DIKHABAR BAKAL SERTAI DEADPOOL 3, INI KARAKTER YANG BAKAL DIGALAS TAYLOR SWIFT
Salah satu filem adi wira paling dinantikan penonton, Deadpool 3 bakal ditayangkan di layar perak selepas sembilan bulan.
Filem MCU Phase 5 itu akan menyatukan Ryan Reynolds dan Hugh Jackman (Wolverine) sebagai teraju utama. Menurut laporan, Taylor Swift akan membuat kemunculan dalam Deadpool 3 sebagai Dazzler, mutan yang menghasilkan muzik.
Dazzler atau Alison Blaire ditampilkan dalam komik Marvel sebagai salah seorang ahli X-Men. Berkebolehan menukar getaran bunyi kepada cahaya dan tenaga, dia merupakan sensasi pop di alam semesta Marvel, sama seperti Taylor Swift. Malah penampilan Dazzler saling tidak tumpah seperti penyanyi itu – bermata biru, berambut perang dan tinggi lampai. Disebabkan itu Taylor Swift dilihat sebagai pilihan ideal.

Foto: Inside the Magic
Penglibatan pelantun lagu Anti-Hero itu dalam Marvel Cinematic Universe masih belum disahkan. Bagaimanapun ia dijangka menjadi kenyataan kerana Presiden Marvel Studio, Kevin Feige pernah mendedahkan bahawa dia amat meminati karakter Dazzler. Ryan Reynolds turut meluahkan keterujaannya apabila ditanya mengenai kemungkinan itu tahun lalu.
“Anda bergurau? Saya sanggup lakukan apa sahaja untuk dapatkan Taylor Swift. Dia seorang artis luar biasa,” katanya dalam satu wawancara bersama ET.
Barisan Pelakon Deadpool 3
Selain Ryan Reynolds dan Hugh Jackman, Jennifer Garner akan menghidupkan kembali peranan ikoniknya sebagai Elektra dalam filem ini. Kemunculan pertamanya sebagai Elektra Natchios adalah menerusi filem Daredevil pada 2003, seterusnya dalam filem solo Elektra pada 2005 sebagai teraju utama.
Matthew Macfadyen yang terkenal dengan peranannya dalam Succession akan turut membuat kemunculan pertama dalam filem ini. Barisan pelakon lain yang akan kembali termasuk Morena Baccarin, Karan Soni, Brianna Hildebrand dan Leslie Uggams.
Satu lagi nama yang disebut-sebut akan menyertai barisan pelakon Deadpool 3 adalah Channing Tatum. Aktor Magic Mike itu dikhabarkan akan menggalas watak komik Gambit. Dia sepatutnya muncul dalam filem solo Gambit pada 2016 malangnya projek itu dibatalkan kerana percanggahan idea.

Foto: EW
Deadpool 3 dijangka menemui peminat filem adi wira Marvel pada 3 Mei 2024.
Foto: Getty Images
Pautan berkaitan: JENNIFER GARNER BUAT KEMUNCULAN EPIK SEBAGAI ELEKTRA DALAM DEADPOOL 3
Tags
Artikel Yang Berkaitan
CHANNING TATUM DAN ZOE KRAVITZ SAH BERTUNANG
Percintaan pelakon dan pengarah Pussy Island, Channing Tatum dan Zoe Kravitz nampaknya bakal berakhir di jenjang pelamin.
PERKAHWINAN SELEBRITI YANG GAGAL SELEPAS 20 TAHUN HIDUP BERSAMA
Tempoh perkahwinan yang panjang tidak menjamin kebahagiaan berkekalan. Ramai selebriti yang bercerai-berai walaupun sudah berdekad hidup bersama.
CILLIAN MURPHY BAKAL MUNCUL SEBAGAI PENJAHAT TERKENAL DALAM FILEM MARVEL?
Cillian Murphy sebelum ini pernah menjayakan watak penjahat dalam filem trilogi The Dark Knight arahan Christopher Nolan.
JENNIFER GARNER BUAT KEMUNCULAN EPIK SEBAGAI ELEKTRA DALAM DEADPOOL 3
Selepas dua dekad, Jennifer Garner akan menghidupkan kembali peranan ikoniknya sebagai Elektra dalam filem terbaru Marvel Studios.
INI YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI CAPTAIN AMERICA 4: BRAVE NEW WORLD
Selepas mengambil alih mantel Captain America dalam The Falcon and the Winter Soldier, Anthony Mackie akan menerajui filem sendiri dalam MCU.
TIP DIET AMALAN LIMA BINTANG HOLLYWOOD TERKENAL
Ini rahsia diet artis lelaki ternama yang boleh anda cuba sendiri untuk memiliki tubuh sihat dan kekar.