Skip to content

ACARA TAYANGAN PERDANA FILEM PENDEK ‘I AM WOMAN’ BERLANGSUNG MERIAH

Kongsikan artikel ini

Pelancaran filem pendek terbaitan Biz of RE, “I AM WOMAN” telah diadakan penuh meriah dengan kehadiran barisan selebriti, bintang media sosial dan tetamu jemputan eksklusif.

Bertempat di Aurum Theatre di The Gardens Mall, Biz of RE bersama L’Oreal Professionel telah mengadakan acara tayangan perdana filem pendek berjudul “I AM WOMAN”. Dengan tema ‘Red Impact’, acara eksklusif ini dihadiri oleh barisan selebriti, bintang media sosial dan tetamu jemputan yang hadir dalam balutan gaya merah yang memukau.

I am woman

Antara tetamu jemputan yang hadir termasuklah Sherry Alhadad, Che Puan Syamim Farid, Nadia Brian, Shaza Bae, Wanna Ali, Julia Frahana Marin dan Bella Dowanna. Tidak ketinggalan Ridduan TTFGA, Athisha Khan, Lesley Cheam, Nalisa Alia Amin dan juga Vanizha Santhanathan.

I am woman

“I AM WOMAN” adalah sebuah filem pendek terbitan Biz of RE bersama L’Oreal Professionel yang menampilkan empat wanita yang cukup memberikan inspirasi serta latar kejayaan dalam industri masing-masing.  Mereka adalah pereka fesyen, Alia Bastamam; artis seni, Suhaili Michelin; penari klasik, January Low; dan penyanyi, MimiFly. Melalui filem dokumentari ini, mereka telah berkongsi pengalaman dan cabaran yang dihadapi mereka untuk mengecapi kejayaan hari ini.

I am woman

Baca lebih lanjut: GLAM LELAKI MERAIKAN 4 WANITA HEBAT DENGAN KEMPEN ‘I AM WOMAN’

 

Tayangan Perdana “I AM WOMAN”

Acara dimulakan dengan kata-kata aluan oleh hos, Amira Azman daripada GLAM Malaysia dan Alisha Azuddin daripada Harper’s BAZAAR Malaysia. Seterusnya. Pengarah Kreatif Biz of RE, Nisa’ Halid memberikan ucapan pembukaan yang penuh semangat dan inspirasi. Acara dihangatkan lagi dengan persembahan penuh energi oleh kumpulan trio, Tiga Soul. Mereka telah mendendangkan dua buah lagu cover dan sebuah lagu berjudul “QUEEN”.

tiga soul

Selain empat wanita yang diraikan kali ini, tetamu jemputan yang lain turut diserikan dengan jambangan bunga daripada Hobby Florist KL. Mereka berpeluang untuk membawa pulang sejambak bunga yang segar dan penuh berwarna.

hobby florist kl

Untuk acara kemuncak, tetamu jemputan seterusnya dibawa ke beberapa ruang tayangan di Aurum Theatre untuk tayangan perdana “I AM WOMAN”. Pengalaman tontonan filem pendek yang menampilkan Alia Bastamam, Suhaili Michelin, January Low dan MimiFly ini pastinya memberikan inspirasi kepada semua. Lebih-lebih lagi buat mereka yang menonton buat pertama kali filem pendek berdurasi 12 minit ini.

I am woman

 

Filem pendek dengan kerjasama L’Oreal Professionel kini boleh ditonton di laman Youtube GLAM Lelaki di bawah:

 

 

Saksikan juga adegan behind-the-secnes serta video bloopers sekitar penggambaran “I AM WOMAN” di bawah:

 

 

 

Foto: Aiman Yazid

Baca lebih lanjut: MILIKI RAMBUT SIHAT BERSINAR DENGAN PEWARNA RAMBUT L’OREAL PROFESSIONNEL INOA BEBAS AMONIA

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

HOUSE OF DISCOVERE, MALAM EKSKLUSIF PENUH GAYA

Bacaan Lanjut

AURUM THEATRE LANCAR PENGALAMAN HIBURAN ULTRA-MEWAH TERBESAR DI THE EXCHANGE TRX

Bacaan Lanjut

‘PARTY OF THE YEAR’ BIZ OF RE MERAIKAN ULANG TAHUN KE-3

Bacaan Lanjut
Sean lee

MILIKI RAMBUT SIHAT BERSINAR DENGAN PEWARNA RAMBUT L’OREAL PROFESSIONNEL INOA BEBAS AMONIA

Bacaan Lanjut
GAYA 10 SELEBRITI PADA PAGI RAYA AIDILADHA TAHUN INI

GAYA 10 SELEBRITI PADA PAGI RAYA AIDILADHA TAHUN INI

Bacaan Lanjut

GLAM LELAKI MERAIKAN 4 WANITA HEBAT DENGAN KEMPEN ‘I AM WOMAN’

Bacaan Lanjut