Skip to content

HOUSE OF DISCOVERE, MALAM EKSKLUSIF PENUH GAYA

Kongsikan artikel ini

Biz of RE sekali lagi menganjurkan acara ‘House of DiscoveRE’ dalam meraikan SAMSUNG Galaxy S24 sebagai telefon pintar rasmi. Acara ini meraikan gaya selebriti dan pempengaruh dengan suasana meriah yang disokong bersama HWC dan NARS.

Malam yang memancarkan kemeriahan ini berlangsung di Wet Deck, W Hotel Kuala Lumpur pada 7 Mac 2024. Parti ini juga mendedikasikan sebuah malam acara eksklusif ‘House of DiscoveRE’ bersama jenama telefon pintar, SAMSUNG dan teknologi terbarunya, Galaxy AI. SAMSUNG menjadi kamera rasmi yang dirakam dan digunakan secara langsung sepanjang malam acara. Ia memperkenalkan ‘House of DiscoveRE’, dipamerkan melalui ruang khusus yang unik untuk melambangkan setiap majalah dan portal digital yang berbeza.

HOUSE OF DISCOVERE MENDEDIKASIKAN MALAM EKSKLUSIF BERSAMA SAMSUNG

GLAM, GLAM Lelaki, EH!, HARPER’S Bazaar, Bazaar Man, ICON dan The Peak meraikan malam dedikasi bersama telefon pintar SAMSUNG. Dengan menggabungkan ciri GALAXY AI ke dalam discovery activation diuruskan oleh setiap majalah untuk para tetamu mengambil bahagian.

Parti ini bertemakan ‘All of The Lights’, acara malam ‘House of DiscoveRE’ dihoskan oleh @fiqrieisme dan diikuti dengan ucapan daripada Pengarah Kreatif setiap majalah. Mereka menceritakan serba-sedikit tentang activation yang disediakan pada malam itu untuk para tetamu mencuba dan bermain bersama. Sementara itu, tetamu yang hadir turut dihiburkan dengan alunan muzik oleh DJ Ashley Lau.

Antara tetamu selebriti juga pempengaruh digital yang hadir pada malam itu dan tampil begitu stylish menepati tema adalah pasangan manis Scha Alyahya juga Awal Ashaari, Tyra Kamaruzzaman juga Emri, Hafreez Adam, Ahmad Ezzrin Loy, Azrel Ismail, Datin Elvina Mohamad, Ttfga, Alicia Amin, Hatta Dolmat, Adam Shafique, Saixse, Raja Muhd Atiqullah dan ramai lagi.

Malam acara itu anda dapat menyaksikan bagaimana tetamu hadir daripada pelbagai generasi berkumpul. Apa yang menarik lagi, tetamu dapat menikmati pelbagai activations menarik yang disediakan oleh setiap majalah. ‘House of DiscoveRE’ diraikan dengan berjaya dan dikuasakan oleh SAMSUNG.

 

Baca lebih lanjut: TEROKAI ERA BARU AI MUDAH ALIH BERSAMA SIRI SAMSUNG GALAXY S24

By Zahirah Zulkhairi
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

semua house

PENGGABUNGAN SENI, BUDAYA & TEKNOLOGI: PEMBAHARUAN SAMSUNG TERHADAP SEMUA HOUSE YANG IKONIK

Bacaan Lanjut

TEROKAI ERA BARU AI MUDAH ALIH BERSAMA SIRI SAMSUNG GALAXY S24

Bacaan Lanjut

‘PARTY OF THE YEAR’ BIZ OF RE MERAIKAN ULANG TAHUN KE-3

Bacaan Lanjut

ACARA TAYANGAN PERDANA FILEM PENDEK ‘I AM WOMAN’ BERLANGSUNG MERIAH

Bacaan Lanjut
PERANTI PINTAR SAMSUNG PELENGKAP GAYA SEHARIAN

PRE-ORDER PERANTI SAMSUNG HARI INI

Bacaan Lanjut

SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA 2022!

Bacaan Lanjut