Skip to content

“MO’ FEAST MO’ FUN” DI MOMO’S KUALA LUMPUR

Kongsikan artikel ini

MoMo’s Kuala Lumpur meraikan kedatangan Ramadan tahun ini dengan “Mo’ Feast Mo’ Fun” dalam memperkenalkan seleksi menu baharu yang menarik pada juadah berbuka puasa.

Jika anda mahukan kelainan pada juadah berbuka puasa, MoMo’s Kuala Lumpur pasti menjadi pilihan anda. Dalam meraikan kedatangan Ramadan tahun ini, MoMo’s Kuala Lumpur memperkenalkan “Mo’ Feast Mo’ Fun” dengan seleksi menu baharu yang menarik untuk dinikmati bersama keluarga dan sahabat anda.

Buat yang pernah mencuba keenakan di MoMo’s Kuala Lumpur, anda pasti mahukan burger yang juicy serta hot dog yang akan menyelerakan. Tetapi tahun ini, seleksi menu baharu juga diperkenalkan seperti wafel, hidangan sampingan juga susu kocak yang pasti akan memberikan kelainan pada menu berbuka puasa anda. Sama ada mahu hidangan lengkap atau snek, semuanya ada sebagai pilihan nanti.

Salmon Avocado Waffle Sandwich

Buat peminat makanan sejati, pastikan anda mencuba Salmon Avocado Waffle Sandwich dan Fricken’ Chicken Waffle Sandwich yang berharga RM25 sahaja. Salmon Avocado Waffle Sandwich menggabungkan kepingan ikan salmon salai bersama wafel klasik bersama kesegaran guacamole serta telur dadar, tairu (sour cream) dan daun kucai. Manakala, Fricken’ Chicken Waffle Sandwich menampilkan ayam yang digoreng sempurna bersama wafel klasik serta keju cair, mayones dan daun bawang.

Spicy Wings

Jika anda mempunyai selera yang kecil ketika berbuka puasa, anda boleh mencuba padu padan menu dan seleksi hidangan sampingan dengan hanya RM15 setiap satu. Pertama adalah MoMo’s Meatballs yang merupakan hidangan lakuran dengan bebola daging yang dubuat sendiri dalam tomato berkrim masam manis. Peminat ayam juga boleh mencuba pilihan Spicy Wings, Mild Wings atau Spiced Popcorn Chicken yang menyelerakan. Buat yang meminati sajian pedas, Spicy Wings perlu anda cuba dengan kepak dan drumet ayam goreng yang diperap bersama herba dan rempah-ratus, dan disajikan bersama sos sriracha. Mild Wings pula akan dihidangkan bersama sos keju.

Spiced Chicken Popcorn

Bersempenan dengan musim Ramadan ini, Spiced Popcorn Chicken akan menyuntik cita rasa tradisional Malaysia dengan menggunakan daun kari dan sos cili masam manis. Jangan lupa untuk menyempurnakan hidangan berbuka puasa anda nanti dengan pilihan susu kocak yang menyegarkan. Terdapat tiga pilihan iaitu Lemon Gula Melaka, Banana Avocado dan Mango Cononut yang boleh didapati pada harga RM22 setiap satu.

 

Sepanjang Ramadan bermula 1 sehingga 30 April 2022 pada 7:30 hingga 9:00 malam, MoMo’s KL akan mempersembahkan menu istimewa serta menu untuk dibawa pulang. Buat yang mahu berbuka puasa di sana, pengunjung boleh menikmati pilihan set burger atau hot dog, teh’o ais free flow, hidangan sampingan dan ais krim pada harga RM68. Dengan tambahan RM10, pengunjung boleh mendapatkan susu kocak French Vanilla atau Double Chocolate. Juga pilihan bawa pulang pada harga RM88 yang merangkumi 2 jenis burger/hot dog/wafel, 2 pilihan minuman Earl Grey Berry Iced Tea, Virgin MoMojito, French Vanilla atau Double Chocolate Milkshake, serta 2 pilihan hidangan sampingan iaitu Spicy atau Mild Wings, Spiced Popcorn Chicken, atau MoMo’s Meatballs.

Foto: MoMo’s Kuala Lumpur

Baca lebih lanjut: MENU NASI RAMADAN ISTIMEWA DI DÔME CAFÉ

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

M Resort Hotel KL

RAIKAN HARI BAPA DI M RESORT & HOTEL KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut
sahur

5 MAKANAN ANDA PERLU ELAK KETIKA SAHUR SEPANJANG RAMADAN

Bacaan Lanjut

RENAISSANCE HOTEL & CONVENTION CENTRE KUALA LUMPUR DIBUKA SEMULA

Bacaan Lanjut
mulut berbau puasa

4 TIP ELAK MULUT BERBAU KETIKA BULAN PUASA

Bacaan Lanjut

MENU ISTIMEWA TAHUN BAHARU CINA DI W KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut

5 SEBAB ANDA PERLU RAI AKHIR TAHUN DI THE CHOW KIT HOTEL

Bacaan Lanjut