Skip to content

anugerah juara lagu

SIAPA BAKAL MENJUARAI TROFI ANUGERAH JUARA LAGU 2024? #AJL38

Kongsikan artikel ini

Dari Aina Abdul dan Hael Husaini kepada Aisha Retno serta Khai Bahar bersama Nabila Razali, Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-38 bakal diadakan pada 3 Mac 2024 di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Debaran siapa bakal menggegarkan pentas AJL38 makin terasa. Pertandingan muzik berprestij, Anugerah Juara Lagu yang memartabatkan bakat muzik Malaysia akan menyaksikan 12 buah lagu bertanding untuk merebut trofi kejuaraan tahun ini. Bakal diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil, Anugerah Juara Lagu ke-38 kali ini akan berlangsung pada 3 Mac 2024. Acara tahun ini akan dihoskan oleh Sherry Alhadad.

Bertemakan Muzikaverse, Anugerah Juara Lagu tahun ini akan menyaksikan barisan penyanyi dan komposer serta penulis lirik tempatan yang berbakat menaruhkan karya masing-masing. Dari Aina Abdul dan Hael Husaini kepada Aisha Retno serta Khai Bahar bersama Nabila Razali, peminat muzik lokal pasti menantikan persembahan terbaik daripada penyanyi kegemaran mereka.

Bakat-bakat lain turut bertanding tahun ini termasuklah Ernie Zakri, Marsha Milan Londoh, Shiha Zikir, Amir Jahari, dan Hasif Upin bersama Ziana Zain. Tidak ketinggalan, Wany Hasrita bersama Datuk Jamal Abdillah (digantikan oleh Afieq Shazwan), Faizal Tahir (digantikan oleh Naqiu) dan kumpulan Kugiran Masdo.

Tahun lalu, Aina Abdul melalui lagu “Terus Hidup” telah menjuarai trofi Anugerah Juara Lagu. Siapakah yang bakal menggondol trofi juara kali ini?

Berikut adalah senarai finalis AJL 38 yang bakal bertanding pada 3 Mac 2024 nanti:

1. Jangan Mati Rasa Itu – Aina Abdul

2. Sutera – Aisha Retno

3. Santai – Faizal Tahir [Naqiu]

4. Inilah Jalannya – Kugiran Masdo

5. Astana – Ernie Zakri

6. Darah – Marsha Milan Londoh

7. Kalam – Shiha Zikir

8. Hasrat – Amir Jahari

9. Kucuma – Wany Hasrita & Dato Jamal Abdillah [Afieq Shazwan]

10. Bintang – Hael Husaini

11. Waktu – Hasif Upin & Ziana Zain

12. Selagi Ku Ada – Khai Bahar & Nabila Razali

 

Baca lebih lanjut: 25 GAYA MENSWEAR SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI MILAN FASHION WEEK 2024

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

NABILA RAZALI & SYASYA RIZAL DIKURNIA CAHAYA MATA SULUNG

NABILA RAZALI & SYASYA RIZAL DIKURNIA CAHAYA MATA SULUNG

Bacaan Lanjut
ERNIE ZAKRI CIPTA SEJARAH TERSENDIRI DI PENTAS ANUGERAH INDONESIA

ERNIE ZAKRI CIPTA SEJARAH DI PENTAS ANUGERAH INDONESIA

Bacaan Lanjut
10 LAGU K-POP DALAM CARTA TERATAS YOUTUBE MUSIC

10 LAGU K-POP CARTA TERATAS YOUTUBE MUSIC UNTUK DI MUAT TURUN

Bacaan Lanjut
KRU

IKON LEGENDA POP BAND MALAYSIA KRU KEMBALI MENGGEGARKAN INDUSTRI MUZIK

Bacaan Lanjut
MUAH!

MUAH! GEGAR INDUSTRI MUZIK DENGAN SINGLE TERBARU BBF

Bacaan Lanjut
afgan

TOP 10 LAGU HITS AFGAN YANG WAJIB ADA DALAM PLAYLIST

Bacaan Lanjut