Skip to content

Samsung Malaysia

SAMSUNG MALAYSIA MENGUMUMKAN PERTANDINGAN “SOLVE FOR TOMORROW”

Kongsikan artikel ini

Samsung Malaysia melancarkan edisi keenam ‘Solve for Tomorrow’, menawarkan hadiah hingga RM 80,000 dalam kerjasama dengan Universiti Malaya.

Pertandingan ini untuk golongan muda yang direka untuk memberi inspirasi kepada minda muda dalam mengembangkan kemahiran menyelesaikan masalah dan menangani cabaran dalam komuniti mereka menggunakan Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM).

Dengan tema kebangsaan ‘Start with Can’, pelajar Malaysia berumur 13 hingga 15 tahun dijemput sekali lagi untuk mengenal pasti isu-isu mendesak tempatan dan mencipta penyelesaian inovatif dengan STEM bagi memberi impak positif serta berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM 80,000 dalam bentuk teknologi dan bekalan kelas!

SAMSUNG MALAYSIA KEMBALI DENGAN EDISI KEENAM “SOLVE FOR TOMORROW” 2024

Samsung Malaysia

Foto: Samsung Malaysia

Samsung Malaysia bekerjasama dengan Universiti Malaya untuk menggalakkan minat awal dalam STEM. Ini selaras dengan matlamat negara untuk membina kumpulan bakat yang akan memacu Malaysia menjadi negara berteknologi tinggi menjelang 2030. Dato’ Roh Jae Yeol, Pengarah Hal Ehwal Korporat Samsung Malaysia berkata, “Generasi muda hari ini sangat kreatif dan berani dalam meneroka teknologi baru. Kami percaya mereka mampu mengatasi cabaran komuniti melalui inovasi. Pertandingan ini adalah peluang bagi mereka untuk mengubah idea menjadi penyelesaian nyata yang boleh membawa perubahan positif.”

Ir. Dr. Mas Sahidayana Mokhtar, Pengarah Pusat STEM Universiti Malaya Menambah “Kami yakin pelajar Malaysia mampu membuat perubahan besar. Tugas kami sebagai pendidik adalah mempersiapkan mereka menghadapi cabaran masa hadapan.”

 

Solve for Tomorrow

Foto: Samsung Malaysia

Pertandingan SFT 2024 ini mengajak pelajar untuk menghantar idea mereka dalam 800 patah perkataan, yang akan dinilai berdasarkan relevansi, kreativiti, dan penggunaan STEM. 10 pasukan terbaik akan dipilih untuk pusingan seterusnya, di mana mereka akan memperbaiki dan mempersembahkan idea mereka. Senarai pendek bagi penyertaan pertandingan SFT 2024 oleh Samsung akan diumumkan di laman web program pada Oktober 2024. Peserta yang terpilih akan mendapat manfaat daripada bimbingan untuk memperhalusi idea mereka dan membangunkan prototaip semasa Bengkel Design to Win.

Pendaftaran untuk SFT kini dibuka dan peserta mempunyai masa sehingga 16 September 2024 untuk menghantar penyertaan mereka.

Ikuti maklumat terkini dengan mengikuti laman Facebook, Instagram, Twitter, dan TikTok rasmi Samsung Malaysia. Anda juga boleh menonton pembentangan pemenang dari tahun lepas di SFT – Pemenang-Pemenang | Samsung Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai SFT 2024, sila layari https://www.samsung.com/my/solvefortomorrow/2024.

 

 

Baca Lebih Lanjut: PENGGABUNGAN SENI, BUDAYA & TEKNOLOGI: PEMBAHARUAN SAMSUNG TERHADAP SEMUA HOUSE YANG IKONIK

By Siti Maliyanah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

TEROKAI ERA BARU AI MUDAH ALIH BERSAMA SIRI SAMSUNG GALAXY S24

Bacaan Lanjut

SAMSUNG GALAXY Z FOLD5, REVOLUSI ‘KOMPUTER RIBA MINI’ YANG BERKUASA DAN MESRA POKET

Bacaan Lanjut
samsung galaxy z flip5

APA CIRI BAHARU YANG MEMBUAT SAMSUNG GALAXY Z FLIP5 LEBIH BERKUASA ?

Bacaan Lanjut
samsung galaxy tab s9

APA YANG MENARIK DENGAN SAMSUNG GALAXY TAB S9 TERBAHARU?

Bacaan Lanjut
samsung watch Malaysia

SIHAT DAN BERGAYA BERSAMA SIRI SAMSUNG GALAXY WATCH6 TERBAHARU

Bacaan Lanjut
samsung malaysia

APA YANG PERLU ANDA TAHU DENGAN SAMSUNG GALAXY Z FOLD5 TERBAHARU

Bacaan Lanjut