NETIZEN PUJI KEPRIHATINAN KJ BANTU GOLONGAN AUTISME
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin atau lebih dikenali sebagai ‘KJ’ mempunyai seorang anak yang menghidapi autisme. Anak lelaki keduanya, Timor Abdullah atau nama panggilannya Puma kini berumur 9 tahun. Buat pengetahuan, autisme merupakan kecacatan perkembangan tegal yang melibatkan fungsi otak di mana ia menyebabkan seseorang mengalami masalah dalam berkomunikasi, berhubungan sosial dan emosi malah sukar untuk menyesuaikan diri dalam pelbagai bentuk keadaan.


Berikutan dengan isu ini, baru-baru ini KJ menyatakan kebimbangan serta keprihatinannya terhadap isu ini melalui kenyataan di dalam Instagrammnya yang menyeru agar semua pihak perlu campur tangan pada peringat awal agar membolehkan mereka yang mengidap autisme mampu mengembangkan potensi serta bakat dalam diri mereka. Tambah beliau lagi, anak-anak istimewa ini tidak sepatutnya disembunyikan malah mereka sewajarnya digalakkan menjalani kehidupan gembira dan produktif seperti anak-anak biasa yang lain.
https://www.instagram.com/p/BS4728aDxED/?taken-by=khairykj
Khabarnya, Kementerian Belia dan Sukan akan bekerjasama dengan Persatuan Autisme Kebangsaan Malaysia (NASOM) dalam mencipta kemahiran di Institut Kemahiran Belia Negara bagi memberi peluang kepada anak-anak autisme ini belajar meningkatkan potensi dalam diri agar menjadi orang dewasa yang mampu berdikari. Baru-baru ini, berdasarkan laporan dalam salah satu akhbar tempatan Sinar Harian, KJ ternyata beremosi mengenangkan nasib kanak-kanak autisme sewaktu sesi ‘kupas buku’ yang berjudul Uniquely Human baru-baru ini. Jelas beliau, “Buku ini mengubah hidup saya, mengubah cara saya mendekati anak saya sendiri dan bagaimana saya cuba untuk memahami dia tanpa cuba mengubah dia menjadi seperti anak-anak lain yang normal”.
Ternyata tindakan serta keprihatinan KJ memperjuangkan nasib golongan autisme mendapat respon serta pujian dari netizen. Thank you YB KJ!
Oleh Wan Mohd Firdaus, 18 April 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
APA SEBENARNYA MAKSUD ‘MAHU MENGAHWINI LELAKI KAYA’?
Adakah kesemua perempuan materialistik?
5 ARTIS LOKAL UNTUK DIDENGARI SEANDAINYA ANDA MEMINATI KUMPULAN ALPHA
Lihatkan lima artis lokal yang berkongsi latar bunyi bersama ALPHA, daripada DUKES hinggalah Aisha Retno.
RICK OWENS: BEGINIKAH RUPA FESYEN MASA HADAPAN?
Untuk 2026, dunia Rick Owens tampil lebih ekstrem menerusi koleksi Spring/Summer 2026 “Temple” dan Fall/Winter 2026 “Tower” dengan elemen masa hadapan.
7 PROMOSI SEMPENA MERDEKA 2026 UNTUK MERAIKAN SEMANGAT PARTIOTIK
Raikan Merdeka 2026 dengan 7 promosi dan acara menarik yang sedang berlangsung di seluruh Malaysia, daripada tawaran makanan dan pengalaman budaya hingga aktiviti bersama keluarga dan rakan.
GAYA MEWAH ZEEKR 7X BLACK NOVA
Zeekr 7X, model SUV elektrik kegilaan ramai, kini hadir dalam monokromatik hitam serba elegan, Zeekr 7X Black Nova.
5 FILEM YANG MEMBUKTIKAN BAKAT LAKONAN DAIYAN TRISHA
Biarpun sudah lama mengikuti atau baru mahu mengenali Daiyan Trisha, lihatkan lima sorotan filem terbaik yang menjadi bukti bakat lakonannya.











