Skip to content

HIDANGAN ISTIMEWA SEMPENA TAHUN BARU CINA HANYA DI SUNWAY PUTRA HOTEL

Kongsikan artikel ini

Tahun Baru Cina bakal menjelma. Walau baru sahaja kita meraikan sambutan Hari Natal dan tahun baru, perayaan CNY sememangnya dinanti-nantikan bukan sahaja oleh kaum Cina sendiri, tetapi juga kaum yang lain. Mana tidaknya, seperti Hari Raya Aidilfitri, menjadi satu tradisi buat masyarakat Cina untuk berkumpul bersama ahli keluarga ketika malam Tahun Baru Cina untuk ‘makan besar’ bersama sama ada di rumah, restoran mahupun di hotel.

Sehubungan itu, Sunway Putra Hotel turut sama memeriahkan suasana dengan menawarkan makan malam bufet istimewa bersempena CNY dari 24 Januari 2020 ini bermula dari 6.30 petang hingga 10 malam dengan harga RM108 setiap orang, manakala separuh harga untuk warga tua dan kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun. Istimewanya, buat mereka yang membuat tempahan awal iaitu dari sekarang hingga 10 Januari 2020, bufet ini tersedia dengan hanya RM88 bagi setiap orang.

“Pemilihan menu berdasarkan cita rasa rakyat Malaysia yang gemar mencuba makanan pelbagai bangsa, lantas kami mencipta menu selepas mempertimbang banyak aspek termasuk rakyat Malaysia kini yang meraikan semua musim perayaan”, jelas Pengurus F&B Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur, A. Pathmanath.

Nikmatilah hidangan dari chilli mayo crabmeat & salad jagung grilled, salad ayam dengan dressing Asia, salad oktopus mini, makanan laut seperti Tiram, Green Mussels dan Udang Harimau sehinggalah hidangan seperti black pepper beef, ikan kukus dengan sos soya superior, udang goreng dengan sos khas pedas, sea cucumber and mushroom stew on Brassica yang dimasak istimewa oleh chef-chef berpengalaman. Turut disajikan hidangan western serta pencuci mulut.

Bertempat di Restoran Gen Japanese, restoran ini mampu memuatkan sehingga 300 tetamu pada satu-satu masa dan terletak di aras 10 di Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur. Untuk tempahan, pertanyaan atau pembelian baucar, hubungi 03-4040 9888 sambungan 9038 atau e-mel di spkl.ch@sunwayhotels.com.

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

IDEA STAIL TAHUN BARU DARI LOEWE

IDEA STAIL TAHUN BARU DARI LOEWE

Bacaan Lanjut
Van miro & wujo

KOLEKSI KASUT VANS EKSKLUSIF BERSAMA MIRO & WUJO SEMPENA TAHUN BAHARU CINA

Bacaan Lanjut

KOPI KEGEMARAN ANGEL CHEN UNTUK TAHUN BARU CINA

Bacaan Lanjut
DESTINASI PELANCONGAN ANDA PERLU KUNJUNGI BERDASARKAN ZODIAK CINA ANDA TAHUN INI

DESTINASI PERCUTIAN PERLU ANDA KUNJUNGI BERDASARKAN ZODIAK CINA 2023

Bacaan Lanjut

MENU ISTIMEWA TAHUN BAHARU CINA DI W KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut
Kiehl's

RAIKAN TAHUN BARU BERSAMA KIEHL’S

Bacaan Lanjut