UNDER ARMOUR MEMBANGUNKAN TOPENG MUKA TANPA JAHITAN DALAM MENGEKANG COVID-19
Selama 24 tahun, Under Armour menolak keterbatasan prestasi sukan global dengan inovasi produk yang dibangunkan untuk mencetuskan prestasi terbaik di kalangan atlet, dan baru-baru ini, Under Armour mula menguji kepakaran mereka dalam sistem penjagaan kesihatan dalam mengekang pandemik wabak COVID-19.
Untuk menyokong 28,000 pembekal dan kakitangan penjagaan kesihatan di Universiti Maryland Perubatan (UMMS), Under Armour telah mula mengeluarkan dan mereka topeng dan pelindung muka, termasuk pek fanny yang dilengkapi ciri tersendiri, malah menjahit gaun hospital fabrikasi untuk sistem perubatan seluruh negara. Jenama itu juga akan mula menyalurkan topeng muka kepada LifeBridge, sebuah organisasi penjagaan kesihatan serantau yang berpangkalan di Baltimore. Di samping itu, Under Armor sedang membincangkan keperluan bekalan untuk Johns Hopkins Medicine, MedStar dan institusi perubatan tempatan yang lain.
Lebih daripada 50 orang dari pasukan Under Armor yang terdiri daripada saintis material untuk kasut serta pereka pakaian dari makmal di Baltimore dan Portland bergabung bagi mencari penyelesaian. Pasukan ini menumpukan dalam mereka bentuk topeng pelindung yang dapat dihasilkan dengan cepat, dalam jumlah yang tinggi, dan dapat memberikan penghalang tambahan terhadap virus dan melindungi pekerja penjagaan kesihatan. Harward berkongsi cabaran ini selepas mendengar wawancara dengan seorang doktor Itali yang melaporkan bahawa jika lebih banyak topeng tersedia untuk negara itu-walaupun topeng muka yang biasa, penyebaran virus COVID-19 pasti dapat dikekang sepenuhnya.
Pasukan ini telah menghasilkan rekaan topeng muka satu bahagian yang tidak memerlukan sebarang jahitan. Topeng muka ini boleh dilipat seperti origami, mudah untuk bernafas dengan fabrik tahan lembap menjadikan topeng muka ini sesuatu yang sangat berguna buat kegunaan semua barisan hadapan.
Under Armour telah pun menyalurkan 1,300 pelindung muka kepada UMMS, dan menjangkakan pembuatan dan pengedaran lebih daripada 500,000 topeng muka fabrik dan mengumpulkan 50,000 pek fanny yang dilengkapi dengan peralatan yang sangat diperlukan untuk kesediaan diri. Well done Under Armour!
Tags
Artikel Yang Berkaitan
THE ONITSUKA TIGER ATTITUDE PENUH KARAKTER
Kenali empat tema utama buat koleksi musim bunga 2021 Onitsuka Tiger
AERIL ZAFREL DAN PENGURUS DISAHKAN POSITIF COVID-19
Sebaik mengetahui dirinya positif, Aeril terus mendapatkan khidmat sebuah klinik untuk membuat ujian calit ke atas isteri dan anak-anaknya.
ENGGAN PAKAI PELITUP MUKA, BRUCE WILLIS DIHALAU DARI FARMASI
“Ia adalah satu kesilapan. Semoga semua orang selamat dan terus memakai pelitup muka." - Bruce Willis
SUMBANGAN KELUARGA TOD’S DELLA VALLE UNTUK BANTUAN COVID-19
Sokongan dan sumbangan Keluarga Tod's Della Valle untuk membantu keluarga yang menderita dek Covid-19 kini berjaya mencecah 11.5 juta Euro.
PULANG DARI LANGKAWI, HARRIS ANNUAR DISAHKAN POSITIF COVID-19
“Ingatlah, Allah duga tandanya Allah sayang. Jadi kenapa nak sedih? Bersabar, dan kita percaya pada Allah.” - Harris Annuar
TOM HANKS DEDAH IMEJ TERBARU UNTUK FILEM BIOPIK, ELVIS PRESLEY
“Imej terbaru saya ini hanya menakutkan kanak-kanak, saya minta maaf." - Tom Hanks