Justin Bieber Beremosi Kerana Rolls Royce?
Justin Bieber emosi ketika melihat Rolls Royce idamannya bertemakan ’Spaceship’ untuk pertama kali setelah menunggu selama tiga tahun. Pelantun lagu popular ‘Love Yourself‘ itu telah merancang pengubahsuaian kereta Rolls Royce itu selama tiga tahun bersama pengasas West Coast Customs, Ryan Friedlinghaus turut beremotional kerana hari yang mereka nantikan telah tiba.
Penyanyi berusia 26 tahun yang punya pendapatan bersih 285$ juta USD, bekerjasama bersama West Coast Customs, mengambil masa selama tiga tahun akhirnya menampilkan rekaan Rolls Royce berbadan perak futuristik yang licin lengkap dengan sistem bunyi canggih dan penutup roda yang menjadikan kereta kelihatan seperti ’Spaceship’.
Video kongsian West Coast Customs menunjukkan Justin Bieber menyebut “What” dan “Oh My God” berulang kali seperti tidak percaya akan kereta idamannya kini menjadi sudah ada di hadapan mata. Reaksinya membuatkan Ryan Friedlinghaus menjawab “Anda akan membuat saya menangis.” Kedua mereka akhirnya beremosi bersama kerana perjalanan ingin menjadikan kereta tersebut perlu melalui banyak proses yang sukar dan berfikiran di luar kota.
Menjelaskan bagaimana kerjasama itu berlaku, Ryan menambah “Saya mendapat panggilan telefon dari Justin Bieber. Dan dia mengatakan, “Ryan, saya baru saja menghantar SMS mengenai video kereta ini dan ia sangat mengagumkan”. Dan dari situlah permulaan mereka berkongsi idea untuk merealisasikan impian Justin Bieber.
Sementara itu, isteri Justin, Hailey Bieber baru-baru ini mengatakan dia sering gugup setiap kali ingin bermesra dengan suaminya di khalayak ramai kerana dia merasakan seolah-olah ada orang selalu “memerhatikan” mereka.
Dia berkata, “Sukar bagi saya untuk memahami hubungan (tiada privasi) seperti ini. Tetapi bila difikirkan kembali, anda harus menerima kenyataan dan mengakui siapa diri anda (bergelar artis). Untuk masa yang lama (hubunganya bersama Justin) saya tidak boleh bermesra bersamanya ketika di khalayak ramai, saya tidak berapa suka dengan idea apabila ada orang memerhatikan kami pada saat-saat itu…”
Kini tidak perlu risau lagi bagi pasangan merpati sejoli ini kerana Rolls Royce yang berkonsep Spaceship ini menggariskan privasi yang diidamkan setiap artis dengan kelengkapan dua tempat duduk eksklusif sepanjang 19.4 kaki dengan atap bumbung pintar-sunroof panoramik, roda separuh tersembunyi, dan jeriji besar!
Artikel Berkaitan, Porsche Mempersembahkan 911 Gt3 Dengan Desain Baharu
Gambar oleh @BACKGRID
Tags
Artikel Yang Berkaitan
SELEBRITI LELAKI YANG TERSENARAI DALAM GUINNESS WORLD RECORD
Boleh dikatakan hampir semua aspek tersenarai dalam Guinness World Record, jadi tidak hairanlah jika beberapa selebriti dan personaliti terkenal memegang beberapa rekod.
IT’S ALL ABOUT ACCESSORISING!
Selebriti generasi baru ternyata lebih berani bereksperimen dengan fesyen. Wajah masa kini disaksikan ligat mengenakan aksesori yang 'bold' sebagai tunjang utama kala berfesyen.
JUSTIN BIEBER DEDAH HIDAP LYME DISEASE AKIBAT DEPRESI
Dirinya mengakui sangat sedih sehingga mengalami depresi apabila menerima kecaman yang dilemparkan terhadapnya ketika dia sedang bertarung dengan penyakit itu.
REVOLUSI GAYA JUSTIN BIEBER: FROM A SPOILED BOY NOW A GENTLEMAN
Bieber2020: Jom kita rekap evolusi fesyen Justin Bieber bersempena 'comeback' nya nanti!
JUSTIN BIEBER DIKHABARKAN SUDAH BERKAHWIN?
Menurut laporan TMZ, mereka mendapatkan sijil perkahwinan pada hari khamis lalu secara tergesa-gesa tanpa pengetahuan ahli keluarga.
MILIKI ALBUM SENDIRI, IMPIAN FAZURA AKHIRNYA JADI KENYATAAN
Majlis pelancaran penuh gilang gemilang itu turut menyaksikan Fazura dilantik sebagai duta Produk Sahajidah Hai-O Marketing.