6 TIP BEKERJA DI PEJABAT…LIKE A BOSS!
Ya, anda ungkin anda belum lagi menjadi bos, tapi tidak salah jika anda mahu dan tahu nak berlagak sepertinya, anda mungkin diambil kira untuk kerja atau jawatan itu. Siapa yang tak hendak bukan? Namun, ingat jangan berlebihan pula! Oleh itu, GL senaraikan 6 langkah boleh anda ambil untuk bekerja, like a boss!!
Memang sesiapapun pernah mengadu tentang majikan, mengaku sajalah betapa hebatnya bila ada buffer antara kamu dan ketua itu. Tapi yang tak bagusnya? Mudah sangat nak memerangkap diri dengan membiarkan bos untuk membetulkan perkara-perkara kecil sebelum dia mengemukakannya ke pihak atasan. Tapi lebih bagus jika anda dapat salurkan your inner supervisor: Periksa jika ada silap ejaan, isu yang belum diselesaikan, soalan yang belum terjawab… Address them all. Anda takkan dapat markah jika sebut, “Oh ya, saya pun ada terfikir benda yang sama” bila bos ajukan isu itu kepadamu.
2. PRIORITY, FIRST!
Buatlah satu senarai dan sentiasalah memberikan keutamaan pada tugasan, sambil tolak naik turun yang mana penting dan sebaliknya. Setiap kali anda diberikan satu tugasan, fikirkan: Yang mana lebih penting? Apa yang boleh ditunggu, dan selama mana?
3. AMBIL INISIATIF
Amat mengagumkan kalau andaboleh selesaikan satu masalah tanpa perlu meminta panduan sesiapa – atau jika kamu ada terlihat peluang yang boleh membantu majikanmu – brainstorm pelan tindakan dan persembahkan kepada bos kamu. Dia tiada di pejabat untuk melihatnya? Get things in motion. Seorang bos mahukan seorang pembantu yang boleh menempah penerbangan lain bila yang sedia ada terpaksa dibatalkan, sebelum dia bertanya.
4. JANGAN MENGGELABAH
Ramai lelaki yang baru mula kerja akan rasa kecewa satu macam bila idea yang diajukan tak dapat sebarang bintang. Sudah tentu kamu akan hadapi kegagalan. Anda kena tahu cara untuk move on dan keluarkan idea yang lebih hebat. Tahan diri, lawan sebarang keinginan untuk berbunyi defensif, and bounce back. Bos pun kena ‘tembak’ juga, justeru lebih baik keep cool daripada nampak sangat anda itu kecewa.
5. BUAT PENILAIAN DIRI
Penilaian dengan pengurus akan bantu menentukan kenaikan gaji dan pangkat. Justeru, penting untuk fikirkan mengenai penilaian sebelum ini dan fikir semula mengenai perkara yang bos anda gunakan sebagai kayu pengukur mengenai pencapaian kerja anda tahun itu. Jika anda tahu ada sesuatu yang penting dalam kerja anda tapi tak dilaksanakan dengan sempurna, penilaian diri sendiri setiap beberapa bulan akan mengingatkan anda kepadanya. Bukanlah bermaksud untuk merendah-rendahkan kemampuan anda– abdajuga patut meraikan kejayaan dan kekuatan diri anda Tulis itu semua: Bukan saja ia mampu menaikkan keyakinan diri, tapi satu rekod bertulis akan pencapaian yang bagus akan membantu anda untuk meraih kenaikan gaji (memang mudah untuk lupa segala great stuff yang kamu dah buat dalam masa setahun itu).
6. Dress The Part
Ada satu pepatah lama yang mengatakan, jika anda nak jadi bos, kenalah berpakaian seperti bos. Tak bermakna anda kena jadi mini-me kepada majikan. Tapi jika anda bimbang your look akan buat orang lain angkat kening, pakailah sesuatu yang berbeza. Tak kiralah apa gaya peribadi dan jenis tempat kerja anda, seseorang yang mengenakan pakaian kemas, dan rambut nampak terurus memang akan kelihatan lebih berkeyakinan. Dalam erti kata lain, dia kelihatan seperti bakal CEO.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 15 Januari 2018 (Sumber: Cosmopolitan MY)
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KHAI BAHAR KONGSI RAHSIA TUBUH BEROTOT
Khai Bahar cukup dikenali dengan suara yang memukau hati pendengar, kini mencuri perhatian dengan tubuh berotot baru.
M SOCIAL RESORT PENANG: DESTINASI STAYCATION MESTI INAP
Millennium Hotels and Resorts (MHR), jenama terkemuka dalam industri hospitaliti, memperkenalkan hartanah ketujuhnya, M Social Resort Penang.
3 DRAMA MEERQEEN DENGAN RATING TERTINGGI DI MALAYSIA
Nama Meerqeen semakin kukuh sebagai pelakon lelaki yang berbakat dan versatil. Dengan aura yang tersendiri, wajah tampan dan lakonan yang penuh emosi, setiap drama yang dibintanginya sentiasa mendapat perhatian peminat
RAMADAN: SUDAHKAH ANDA BERSEDIA UNTUK MENUNAIKANNYA?
Ramadan semakin hampir, membawa bersama keberkatan dan keampunan. Namun, adakah anda benar-benar bersedia?
BEG TROLI MEWAH PERTAMA BOTTEGA VENETA, ODYSSEY
"Odyssey" menampilkan material poli karbonat ringan dengan corak 3D Intreccio, teknik anyaman ikonik yang mendefinisikan identiti Bottega Veneta.
TIP TINGKATKAN PRODUKTIVITI DI TEMPAT KERJA PADA TAHUN BARU
Meningkatkan produktiviti bukan saja memberi manfaat peribadi tetapi juga menyumbang kepada pencapaian syarikat.