Skip to content

kumpulan search

KONSERT ‘FANTASIA BULAN SALJU’ SEARCH BAKAL MENGGEGARKAN ARENA OF STAR, RESORT WORLD GENTING

Kongsikan artikel ini

Phewiittt! Kumpulan rock legenda, Search mengumumkan akan mengadakan konsert “Fantasia Bulan Salju” pada 12 Ogos 2023 di Area of Stars, Resort World Genting.

Dianggotai oleh Amy, Nasir, Hillary Ang dan Man Kidal, Search akan menganjurkan sebuah konsert bersejarah yang dinamakan Konsert “Fantasia Bulan Salju”. Dibawakan oleh MIC Entertainment Group, konsert oleh kumpulan rock legenda ini akan diadakan pada12 Ogos 2023 di Area of Stars, Resort World Genting.

“’Fantasia Bulan Salju’ bukan konsert biasa yang diadakan sekadar untuk memenuhi permintaan. Ia adalah bukti bahawa setelah empat dekad Search lalui segala pahit manis serta cabaran hebat industri muzik. Karier Search terus kukuh dan kami kekal relevan”, kata Amy selaku vokalis utama Search.

kumpulan search

“Satu lagi keunikan konsert ‘Fantasia Bulan Salju’ pada Ogos ini adalah venue konsert itu sendiri. Bertempat di pusat pelancongan tanah tinggi negara yang amat popular iaitu Resorts World Genting. Peminat Search bukan sahaja dapat menonton konsert dalam kenyamanan cuaca dingin semula jadi. Malahan Arena of Stars juga menjadi pilihan begitu ramai artis-artis dari serata dunia. Ia mempunyai segala fasiliti bagi penganjuran konsert bertaraf antarabangsa,” ujar Amy yang begitu dikenali bukan sahaja peminat muzik malah peminat fesyen di rantau Asia kerana keberaniannya untuk bereksperimen dengan gaya-gaya berani.

Kumpulan rock legenda Malaysia ini seringkali menekankan bahawa kejayaan sesuatu konsert itu bergantung kepada pelbagai faktor. Antaranya seperti keselesaan, kualiti peralatan bunyi dan visual, keselamatan, harga tiket yang berpatutan, gaya di atas pentas, dan lain-lain lagi.

Konsert “Fantasia Bulan Salju” Search

Arena of Stars, Resorts World Genting mempunyai kapasiti sehingga 5,000 orang. Ia dilengkapi dengan ciri-ciri concert hall terbaik setaraf dengan dewan konsert lain di Asia. Selain acara malam anugerah, dewan berprestij ini tersebut jarang sekali menyaksikan penganjuran sebuah konsert solo artis tempatan secara besar- besaran.

Search mencatat rekod sebagai artis pertama mengadakan konsert solo di Zepp KL tahun lepas dengan konsert Endemik. Mampaknya mereka sekali lagi melakar sejarah menjadi artis tempatan pertama dibawa oleh MIC Entertainment Group untuk mengadakan konsert solo di Arena of Stars.

“Sejak ditubuhkan pada tahun 80an sehinggalah ke hari ini, Search tidak putus-putus diberi kepercayaan oleh penganjur acara bertaraf antarabangsa untuk menghiburkan para peminat kami di rantau ini. Tanggungjawab ini sungguh berat, lebih-lebih pada masa kini di mana peminat muzik lebih sofistikated”, jelas Nasir yang juga merupakan di antara anggota kumpulan Search yang terawal.

“Namun demi legasi dan peminat-peminat samada yang lama mahupun dari generasi baru, kami berempat tidak jemu untuk terus berkarya. Setiap konsert kami mempunyai keunikan tersendiri serta berbeza dari konsert yang sebelumnya. Konsert ‘Fantasia Bulan Salju’ juga tidak terkecuali. Nama konsert ini diambil dari salah satu lagu paling popular Search iaitu ‘Fantasia Bulan Madu’,” tambahnya.

konsert search

 

Tiket konsert “Fantasia Bulan Salju” akan mula dijual pada 16 Mei 2023 (Selasa) dari jam 12 tengah hari dan seterusnya. Harga tiket bermula dari RM128.00 sehinggalah RM388.00 (VIP Fantasia) tidak termasuk caj untuk pemprosesan. Pemegang tiket VIP berpeluang menghadiri sesi ‘Meet & Greet’  dan dapat membawa pulang poster yang ditandatangani sendiri oleh Search. Layari laman sesawang rwgenting.com dan my.bookmyshow.com untuk maklumat lanjut berkenaan cara cara pembelian tiket.

 

Baca lebih lanjut: 6 PERKARA YANG HARUS ANDA KETAHUI SEBELUM KE GENTING SKYWORLDS

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

lagu raya 2024

8 LAGU RAYA BAHARU PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
SUJUD AIDILFITRI, LAGU RAYA SULUNG SEARCH BUAT PEMINAT

SUJUD AIDILFITRI, LAGU RAYA SULUNG SEARCH BUAT PEMINAT

Bacaan Lanjut
COLDPLAY BUAT PERMOHONAN MAAF KEPADA RAKYAT MALAYSIA

COLDPLAY BUAT PERMOHONAN MAAF KEPADA RAKYAT MALAYSIA

Bacaan Lanjut
MESEJ PENTING DI SEBALIK UCAPAN ‘SELAMAT DATANG’ PERDANA MENTERI BUAT COLDPLAY

MESEJ PENTING DI SEBALIK UCAPAN ‘SELAMAT DATANG’ PERDANA MENTERI BUAT COLDPLAY

Bacaan Lanjut
STELLAR GLAMPSITE TERBARU CAMERON HIGHLAND BAK PERCUTIAN LUAR NEGARA

STELLAR GLAMPSITE TERBARU CAMERON HIGHLANDS BAK PERCUTIAN LUAR NEGARA

Bacaan Lanjut
PENGLIBATAN EMPAT DEKAD AMY SEARCH DALAM INDUSTRI HIBURAN DIIKTIRAF

PENGLIBATAN EMPAT DEKAD AMY SEARCH DALAM INDUSTRI HIBURAN DIIKTIRAF

Bacaan Lanjut