Dok Pengecas APPLE Watch
Teks: Sufian Sapari
MAHUKAN TEMPAT CAS YANG LEBIH TERATUR, SELAMAT SERTA CANTIK UNTUK RUANG ANDA? GL SENARAIKAN DWI-PENGECASAN KHAS UNTUK PERANTI APPLE ANDA. BUKAN SAJA SELAMAT MALAH ANTARA TERBAIK DI PASARAN.
AERB BAMBOO WOOD
Untuk yang bercita rasa tradisional atau lebih suka rekaan alam, pertimbangkan pengecas daripada buluh ini. Aerb merupakan syarikat yang bertanggungjawab mencipta pengecas kreatif yang meletakkan peranti gajet anda betul-betul dalam keadaan stabil. Ada potongan khas untuk laluan meletakkan wayar jadi ia tidak serabut.
BOZON
Dok pengecas khas untuk Apple Watch di atas jenama Actionproof bernama Bozon ini, menyediakan ‘hentian rehat’ serta selamat untuk jam ini. Dihadir dengan kemasan silikon premium untuk melindungi peranti itu dan lebih tahan lasak. Kabel sepanjang 2 meter lebih terurus dan disembunyikan dalam gelungan. Keluarkan kabel mengikut capaian peranti, ia lebih selamat dan kemas. Dok pengecas Bozon boleh ditempah melalui Amazon.
SPARIN
Pengecas mudah alih gabungan untuk iPhone dan Apple Watch hadir dengan warna hitam dan diperbuat daripada aluminium. Tidak perlu bimbang peranti anda rosak kerana ia memiliki tubuh yang kukuh dengan dok anti-calar. Turut direka tempat letak pena yang direka Stylus Pen. Diameter saiz sesuai untuk semua model jam tangan Apple (38mm dan 42mm), Sparin turut memberi jaminan sepanjang hayat.
NIUTOP
Caskan iPhone anda secara berdiri, juga Apple Watch. Ia seakan barang pameran di Apple Store, kemas dan menarik. Badan pengecas ini dibuat daripada aluminium berkualiti tinggi, praktikal, tahan lama. yang penting sekali ialah pengecas yang pantas. Mampu mengecas iPhone 5, 5s, 6 dan 6 Plus. Untuk Apple Watch pula serasi dengan kedua-dua versi (38mm dan 42mm).
+INFO GAJET: Kesalahan Mengecas untuk Peranti Apple
– Cas terlalu lama
– Bateri terdedah dengan suhu terlalu panas
– Kerap menggunakan pengecas tanpa wayar
– Bermain telefon semasa mengecas
– Menggunakan penggecas jenama lain atau tiruan
Tags
Artikel Yang Berkaitan
BUNYI MENAKJUBKAN DENGAN FON PUTIK HUAWEI FREEBUDS 5I TERBAHARU
GLAM Lelaki berpeluang mencuba fon putik Huawei FreeBuds 5i terbaharu yang memberikan kualiti audio dan reka bentuk bergaya, serta menyokong sistem operasi Android, iOS serta Windows.
PEMBESAR SUARA MUDAH ALIH PILIHAN GLAM LELAKI
Buat julung kali, Devialet memperkenalkan pembesar suara pintar mudah alih yang menggunakan teknologi pintar terkini untuk menikmati pengalaman stereo 360 darjah.
HADIAH AKHIR TAHUN TERBAIK BUAT LELAKI YANG SUKAKAN GAJET
InfinityLab memperkenalkan 2 gajet dengan inovasi terbaharu buat lelaki untuk meraikan akhir tahun sebagai hadiah kepada keluarga, sahabat dan rakan sekerja.
CIRI TERKINI FITNESS+ KINI BOLEH DINIKMATI TANPA APPLE WATCH
Pengguna iPhone kini dapat nikmati pengalaman ciri baharu Apple Fitness+ dengan pembelian baharu atau langganan tersuai aplikasi ini.
10 PERKARA ANDA PERLU TAHU TENTANG iOS 16
Ciri khas iOS 16 tampil dengan pelbagai feature yang perlu anda tahu. Teroka dan nikmati pengalaman menarik dengan kemaskini Iphone terbaru.
APPLE PERKENAL 4 VARIASI IPHONE 14, APPLE WATCH ULTRA & AIRPODS PRO BAHARU
CEO Apple, Tim Cook memperkenalkan rangkaian peranti terbaharu seperti iPhone 14 dan Apple Watch Ultra ketika acara pelancaran yang dinanti-nantikan peminat di Apple Park, California.