KUASA WANITA DAN RAHSIA ‘AVENGERS’ DALAM CAPTAIN MARVEL
Agak jarang sekali wanita diangkat sebagai ‘hero’ dalam sesebuah filem. Jika ada, berapa kerat saja bukan? Dan buat pertama kalinya, filem Captain Marvel adalah filem adiwira pertama MARVEL yang mengetengahkan wanita sebagai tunjang utama, cuma persoalannya mampukah filem ini menawan peminat-peminat lagak superhero khususnya MARVEL. Ya, ini adalah risiko yang perlu diambil pihak produksi.

Apatah lagi populariti bekas Pelakon Wanita Terbaik anugerah Oscar pada tahun 2016 ini masih belum kuat terutama sekali di Malaysia. Ramai masih tertanya adakah Brie Larson, calon yang sesuai memegang watak Captain Marvel atau Carol Danver. Manakan tidak, ini merupakan filem aksi pertama beliau dan ramai menjangkakan Brie untuk unggul dan hebat menerusi watak superhero ini. Namun apa yang menariknya tentang Captain Marvel ini berbanding adiwira wanita lain contohnya, Black Widow adalah unsur humor, sedikit ‘gila-gila’ dan selamba yang ditonjolkan.
Bercakap mengenai jalan cerita, jujur penulis nyatakan agar anda usah mengharapkan aksi yang gempak dan berat seperti filem-filem MARVEL lain. Senang cerita, filem Captain Marvel lebih menumpukan kepada kewujudan Carol Danver dan bagaimana dia ‘mendapat’ kuasa adiwira serta kebangkitan seorang wanita dalam menghadapi kegagalan demi kegagalan. Yang pasti, tema ‘women empowerment’ nyata jelas menerusi filem ini. Filem ini bermula apabila Carol lakonan Brie Larson tersedar di planet yang ditadbir oleh Bangsa Kree, menyaksikan sendiri bagaimana Carol sendiri berkhidmat sebagai Starforce untuk misi-misi menyelamatkan dari puak Skrull yang merupakan ‘shape-shifters’.
Selain itu, antara yang menarik adalah babak-babal awal origin penubuhan dan nama The Avengers serta bagaimana mata Fury boleh tercedera. Anda boleh saksikan kelibat dan telatah Agen Nick Fury dan Agen Phil Coulson sewaktu muda dan pertama kali bergandingan di awal karier mereka. Boleh dikatakan antara highlight menarik Captain Marvel. Aksi Goose The Cat juga sangat menarik perhatian!
Apa-apa pun, Captain Marvel masih seronok untuk dilayan dan tak rugi menontonnya. Apatah lagi, Captain Marvel dikatakan akan muncul dalam filem Avenger: Endgame nanti. Benar atau tidak, jawapannya hanya ada dalam filem ini. Filem Captain Marvel sudah mula ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia. Go watch it guys!
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 ARTIS LOKAL UNTUK DIDENGARI SEANDAINYA ANDA MEMINATI KUMPULAN ALPHA
Lihatkan lima artis lokal yang berkongsi latar bunyi bersama ALPHA, daripada DUKES hinggalah Aisha Retno.
RICK OWENS: BEGINIKAH RUPA FESYEN MASA HADAPAN?
Untuk 2026, dunia Rick Owens tampil lebih ekstrem menerusi koleksi Spring/Summer 2026 “Temple” dan Fall/Winter 2026 “Tower” dengan elemen masa hadapan.
7 PROMOSI SEMPENA MERDEKA 2026 UNTUK MERAIKAN SEMANGAT PARTIOTIK
Raikan Merdeka 2026 dengan 7 promosi dan acara menarik yang sedang berlangsung di seluruh Malaysia, daripada tawaran makanan dan pengalaman budaya hingga aktiviti bersama keluarga dan rakan.
GAYA MEWAH ZEEKR 7X BLACK NOVA
Zeekr 7X, model SUV elektrik kegilaan ramai, kini hadir dalam monokromatik hitam serba elegan, Zeekr 7X Black Nova.
5 FILEM YANG MEMBUKTIKAN BAKAT LAKONAN DAIYAN TRISHA
Biarpun sudah lama mengikuti atau baru mahu mengenali Daiyan Trisha, lihatkan lima sorotan filem terbaik yang menjadi bukti bakat lakonannya.
MEN’S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN ‘FRONT ROW’
Jelajahi jangkaan barisan duta global dan bintang K-Pop di pentas Menswear RTW SS27. Ikuti perkembangan trend terkini bersama GLAM LELAKI.












