Skip to content

Pengalaman Epik Galaxy Buds Pro Generasi Baharu

Kongsikan artikel ini

Samsung melancarkan koleksi fon telinga premium generasi baharu dengan teknologi terkini untuk pengalaman bunyi yang luar biasa.

 

Gergasi teknologi Korea Selatan, Samsung telah melancarkan koleksi Galaxy Buds Pro generasi terbaharu baru-baru ini. Koleksi fon telinga ini menjanjikan pengalaman bunyi yang menyeluruh, kualiti panggilan yang terbaik, ANC yang lebih pintar dan paling utama, desain yang moden dan sleek. Galaxy Buds Pro adalah rekaan fon telinga yang paling premium daripada Samsung hari ini untuk menyempurnakan hari anda, dari segi kerja, hiburan dan segalanya buat lelaki yang sentiasa on the go.

“Oleh kerana ramai yang mencari teknologi yang dapat membantu mereka untuk menyesuaikan diri dengan ruitn dan gaya hidup baharu, pasaran untuk fon telinga tanpa wayar telah berkembang dengan pesat, dan expectation pengguna turut meningkat,” menurut President and Head of Mobile Communications Business, Samsung Electronics, TM Roh. Tambahnya, “Dengan Galaxy Buds Pro, kami menghasilkan statement besar dalam rekaan yang kecil, dalam menawarkan pengguna pengalaman tersendiri yang mampu mengubah hari anda menjadi luar biasa.”

Antara kelebihan Galaxy Buds Pro generasi baharu:

  1. Pengawalan tahap Control Active Noice Canceling untuk pengalaman bunyi yang menyeluruh.
  2. Membawa bunyi studio terus ke telinga anda, dari pembesar suara dua hala dengan bunyi oleh AKG.
  3. Selami diri anda dalam bunyi sinematik yang menyeluruh dengan 360 Audio.
  4. Alami panggilan yang cukup jelas dengan fungsi sistem tiga-mikrofon yang tinggi.

 

Foto: Samsung

Galaxy Buds Pro hadir dalam tiga warna yang menawan, iaitu Phantom Violet, Phantom Black, dan Phantom Silver. Setiap warna ini sangat sesuai dipadankan bersama Galaxt S21 anda. Fon telinga ini akan dijual pada harga RM799 sahaja. Buat pengguna Samsung di Malaysia, anda boleh mula membuat pra-pesanan bermula 15 Januari sehingga 28 Januari 2021.

Berita baik buat yang membuat pra-pesanan dalam tempoh ini. Anda akan menerima Wireless Charger Pad yang bernilai RM239 sementara stok masih ada. Pra-pesanan ini boleh dilakukan di Samsung Experience Stores, Samsung Authorised Partners dan Samsung Malaysia Online Store.

 

Baca lebih lanjut: 7 BUKU BUAT RUJUKAN GAYA LELAKI TAHUN INI

Foto: Samsung

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

semua house

PENGGABUNGAN SENI, BUDAYA & TEKNOLOGI: PEMBAHARUAN SAMSUNG TERHADAP SEMUA HOUSE YANG IKONIK

Bacaan Lanjut

HOUSE OF DISCOVERE, MALAM EKSKLUSIF PENUH GAYA

Bacaan Lanjut

TEROKAI ERA BARU AI MUDAH ALIH BERSAMA SIRI SAMSUNG GALAXY S24

Bacaan Lanjut

SAMSUNG GALAXY Z FOLD5, REVOLUSI ‘KOMPUTER RIBA MINI’ YANG BERKUASA DAN MESRA POKET

Bacaan Lanjut
samsung galaxy z flip5

APA CIRI BAHARU YANG MEMBUAT SAMSUNG GALAXY Z FLIP5 LEBIH BERKUASA ?

Bacaan Lanjut
samsung galaxy tab s9

APA YANG MENARIK DENGAN SAMSUNG GALAXY TAB S9 TERBAHARU?

Bacaan Lanjut