APLIKASI STYLEHINT, PLATFORM STAIL UNIQLO GLOBAL
Uniqlo melancarkan aplikasi StyleHint yang membenarkan pengguna untuk mendapatkan helaian kegemaran dan inspirasi stail daripada peminat fesyen dari seluruh dunia.
Berita baik buat peminat fesyen! Label fesyen global dari Jepun, Uniqlo melancarkan aplikasi StyleHint buat pertama kali di Malaysia. StyleHint merupakan platform atas talian yang memberikan peluang kepada pengguna untuk mendapatkan helaian kegemaran dan inspirasi untuk bergaya dengan cara berlainan daripada peminat fesyen lain dari seluruh dunia.
Aplikasi terbaharu Uniqlo ini telah menerima sambutan yang memberangsangkan selepas dilancarkan di Jepun, Amerika Syarikat, dan beberapa negara Eropah. Malaysia juga merupakan negara ketiga di rantai Asia Tenggara selepas Thailand dan juga Filipina yang mlancarkan platform ini.

“Kami sangat teruja dengan pelancaran StyleHint di Malaysia dan berharap ia dapat memberikan pengguna di Malaysia cara yang lebih mudah dan interaktif untuk meenggayakan produk LifeWear kami. Melalui aplikasi ini, kami dapat berkongsi variasi item yang boleh digayakan dan dipakai untuk setiap acara,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Uniqlo Singapura dan Malaysia, Yamada Yuki.
Fungsi utama StyleHint adalah sebagai enjin carian kepada ahli. Ia membenarkan pengguna untuk memuat turun foto item kegemaran dan dipadankan dengan stail Uniqlo serupa yang boleh dibeli terus menggunakan aplikasi tersebut.

Ia juga memberikan peluang kepada peminat Uniqlo LifeWear untuk berkongsi stail dan mendapatkan padanan gaya yang dikongsikan oleh peminat fesyen lain dari komuniti digital global.
Platform StyleHint sudah boleh dimuat turun di Malaysia melalui aplikasi iOS dan Android bermula 4 Julai 2022. Pengguna akan menerima potongan RM15.00 untuk pembelian seterusnya apabila memuat turun aplikasi ini.
Foto: Uniqlo Malaysia
Baca lebih lanjut: 5 TIP MUDAH PENJAGAAN ZAKAR UNTUK KEKAL SIHAT DAN KUAT!
Tags
Artikel Yang Berkaitan
SENI TAMPIL BERGAYA PENUH EFFORTLESS BUAT LELAKI
Penggayaan yang effortless, minimalist dan clean bakal membuatkan lelaki tampak lebih menarik, kemas dan masih bergaya.
TOPTEN10 TERBANG DARI KOREA SELATAN KE MALAYSIA
TOPTEN10 Malaysia secara rasmi meraikan pembukaan kedai pertama di Sunway Pyramid. Ini menandakan kemasukan jenama fesyen Korea ini ke pasaran tempatan dengan penuh gaya dan identiti. Pelancaran ini menghidupkan falsafah “Good wear” menerusi pengalaman imersif yang meraikan warisan Korea, keselesaan harian dan reka bentuk yang praktikal. TOPTEN10 diasaskan pada tahun 2012 oleh Shinsung Tongsang Co.,…
5 BUTIK BAHARU DIBUKA PADA TAHUN 2025 DI KUALA LUMPUR
Kuala Lumpur dihadiri dengan butik-butik baharu dalam dunia fesyen yang menambah lagi kemeriahan di kota sibuk ini.
THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA MIERUL AIMAN
'The Hypemakers' untuk GLAM Lelaki November 2025. Mierul Aiman antara lima personaliti ditampilkan menghiasi cover digital bulan November.
PEREKA FESYEN MENSWEAR MALAYSIA: DARI TRADISI KE MODEN
Pereka fesyen menswear Malaysia kini mencipta identiti tersendiri dengan menggabungkan elemen tradisi tempatan dan sentuhan moden.
PEMBUKAAN SEMULA UNIQLO MIDVALLEY MEGAMALL OGOS INI
Selepas pengubahsuaian baharu, UNIQLO Mid Valley akhirnya akan membuat pembukaan semula dengan rekaan dalaman yang lebih menarik.











