Skip to content

OBSES BERSWAFOTO? ANDA SEBENARNYA ADA MASALAH MENTAL!

Kongsikan artikel ini

Adakah anda seorang yang suka berswafoto atau ‘selfie’? Jika ya, anda mungkin mengalami penyakit mental! Ya, itulah menurut pakar motivasi dan kaunselor Hushim Salleh. Biar betul! Apatah lagi jika anda seorang individu yang obses berswafoto sehingga sanggup menggadaikan nyawa sendiri. Penilaian ini adalah berdasarkan pesakit di pusat kaunselingnya.

“Mereka sebenarnya kesunyian dan didorong untuk mencari liburan sendiri. Mereka ingin menonjol dalam masyarakat tetapi pada masa sama, mereka mempunyai masalah psikologi dan personaliti yang cukup berbeza,” katanya sambil menambah bahawa golongan ini juga adalah seorang introvert.

Hushim berkata pesakitnya juga mengakui bahawa mereka tidak kisah jika gambar mereka mendapat kritikan, selagi mereka memperoleh kepuasan dalam setiap gambar yang diambil mereka. Pakar psikiatri Universiti Malaya, Prof Madya Dr Rusdi Abd Rashid berkata trend berswafoto masih belum dikelaskan sebagai penyakit mental yang kronik kerani ia telah mencapai tahap yang sangat membimbangkan dan perlu diberi perhatian segera. Malahan ahli psikiatri di seluruh dunia  mengklasifikasikannya sebagai gangguan mental sejak kebelakangan ini.

Jelas beliau, “Satu kajian yang dijalankan di United Kingdom dan India ke atas 225 remaja menunjukkan bahawa 65% daripadanya mempunyai masalah Perilaku Selfitis Behavior (SBS),” katanya. SBS menyatakan bahawa mereka yang mengambil sekurang-kurangnya enam swafoto dan memuat naiknya di akaun media sosial mereka setiap hari diklasifikasikan di bawah selfitis kronik (obses mengambil gambar diri sendiri).

Dr Rusdi menambah bahawa perbuatan mengambil swafoto dikaitkan dengan personaliti narsisistik bagi mereka yang telah mengalami masalah psikiatri seperti gangguan kebimbangan dan ketagihan (anxiety and addiction disorder).

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

APA SEBENARNYA MAKSUD ‘MAHU MENGAHWINI LELAKI KAYA’?

APA SEBENARNYA MAKSUD ‘MAHU MENGAHWINI LELAKI KAYA’?

Bacaan Lanjut
5 ARTIS LOKAL UNTUK DIDENGARI SEKIRANYA ANDA MEMINATI ALPHA

5 ARTIS LOKAL UNTUK DIDENGARI SEANDAINYA ANDA MEMINATI KUMPULAN ALPHA

Bacaan Lanjut

RICK OWENS: BEGINIKAH RUPA FESYEN MASA HADAPAN?

Bacaan Lanjut

7 PROMOSI SEMPENA MERDEKA 2026 UNTUK MERAIKAN SEMANGAT PARTIOTIK

Bacaan Lanjut
GAYA MEWAH ZEEKR 7X BLACK NOVA

GAYA MEWAH ZEEKR 7X BLACK NOVA

Bacaan Lanjut

5 FILEM YANG MEMBUKTIKAN BAKAT LAKONAN DAIYAN TRISHA

Bacaan Lanjut