RASAI NIKMAT KEDESAAN DI NATASYA RIVERSIDE RESORT GOPENG
School’s out, and fun is in! Sudah pasti, di musim cuti persekolahan ini ramai sudah merancang untuk pergi bercuti bersama keluarga tersayang bukan? Yang pasti, bercuti tidak semestinya anda perlu pergi jauh-jauh ke luar negara sedangkan banyak tempat-tempat menarik tempatan yang menunggu untuk menyambut kedatangan anda. GL sarankan untuk cuba merasaikan mengalaman dan nikmat kedesaan di Natasya Riverside Resort yang terletak di Gopeng, Perak.

(Photo credit: 123mama.net)

Walaupun baru dilancar dan dibuka pada orang awam pada bulan Mei, 2017 yang lalu, namun sambutan yang diterima dilihat cukup baik dan memberangsangkan. Pertama kali GL menjejakkan kaki ke sini, hati mula tertawan dengan suasananya tenang dan mendamaikan. Ternyata resort yang dibina dalam suasana desa adalah sesuatu yang tidak akan kita temui di kota metropolitan. Namun, itu bukan bermaksud anda tidak boleh bergembira saat kaki melangkah ke sini. Ini kerana banyak aktiviti menarik boleh anda rancang.

(Photo credit: 123mama.net)
Buat mereka yang sukakan aktiviti lasak, semestinya kami mencadangkan untuk anda mencuba aktiviti water rafting yang ternyata mencabar daya tahan anda.


(Photo credit: 123mama.net)

Selain itu, banyak lagi aktiviti boleh anda luangkan antaranya aktiviti menunggang kuda, menikmati bufet durian, archery, jelajahan gua tempurung dan banyak lagi. Natasya Riverside Resort Gopeng ini juga sangat bersesuaian buat mereka yang ingin mengadakan hari keluarga. Yang pasti, segala kemudahan memang sudah disediakan untuk aktiviti santai mahupun formal seperti brainstorming, team building ataupun trip syarikat. Di samping menikmati suasana dusun yang dipenuhi dengan banyak pokok durian, dekorasi dan keselesaan penginapan di dalam kabin atau kontena disediakan juga merupakan antara tarikan utama resort ini.



Setakat ini terdapat 19 kabin dan setiap satunya mempunyai tiga buah katil bujang dan satu bilik air. Walaupun dekorasinya sederhana, namun bilik berhawa dingin ini sangat selesa untuk didiami.

(Photo credit: 123mamanet.com)

(Photo credit: 123mamanet.com)

(Photo credit: 123mamanet.com)
Sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut termasuk pakej dan harga yang ditawarkan boleh melayari FB Natasya Riverside Resort ataupun Instagram @natasyariverside)
Oleh Wan Mohd Firdaus, 12 Disember 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
APA SEBENARNYA MAKSUD ‘MAHU MENGAHWINI LELAKI KAYA’?
Adakah kesemua perempuan materialistik?
5 ARTIS LOKAL UNTUK DIDENGARI SEANDAINYA ANDA MEMINATI KUMPULAN ALPHA
Lihatkan lima artis lokal yang berkongsi latar bunyi bersama ALPHA, daripada DUKES hinggalah Aisha Retno.
RIMOWA PERLUAS NEVER STILL DENGAN KOLEKSI BEG KULIT BAHARU
Mengangkat semangat kehidupan yang sentiasa bergerak, RIMOWA memperkenalkan rangkaian beg kulit baharu Never Still.
RICK OWENS: BEGINIKAH RUPA FESYEN MASA HADAPAN?
Untuk 2026, dunia Rick Owens tampil lebih ekstrem menerusi koleksi Spring/Summer 2026 “Temple” dan Fall/Winter 2026 “Tower” dengan elemen masa hadapan.
7 PROMOSI SEMPENA MERDEKA 2026 UNTUK MERAIKAN SEMANGAT PARTIOTIK
Raikan Merdeka 2026 dengan 7 promosi dan acara menarik yang sedang berlangsung di seluruh Malaysia, daripada tawaran makanan dan pengalaman budaya hingga aktiviti bersama keluarga dan rakan.
GAYA MEWAH ZEEKR 7X BLACK NOVA
Zeekr 7X, model SUV elektrik kegilaan ramai, kini hadir dalam monokromatik hitam serba elegan, Zeekr 7X Black Nova.










