Skip to content

GoPro Hero12 black

5 PERKARA PERLU TAHU MENGENAI GOPRO HERO12 BLACK TERBAHARU

Kongsikan artikel ini

GoPro melancarkan kamera flagship terbaharu, HERO12 Black yang terus mencabar sempadan tekologi dengan pelbagai kuasa dan fungsi yang terkini.

GoPro terus mencabar sempadan teknologi dengan kamera flagship terbaharu. Kamera flagship HERO12 Black kini lebih versatil, diperkaya dengan variasi fungsi dan sangat menyeronokan. Gajet terbaharu ini hadir dengan Video Stabilation yang telah memenangi Anugerah Emmy dengan 360° Horizon Lock. Ia juga kalis air sehingga 33 kaki tanpa sebarang aksesori sokongan dan tahan lasak.

GoPro Hero12 Black

Berikut adalah 5 perkara yang anda perlu tahu mengenai GoPro HERO12 Black yang terbaharu:

1. 2 Kali Lebih Berkuasa

GoPro HERO12 Black ini lebih berkuasa daripada generasi sebelum ini. Dengan sistem pengurusan kusa yang diperbaharui, ia mampu untuk merakam video resolusi 5.3K60 selama 70 minit (setting paling tinggi untuk kamera ini). Serta 95 minit untuk rakaman 5.3K30 dan lebih 155 minit untuk rakaman 1080p30. Semua rakaman ini menggunakan HyperSmooth 6.0 video stabilization.

 

GoPro Malaysia

 

2. Resolusi Kamera 5.3K Yang Tiada Tandingan

Kamera flagship terbaharu ini mempunyai resolusi 5.3K video yang 91% lebih tinggi daripada rakaman 4K dan 665% lebih daripada 1080p. Ia juga mampu untuk rakaman slo-mo sebanyak 8 kali ganda dengan resolusi 2.7K. Untuk rakaman foto pula, ia juga mampu merakankan 24.7 megapixel frame grab dan 27 megapixel foto. Serta, rakaman video 4K sehingga 120 frames per second untuk 4 kali ganda slo-mo.

 

3. Sokongan Audio Wireless Untuk AirPods Dan Gajet Bluetooth Lain

Kini, pengguna boleh merakamkan audio terus ke HERO12 Black dengan gajet Bluetooth seperti Apple AirPods, fon putik, headphone dan juga mikrofon. Ini akan memudahkan rakaman vlog, naratif suara dan arahan suara untuk mengawal HERO12 Black antara dari jarak yang jauh.

 

GoPro Hero12 black

 

4. Nisbah Rakaman 8:7 Yang Versatil

Sensor 1/1.9” memberikan rakaman yang lebih versatil dengan nisbah 8:7 yang lebih besar. Rakaman yang dilakukan ini kemudiannya boleh di disunting kepada 9:16 vertikal, 16:9 widescreen, 4:3 tradisional atau 8:7 yang full-frame. Semua resolusi video juga kini boleh didapati untuk TimeWarp, Time Lapse, Night Lapse dan kesemua mod Night Effects.

 

5. Harga GoPro HERO12 Black

HERO12 Black boleh didapati pada harga RM1,999.00 di stor yang terpilih seluruh Malaysia. Kamera flagship terbaharu ini juga hadir dengan aksesori tambahan seperti Max Lens Mod 2.0 yang boleh didapati pada harga RM519.00, selain Extension Pole + Waterproof Shutter Remote terbaharu yang akan tersedia pada Oktober 2023.

 

aksesori GoPro

 

Dapat lebih maklumat di GoPro.com.

 

Baca lebih lanjut: APA YANG MENARIK DENGAN HUAWEI MATEPAD AIR TERBAHARU?

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Ruark

SISTEM MUZIK REVOLUSIONER SIRI 100 RUARK MENGHUBUNGKAN ANDA DENGAN MUZIK

Bacaan Lanjut

APA YANG MENARIK DENGAN HUAWEI MATEPAD AIR TERBAHARU?

Bacaan Lanjut

SAMSUNG GALAXY Z FOLD5, REVOLUSI ‘KOMPUTER RIBA MINI’ YANG BERKUASA DAN MESRA POKET

Bacaan Lanjut
samsung galaxy z flip5

APA CIRI BAHARU YANG MEMBUAT SAMSUNG GALAXY Z FLIP5 LEBIH BERKUASA ?

Bacaan Lanjut
samsung galaxy tab s9

APA YANG MENARIK DENGAN SAMSUNG GALAXY TAB S9 TERBAHARU?

Bacaan Lanjut
samsung watch Malaysia

SIHAT DAN BERGAYA BERSAMA SIRI SAMSUNG GALAXY WATCH6 TERBAHARU

Bacaan Lanjut