“SAYA IKHLAS, PENUMPANG ITU UZUR & DUDUK BERSEORANGAN” – PRAMUGARA ROYAL BRUNEI DEDAH KISAH DI SEBALIK PENULARAN VIDEO
Sekitar beberapa minggu lepas, tular video seorang krew kabin yang menyuap makanan kepada salah seorang penumpang, yakni seorang pakcik yang dimuat naik ke dalam akaun seorang usahawan popular, Dato’ Aliff Shukri. Video tersebut nyata mendapat perhatian dan memenangi hati netizen, menganggap ianya satu tindakan yang mulia. Namun, ada pula yang menyoal akan keikhlasan tindakan itu. GL berkesempatan menemubual krew kabin berkenaan dan mendekatinya dengan lebih dekat. Ikuti temubual eksklusif kami bersama Nuhairi Tahir, seorang pramugara yang berkhidmat di Royal Brunei Airlines.
https://www.instagram.com/p/BvZBjgLACvZ/
GLAM Lelaki: Boleh anda kongsikan tentang latar belakang anda. Nama penuh, umur, adik beradik, kerjaya, hobi dan apa saja yang menarik tentang diri anda?
HAIRI TAHIR: Terima kasih buat penulis GL kerana sudi menemubual saya. Baiklah, nama penuh saya Nuhairi Tahir dan berasal dari Brunei Darussalam. Lahir pada 22 Nov 1981 dan anak kedua dari enam orang adik beradik. Kini bertugas sebagai pramugara di Royal Brunei Airlines sebagai “Cabin Services Officer”. Hobi saya suka melancong, melawat tempat-tempat baru, bersiar-siar dan mengetahui serta mempelajari budaya dan kehidupan di negara lain.
GLAM Lelaki: Ceritakan serba sedikit bagaimana anda berkhidmat di Royal Brunei Air Airlines? Kenapa memilih syarikat penerbangan berkenaan? Mungkin sedikit keunikkan berbanding airlines yang lain?
HAIRI TAHIR: Sebaik saja saya tamat pengajian, saya terbaca di akhbar tentang temuduga yang dibuka oleh Royal Brunei Airlines. Jadi saya mengambil peluang untuk mencuba dan alhamdulillah, saya di terima. Memilih untuk berkhidmat dengan Royal Brunei Airlines adalah satu peluang yang baik bagi saya untuk melihat negara lain dan sekaligus membuka minda saya. Dan memilih Royal Brunei Airlines kerana ianya adalah “National Carrier” negara saya sendiri.
GLAM Lelaki? Kenapa memilih profesion pramugara?
HAIRI TAHIR: Memilih untuk menjadi pramugara kerana inilah peluang terbaik untuk bertemu ramai orang, mempelajari dan mengetahui adat budaya sesebuah negara, serta mempelajari banyak ilmu. Di Royal Brunei Airlines, sebelum menjadi pramugara, hendaklah di mestikan menjalani tiga bulan kursus untuk “cabin services” dan juga “safety emergency procedure”. Jadi dari situlah saya banyak memperolehi ilmu kemudian diamalkan seperti memberi layanan terbaik, memadam kebakaran, bantuan kecemasan dan banyak lagi.
GLAM Lelaki: Pengalaman pahit manis sepanjang bergelar pramugara yang dikenang sehingga kini.
HAIRI TAHIR: Alhamdulillah selama hampir 20 tahun bertugas sebagai pramugara, terlalu banyak pengalaman manis berbanding pahit. Terutamanya apabila berada di luar negara. Setakat ini, video yang tular adalah satu satunya kenangan yang paling manis buat saya.
GLAM Lelaki: Ceritakan serba sedikit tentang penularan video anda menyuap seorang penumpang ketika berada di awan biru? Apa yang menyebabkan anda berbuat demikian? Kenapa?
HAIRI TAHIR: Pada mulanya saya memang tidak mengetahui tentang penularan video tersebut kerana saya masih lagi bertugas pada waktu itu. Selepas mendarat, dan selesai tugasan saya, apabila saya membuka telefon bimbit, ratusan masej saya terima dari nombor peribadi, Facebook dan juga Instagram saya.
Video tersebut dirakam di mana saya telah menyuapkan makanan kepada seorang penumpang tanpa saya sedari. Sebenarnya penumpang tersebut boleh dikatakan agak uzur. Beliau belayar berdua tetapi duduk berseorangan. Saya melihat pakcik berkenaan menghadapi kesukaran memotong makanannya lalu saya pun memberinya bantuan. Saya berpendapat tidak salah kalau saya ingin membantu selagi saya boleh berbakti dan berbuat demikian. Tindakan saya itu juga bukan dibuat-buat, saya memang ikhlas membantu pakcik tersebut dan tidak menyangka ada tangan yang merakam.
GLAM Lelaki: Adakah anda menyangka video itu akan tular? Apa reaksi anda kini dan kongsikan impak yang anda lalui selepas penularan video tersebut?
HAIRI TAHIR: Saya sama sekali tidak menyangka video itu akan tular dan mendapat reaksi positif dari netizen. Terlalu banyak impak dengan penularanya video tersebut. Syukur alhamdulillah, banyak doa dan galakan yang saya terima dari orang ramai terutama dari Brunei, Malaysia, Singapura, Indonesia, Philippines, UAE dan juga ada dari negara luar yang lain. Pengikut Facebook dan Instagram juga semakin bertambah dan banyak ucapan tahniah, sokongan serta doa di berikan.
GLAM Lelaki: Apa pula pandangan anda tentang komen sesetengah pihak yang mengatakan tindakan anda itu hanya ‘stunt’ semata-mata untuk publisiti Royal Brunei Airlines?
HAIRI TAHIR: Alhamdulillah saya tidak mendengar banyak komen negatif dari penonton video tersebut. Kalau ada pihak yang menyatakan tindakan saya hanya “stunt” semata-mata untuk publisiti, itu terserah kepada individu tersebut. Saya cuma menjalankan tugasan saya dengan ikhlas. Saya sendiri sememangnya tidak menyedari yang saya berada di dalam video berkenaan dan terus di tularkan.
GLAM Lelaki: Kata-kata akhir anda buat semua yang mendoakan anda.
HAIRI TAHIR: Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dato Aliff Syukri atas video tersebut. Khabarnya, Dato Aliff mengambil sendiri video terebut kerana mengenangkan arwah ayahnya. Pun begitu, alhamdulillah dari video tersebut saya menerima doa-doa yang baik buat diri serta keluarga saya.
Dan tidak lupa kepada semua yang sudi masej sama ada melalui Facebook dan juga Instagram, terima kasih atas ucapan tahniah, sokongan positif, kata-kata semangat, serta doa yang anda semua berikan. Semoga kita semua sama-sama mendapat hidayah. Selain itu, buat mereka di luar sana, hargailah kedua iba bapa kita sementara mereka masih berada di dunia.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 7 April 2019
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KENALI SYED ABDULLAH SYED ABDUL RAHMAN, ABANG YB SYED SADDIQ YANG TAMPAN PERSIS MODEL
Kami di GL tidak boleh menafikan personaliti serta aura tampan abang kepada YB Syed Saddiq itu.
DENNIS VERBAAS: JEJAKA BELANDA YANG MENAWAN HATI TUNKU TUN AMINAH
Siapakah gerangan jejaka bertuah yang berjaya menambat hati puteri Tunku Tun Aminah ini? GL senaraikan 5 fakta menarik tentang dirinya.
SYAMSUL YUSOF: PENGARAH VISIONARI FILEM MALAYSIA
Dalam lanskap filem Malaysia yang semakin berkembang, tidak banyak nama yang mampu menyaingi kehebatan dan pengaruh seperti Syamsul Yusof.
AUGUSTIN ENG, PASANG IMPIAN BEKERJASAMA DENGAN PEREKA FESYEN LOKAL
Augustin Eng mula dikenali sejak dia aktif berkongsi content menarik di media sosial. GLAM Lelaki mengenali ‘content creator’ muda ini lebih dekat.
“HUBUNGAN SAYA DENGAN MUZIK SANGAT UNIK & INTIMATE.” – NINA HASNUL
Nama Nina Hasnul cukup dikenali lebih-lebih lagi dalam kalangan peminat muzik dan fesyen tidak kira lelaki atau wanita.
KHAI BAHAR KONGSI RAHSIA TUBUH BEROTOT
Khai Bahar cukup dikenali dengan suara yang memukau hati pendengar, kini mencuri perhatian dengan tubuh berotot baru.