RAGE, BAR KOPI YANG UNIK LAGI MENYELERAKAN!
Dek peningkatan akan permintaan minuman berasaskan kopi menyaksikan satu lagi jenama kopi yang membuat kemunculan. RAGE, merupakan jenama kopi yang kini semakin popular di kalangan penggemar kopi. Dengan variasi kopi beraroma ditambah pula dengan suasana bar kopi yang selesa memberikan nilai tambah kepada pengunjung yang datang untuk menikmati kopi dan hidangan menyelerakan.


Anda fikir ia kafe kopi biasa, namun anda silap! Bersesuaian dengan tiga slogan kafe RAGE ini iaitu Relaxing, Revitalize. Relationships, RAGE menawarkan konsep penyediaan kopi dalam elemennya yang tersendiri. Jevin Singh, pengasas dan CEO RAGE berkata, kafe ini bukan sekadar kafe biasa yang menawarkan variasi kopi lazat dengan harga berpatutan kepada pelanggan tetapi ia juga memfokuskan kepada teknologi dalam komuniti.

Tambahan pula, kafe RAGE yang terletak di tengah-tengah pusat ibu kota di Bangsar ini turut menyediakan ruang untuk melepaskan tekanan dalam mencari ketenangan dengan penyediaan “Ruang RAGE” di mana di ruang sand punching bag buat mereka yang ingin melepaskan tekanan! How cool is that!

Selain itu, turut diperkenalkan aplikasi DrinkRage App di mana, pengguna boleh memuat turun secara percuma di Google Store dan App Store untuk memesan minuman-minuman eksklusif diRAGE. Menerusi antara muka yang mudah dan menarik perhatian, pengguna juga dapat ‘mengubah suai’ kopi anda sendiri, serta penghantaran kopi bagi yang membuat pesanan menggunakan aplikasi ini.

Promosi istimewa buat anda yang memuat turun aplikasi minuman RAGE sekaligus membuat pesanan minuman kerana RAGE menawarkan harga promosi untuk produk minuman kopinya seperti RM5 untuk Black Coffee, RM6 untuk White Coffee dan Matcha, serta RM7 untuk minuman istimewa RAGE bermula 22 Julai sehingga 18 Ogos 2019 ini.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
APA SEBENARNYA MAKSUD ‘MAHU MENGAHWINI LELAKI KAYA’?
Adakah kesemua perempuan materialistik?
5 ARTIS LOKAL UNTUK DIDENGARI SEANDAINYA ANDA MEMINATI KUMPULAN ALPHA
Lihatkan lima artis lokal yang berkongsi latar bunyi bersama ALPHA, daripada DUKES hinggalah Aisha Retno.
RICK OWENS: BEGINIKAH RUPA FESYEN MASA HADAPAN?
Untuk 2026, dunia Rick Owens tampil lebih ekstrem menerusi koleksi Spring/Summer 2026 “Temple” dan Fall/Winter 2026 “Tower” dengan elemen masa hadapan.
7 PROMOSI SEMPENA MERDEKA 2026 UNTUK MERAIKAN SEMANGAT PARTIOTIK
Raikan Merdeka 2026 dengan 7 promosi dan acara menarik yang sedang berlangsung di seluruh Malaysia, daripada tawaran makanan dan pengalaman budaya hingga aktiviti bersama keluarga dan rakan.
GAYA MEWAH ZEEKR 7X BLACK NOVA
Zeekr 7X, model SUV elektrik kegilaan ramai, kini hadir dalam monokromatik hitam serba elegan, Zeekr 7X Black Nova.
5 FILEM YANG MEMBUKTIKAN BAKAT LAKONAN DAIYAN TRISHA
Biarpun sudah lama mengikuti atau baru mahu mengenali Daiyan Trisha, lihatkan lima sorotan filem terbaik yang menjadi bukti bakat lakonannya.











