Skip to content

Keselesaan Di Tahap Maksimum 01

Keselesaan Seluar Dalam Tahap Maksimum

Kongsikan artikel ini

Mengimbangi kepelbagaian susuk tubuh badan lelaki, Comfort Republic memperlihatkan inklusiviti menerusi barisan seluar dalam terbaru mereka. Secara tidak langsung, menjanjikan keselesaan yang maksimum untuk para jejaka masa kini.

Rata-rata kaum lelaki tidak mengambil berat mengenai seluar dalam mereka. Apatah lagi untuk mengambil tahu jenis seluar dalam yang selesa untuk disarungkan dalam melindungi serta meningkatkan keyakinan diri. Setiap lelaki perlu mengambil tahu jenis seluar dalam yang hendak dipakai kerana terdapat pelbagai variasi seluar dalam di dalam pasaran.

Ini termasuk, briefs, boxers, boxer briefs, G-String dan jockstraps. Namun kebanyakkan kita lebih gemar menyarungkan boxer briefs, kerana ia memberi keselesaan yang maksimum. Di samping itu memberi kitaran darah yang baik, tidak melemaskan dan paling utamanya menjaga tahap kesuburan kita.

Keselesaan Di Tahap Maksimum 02

Bersempena Hari Kebangsaan yang bakal disambut selasa depan. Comfort Republic membentangkan barisan seluar dalam jenis boxer briefs, (Apollo+) Edisi Terhad Malaysia. Mula terjual menerusi laman web Comfort Republic mulai 20 Ogos lalu, koleksi ini tampil tepat pada waktunya. Mendakap kesatuan kemasyarakatan yang berbilang kaum, boxer brief (Apollo+) ditawar dari saiz S sehingga 6XL dengan cetakan corak buah-buahan dan set sarapan pagi kegemaran rakyat Malaysia.

Keselesaan Di Tahap Maksimum 03

Diperbuat dari fabrik organik yakni 95% Bamboo Viscose & 5% Spandex, boxer brief (Apollo+) menawarkan keselesaan kantung 3D yang ekstrem juga fabriknya tahan lasak. Tampil dalam dua variasi, The Breakfast Set berwarna biru gelap; dan King and Queen of Fruits dalam warna merah hati; seluar dalam ini didedikasikan untuk meraikan masyarakat Malaysia yang berbilang budaya.

Sekali gus, menyebarkan mesej positif dalam meraikan kepelbagaian susuk tubuh badan lelaki yang sudah menjadi misi Comfort Republic sejak mula ditubuhkan pada tahun lalu. Bertujuan untuk memperkasakan semua bentuk serta ukuran susuk tubuh lelaki di dalam menyelami keselesaan yang maksimum.

Foto: Comfort Republic

Baca lebih lanjut: GENERASI SKUTER URBAN METROPOLITAN

By Zuhairie Sahrom
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Calvin klein underwear

BRIGHT VACHIRAWIT, WAJAH KEMPEN CALVIN KLEIN UNDERWEAR TERBAHARU

Bacaan Lanjut
TIPS PEMILIHAN SELUAR DALAM LELAKI TERBAIK

TIP PEMILIHAN SELUAR DALAM LELAKI TERBAIK

Bacaan Lanjut

Satu Saiz Seluar Dalam Untuk Semua

Bacaan Lanjut

INTIP KRITERIA LELAKI BERDASARKAN PEMILIHAN SELUAR DALAM

Bacaan Lanjut

5 KESALAHAN PEMAKAIAN SELUAR DALAM LELAKI

Bacaan Lanjut

PIETRO BOSELLI X BENCH/BODY’S 2017

Bacaan Lanjut