“Pentas terbuka bukan satu cabaran baru” – Anuar Zain
Teks & Gambar: Ryan Mohamad
Pernah sekali Anuar Zain beraksi di Panggung Anniversari, Taman Tasik Perdana satu ketika dahulu ketika dia masih kecil. Kini setelah mengalami pengubahsuaian, Anuar tampil di pentas itu dengan sesuatu yang lebih mengujakan iaitu konsert solonya yang dibawakan khas daripada Yonder Music. Walaupun bukan pertama kali Anuar Zain beraksi di pentas terbuka, kali ini berlainan sedikit kerana ia boleh dikira satu konsert berskala besar yang diiringi 14 pemuzik dan mendapat sentuhan Sze Wan sebagai pengarah muzik, di samping Jennifer Thompson yang bertindak sebagai pengarah persembahan. Tambahan lagi, segala pengisiannya diatur secara keseluruhan oleh Anuar Zain Network. Dia menyifatkan persembahan yang bakal dilangsungkan ini sebagai satu pertemuan empat mata yang mengujakan baginya.
“Besar harapan saya agar persembahan yang dirangka ini akan berjalan lancar dan menjadi medan kasih sayang dan silaturrahim saya dengan peminat. Terima kasih kepada pihak Yonder Music yang sudi berkolaborasi sekali gus merealisasikan ‘Anuar Zain & You’ ini,” ujar Anuar.
Bakal dilangsungkan selama 90 minit, ‘Anuar Zain & You’ akan menyaksikan Anuar mendendangkan 14 lagu-lagu hitnya.
Yonder Music Live Series By The Lake: Anuar Zain & You bakal diadakan pada 21 Januari 2017 di Panggung Anniversari, Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur. Bermula pada pukul 8 malam dan dijangka akan menjadi acara pembuka tirai tahun 2017.
Sementelah, persembahan istimewa tersebut merupakan kesinambungan promosi album terbaru Anuar Zain.
Menurut Pengarah Urusan Yonder Music, Adam Kidron, pihak mereka teruja untuk merealisasikan persembahan istimewa ini yang dijangka akan mendapat sambutan luar biasa di kalangan peminat. Adam optimis ‘Anuar Zain & You’ akan menjadi konsert pembukaan tahun 2017 yang paling diingati kelak.
“Jadi besar harapan saya agar kolaborasi ini berjaya mencapai matlamatnya. Saya sendiri berbesar hati membawakan ‘Anuar Zain & You’ kepada semua peminat dalam suasana lebih intimasi, sesuai dengan judul persembahannya,” ujar Adam mengenai siri Yonder Music Live bersama Anuar Zain.
Tiket-tiket untuk menyaksikan persembahan istimewa Yonder Music Live Series By The Lake: Anuar Zain & You boleh didapati di www.ticketcharge.com.my bermula daripada 9hb Disember 2016.
Kategori tiket Yonder Music Live Series – Anuar Zain & You
VVIP (Zon A) RM888
VIP (Zon B) RM788
Cat 1 (Zon C) RM588
Cat 2 (Zon D) RM488
Cat 3 (Zon E) RM388
Tags
Artikel Yang Berkaitan
TRAVIS SCOTT & DRAKE DISAMAN KERANA MENYEBABKAN KECEDERAAN DAN KEMATIAN DI KONSERT
Konsert yang berlangsung di Festival Muzik Astroworld 2021 mengakibatkan 300 ratus pengunjung tercedera dan lapan lagi meninggal dunia termasuk dua remaja berusia 14 dan 16 tahun.
BICARA STAIL PERIBADI BERSAMA ANUAR ZAIN
Anuar Zain melewati evolusi gaya peribadinya dan berkongsi tip untuk tampil stylish.