LEGO BOTANICAL, HADIAH ISTIMEWA HARI IBU DAN ILHAM DEKORASI LEBARAN 2022
The LEGO Group memperkenalkan dua set baharu koleksi LEGO® Botanical yang indah dijadikan hadiah Hari Ibu juga item hiasan rumah Syawal nanti.
Hari Ibu bakal diraikan pada 8 Mei tahun ini. Sambutan Aidilfitri pula akan dirayakan pada 3 Mei 2022. Jika anda mencari hadiah yang unik buat ibu tersayang, LEGO ada idea baharu untuk meraikan kasih dan sayang mereka. The LEGO Group memperkenalkan dua set baharu LEGO® Botanical iaitu LEGO® Orchid dan LEGO® Succulents yang sesuai dijadikan item hiasan rumah bersempena kehadiran Syawal dan Hari Ibu nanti.

LEGO® Orchid dan LEGO® Succulents
Koleksi LEGO® Orchid dan juga LEGO® Succulents bukan sahaja sesuai dijadikan sentuhan unik pada seni dekorasi rumah, ia turut sama sesuai sebagai hadiah istimewa Hari Ibu juga buat pencinta tanaman dan alam semulajadi. Kedua-dua set ini khusus dihadilkan buat golongan dewasa dalam memberikan pengalaman yang penuh kreativiti.

LEGO® Orchid
LEGO® bukan hanya permainan untuk kanak-kanak. 73% golongan dewasa mengatakan mereka sering mencari cara untuk menghilangkan stres dan lebih dari 72% pula mengatakan bermain dapat membantu mereka untuk bersantai dan berasa lebih relaks. Set terbaharu ni dapat memberikan rekaan pokok bunga yang luar biasa sambil memberikan ketenangan sebelum dan selepas proses untuk menyiapkannya.
Baca lebih lanjut: 4 PERKARA YANG ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU TENTANG TUNANG BRITNEY SPEARS, SAM ASGHARI

LEGO® Succulents
LEGO® Orchid menampilkan pokok bunga anggerik yang sedang mekar cukup indah. Ia mempunyai enam bunga besar serta dua bunga yang masih muda. Persis pokok orkid sebenar, ia pasti menyuntik sisi elegan pada ruang rumah anda, tanpa perlu untuk menjaga dan menyiramnya nanti.

LEGO® Botanical
LEGO® Succulents pula merupakan set yang dikaryakan dengan sembilan jenis pokok kaktus berbeza. Setiap satunya mempunyai pasu yang tersendiri. Oleh itu, setiap pokok kaktus ini boleh disatukan atau dipisahkan mengikut cita rasa yang tersendiri.

LEGO® Orchid dan LEGO® Succulents
Rangkaian LEGO® Botanical akan dilancarkan bersempena Hari Ibu tahun ini pada 1 Mei 2022, selain boleh dijadikan sebagai dekorasi untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti. Setoap satu berharaga RM219.90 dan boleh didapati melalui LEGO Certified Stores, LEGO Official Store di Lazada dan Shopee, LEGOLAND, juga stor terpilih di seluruh Malaysia.
Foto: Lego Malaysia
Baca lebih lanjut: 4 PERKARA YANG ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU TENTANG TUNANG BRITNEY SPEARS, SAM ASGHARI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
LEBARAN TERISTIMEWA BUAT SHAHEIZY SAM & SYATILLA MELVIN
Aidilfitri tahun ini memahat memori paling bermakna buat Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin apabila dikurniakan cahaya mata ketiga.
7 PENGINAPAN AIRBNB MENAKJUBKAN UNTUK MERAIKAN MUSIM LEBARAN
Sama ada destinasi sentuhan seni bina Melayu atau rumah kampung tradisional penuh nostalgia, Airbnb membariskan 7 penginapan untuk memeriahkan lagi percutian musim lebaran ini.
ELEVASI KEMANISAN SYAWAL DENGAN ELEVETE PATISSERIE
Dari seleksi biskut raya kepada aneka kek dan macaron, Elevete Patisserie mahu melengkapkan kemanisan Hari Raya Aidilfitri tahun ini dengan pilihan pemanis mulut yang bercita rasa tempatan.
SEJUMLAH AKSESORI TERKINI MELENGKAPI GAYA LEBARAN-DARI BALMAIN, PAUL & SHARK & TOM FORD!
Kami menyusun 10 aksesori ‘stylish’ dari Balmain, Paul & Shark dan Tom Ford yang menjadi pelengkap gaya lebaran nanti.
5 AKSESORI DEKORASI KEDIAMAN BUAT LELAKI MODEN MASA KINI
Musim luruh ini, H&M HOME membariskan seleksi aksesori dekorasi kediaman yang menceduk inpisrasi daripada setiap elemen deria buat lelaki moden masa kini.
16 BARIS RAIH PUJIAN BINTANG RAP ANTARABANGSA, SNOOP DOGG
Siapa menyangka sebuah rancangan hip-hop yang ditayangkan di YouTube sejak beberapa tahun lalu berjaya menarik perhatian penyanyi rap terkenal, Snoop Dogg.