Skip to content

sneakertopia jj lin

SNEAKERTOPIA – PAMERAN BUDAYA JALANAN BUAT PEMINAT KASUT SNIKER DAN SNEAKERHEAD

Kongsikan artikel ini
2 of 2

Terjemahan Budaya Jalanan di Sneakertopia

Tidak boleh dinafikan lagi, kasut sniker sama ada daripada Nike, New Balance atau Virgil Abloh telah mencorak budaya pop dan jalanan sehingga hari ini. Ia menjadi simbol kepada status dan identiti diri kepada pemakai. Lantas, fenomena unik ini terus rancak dalam melangkaui dimensi hiburan, teknologi, sukan, muzik hip-hop dan fesyen. Melalui pemaran ini, pengunjung akan dipersembahkan dengan sejarah serta kuasa sepasang sniker yang mampu mengubah dunia.

 

Selain menampilkan 13 karya kreatif popular Amerika Syarikat, pameran ini menjadi platform buat artis seni serantau untuk menterjemahkan kreativiti tersendiri. Juga terdapat 13 karya tempatan baharu yang dipamerkan kepada umum buat pertama kali. Antara artis yang terlibat seperti JJ Lin, HURUHARA, Inkten (Nadirah Abdul Razak), Mr Sabotage (Mark Ong), tobyato , Josiah Chua dan ramai lagi.

Dianjurkan oleh SPACElogic bersama rakan kerjasama SL Experience dan Gushcloud International, dengan kolaborasi bersama AsrScience Musuem, Singapura. Pameran ini dipersembahkan oleh penerbit yang pernah menang Anugerah Emmy, Steve Harris. Dan juga usahawan Silicon Valley, Steve Brown yang berkongsikan semangat cinta kepada kasut ikonik kepada dunia.

sneakertopia singapore

Pameran “Sneakertopia: Step Into Street Culture” akan berlangsung dari 25 Februari sehingga 30 Julai 2023 di ArtScience Museum di Marina Bay Sands, Singapura. Pengunjung boleh membuat tempahan tiket di sini.

 

Foto: Marina Bay Sands

Baca lebih lanjut: 10 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG MAC 2023

2 of 2

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

marina bay sands Singapore

TEROKAI PERCUTIAN ERA BAHARU DI MARINA BAY SANDS, SINGAPURA

Bacaan Lanjut
glenn yong

“SAYA SUDAH KENALI KEKUATAN DAN KELEMAHAN DIRI SAYA” – GLENN YONG

Bacaan Lanjut
KOLABORASI EPIK 2023: TIFFANY & CO. DAN NIKE

NIKE DAN TIFFANY & CO.:KOLABORASI EPIK

Bacaan Lanjut
Van miro & wujo

KOLEKSI KASUT VANS EKSKLUSIF BERSAMA MIRO & WUJO SEMPENA TAHUN BAHARU CINA

Bacaan Lanjut
CHA EUN-WOO DILANTIK SEBAGAI DUTA SKECHERS

CHA EUN-WOO DILANTIK SEBAGAI DUTA SKECHERS! INI 3 KASUT PILIHAN POP IDOL KOREA ITU

Bacaan Lanjut

COLE HAAN MELANGKAH KE DUNIA DIGITAL DI MALAYSIA

Bacaan Lanjut