Skip to content

Hadiah Mewah Buat Sahabat Rapat

HADIAH MEWAH BUAT SAHABAT RAPAT

Kongsikan artikel ini

Lelaki alfa zaman ini lebih arif tentang kualiti dan kemewahan produk. Lelaki lebih teliti dalam memilih hadiah mewah buat sahabat rapat.

Sesetengah individu mengambil berat tentang budaya pemberian hadiah, terutamanya wanita. Tetapi kini lelaki juga tidak ketinggalan dan ternyata lebih teliti dalam memilih hadiah buat sahabat rapat. Sama seperti peredaran zaman yang begitu pantas, lelaki alfa zaman ini lebih arif tentang kualiti dan kemewahan sesuatu produk. Terpulang kepada tema yang diraikan, seperti pertukaran hadiah secret-santa, sambutan hari ulang tahun, atau meraikan kejayaan bisnes. Tentu sekali terdapat pelbagai jenis hadiah yang boleh diberikan, asalkan datangnya dari hati. Tidak salah kiranya memilih hadiah yang lebih elegen, lantas melambangkan personaliti si pemberi.  GLAM Lelaki memilih Top 3 jenis hadiah ideal yang mewah buat sahabat rapat.

 

Chanel, Bleu De Chanel After-Shave Lotion

Hadiah Mewah Buat Sahabat Rapat

Dengan aromatik nota kayu yang lebih halus, losyen selepas bersyukur ini juga diperkaya dengan bisikan kayu cedar kering, Caledonian sandalwood, dan kesegaran sitrus. Khas buat individu yang mementingkan kebebasan dan tampil lebih sofistikated.

 

Cartier, Diabolo de Cartier Card Holder

DHadiah Mewah Buat Sahabat Rapat

Tampil penuh gaya berurusan dengan pemegang card Diabolo de Cartier Card Holder dari Cartier, salah satu dari koleksi musim cuti Collection of Objects. Pemegang kad ini disiapkan dengan logam lakuer dan kemasan emas. Berkonsepkan oleh objek harian, koleksi ini melambangkan keunggulan tradisi Cartier sejak tahun 1880.

 

Marvis, 7 Days of Flavour Box

Hadiah Mewah Buat Sahabat Rapat

Set musim cuti dari Marvis menampilkan tujuh jenis ubat gigi dengan perisa berlainan. Setiap perisa memberi kesegaran yang berpanjangan dan sensasi kesejukan pudina yang pelbagai. Didatangkan dengan formula Marvis yang asli – mampu memutih, melindungi gigi, menyegarkan nafas, dan membantu mencegah kerosakan gigi. 

 

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Eksplorasi Dua Roda

EKSPLORASI DUA RODA

Bacaan Lanjut
haruman lelaki

10 HARUMAN KLASIK DAN IKONIK BUAT LELAKI

Bacaan Lanjut

JANGAN GENERALIZE, LELAKI SEBENARNYA CEREWET DALAM MELAWA

Bacaan Lanjut
The Man of the Hour 01

THE MAN OF THE HOUR

Bacaan Lanjut

BLEU DE CHANEL PERKENAL SET BERCUKUR

Bacaan Lanjut
LOLA NICON

LOLA NICON, WANITA IDAMAN BARU DI RUNWAY

Bacaan Lanjut