami ada platform dalam sukan dan jika ia betul-betul bermakna, anda dapat bantu untuk membuka mata orang dan menghasilkan perubahan. Apa yang saya suka mengenai PUMA adalah mereka berkongsi semangat dan impian saya untuk membantu bola sepak golongan muda di Amerika Syarikat dan membantu generasi baharu untuk mengejar mimpi mereka,” kata Christian Pulisic.
Bersempena dengan kerjasama ini, PUMA telah bekerjsama dengan Silni untuk menghasilkan rekaan istimewa pada but bola sepak Pulisic ULTRA 1.3’s yang dipakainya ketika perlawanan akhir Super Cup pada 11 Ogos 2021.
Foto: PUMA
Baca lebih lanjut: PECAH REKOD PERPINDAHAN, JACK GREALISH SAH MILIK MANCHESTER CITY
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DIOR HADIRKAN KOLEKSI KAPSUL CD 1947
Musim ini Dior menghadirkan koleksi kapsul CD 1947. Dijamin setiap rekaan yang terkandung mencuri perhatian para penggemar fesyen streetwear khususnya.
BINTANG POP, CODY SIMPSON KINI BERGELAR ATLET RENANG AUSTRALIA
Dari pentas nyanyian ke kolam renang, Cody Simpson bakal mewakili Australia ke Sukan Komanwel 2022 selepas menduduki tempat ketiga di Kejohanan Renang Australia.
ATLET SUKAN YANG PALING KAYA PADA 2022
Pemain bola sepak Argentina, Lionel Messi mengungguli senarai atlet paling kaya dengan pendapatan melebihi RM 570 juta menewaskan LeBron James dan Cristiano Ronaldo sepanjang 12 bulan yang lalu.
TOMMY HILFIGER KOMITED KEPADA KELESTARIAN, UMUM KERJASAMA BERSAMA SHAWN MENDES
Tommy Hilfiger melantik Shawn Mendes untuk projek ‘Play it Forward’ dan kempen ‘Classics Reborn’.
SANTAI BERGAYA, MICHAEL KORS & ELLESSE BERSATU
Garapan stail retro ‘70-an membentuk keseluruhan koleksi kapsul Michael Kors bersama jenama sukan Ellesse. Bakal bertemu peminat fesyen pada penghujung Mei nanti.
NAMA & WAJAH ANAK KELIMA CRISTIANO RONALDO DIDEDAHKAN
Selepas dua minggu mengumumkan berita kelahiran, Cristiano Ronaldo dan Georgina Rodriguez akhirnya berkongsi butiran lanjut mengenai puteri bongsu mereka kepada peminat.