Skip to content

ATASI KELETIHAN DENGAN 6 GAYA HIDUP SIHAT INI

ATASI KELETIHAN DENGAN 6 GAYA HIDUP SIHAT INI

Kongsikan artikel ini
2 of 4

Terdapat beberapa cara untuk menangani keletihan yang boleh anda lakukan, antaranya:

1. Amal pemakanan yang berkhasiat

Walaupun makanan merupakan sumber utama bagi tenaga untuk badan, makan makanan yang mengenyangkan belum tentu dapat mengatasi keletihan. Cara yang tepat adalah dengan mengamalkan diet seimbang dengan zat yang mengandungi pelbagai jenis nutrien seperti protein, karbohidrat kompleks, lemak, vitamin dan mineral yang diperlukan badan.

Beberapa jenis makanan yang berkhasiat dan baik untuk membekalkan tenaga kepada badan ialah:

  • Sayur-sayuran, seperti brokoli, ubi keledek, kentang, dan bayam
  • Susu dan produknya, seperti keju dan yogurt
  • Telur, ikan dan daging atau kulit tanpa lemak
  • Kacang, termasuk badam, kacang tanah, dan gajus
  • Bijirin, seperti biji bunga matahari dan beras perang
  • Buah-buahan, seperti oren, pisang, mangga, dan kurma

Untuk berasa lebih bertenaga melalui pemakanan, anda harus mengehadkan pengambilan makanan ringan dan makanan yang diproses, seperti makanan dalam tin dan beku. Perlu juga diingatkan pengambilan setiap kategori makanan perlulah seimbang berdasarkan pengelasan piramid makanan.

2. Hadkan pengambilan kafein dan minuman beralkohol

ATASI KELETIHAN DENGAN 6 GAYA HIDUP SIHAT INI

Foto oleh Chris Benson dari Unsplash

Kafein terbukti mampu membuatkan anda terjaga dan lebih bertenaga namun dengan kesan yang sementara sahaja. Apabila efek kafein hilang, anda mungkin akan berasa letih kembali. Selain itu, pengambilan kafein yang berlebihan atau terlalu kerap juga boleh menyebabkan gejala penarikan kafein. Keadaan ini boleh menyebabkan anda berasa sukar untuk tidur, sukar untuk menumpukan perhatian, mudah cemas, berdebar-debar dan kurang tenaga atau cepat letih.

Pengambilan minuman beralkohol yang kerap juga boleh mengganggu prestasi otak dan fungsi hati serta menyebabkan gangguan tidur. Walaupun ia boleh membuat anda tertidur dengan lebih cepat, kesan alkohol sebenarnya boleh membuatkan anda pening, sakit kepala, dan kurang bertenaga pada keesokan harinya. Jika anda tidak boleh berhenti mengambil kafein dan minuman beralkohol, anda boleh mengurangkannya perlahan-lahan.

2 of 4

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

APA SEBENARNYA MAKSUD ‘MAHU MENGAHWINI LELAKI KAYA’?

APA SEBENARNYA MAKSUD ‘MAHU MENGAHWINI LELAKI KAYA’?

Bacaan Lanjut
5 ARTIS LOKAL UNTUK DIDENGARI SEKIRANYA ANDA MEMINATI ALPHA

5 ARTIS LOKAL UNTUK DIDENGARI SEANDAINYA ANDA MEMINATI KUMPULAN ALPHA

Bacaan Lanjut
GL PLAYLIST: 10 LAGU UNTUK MEMBERI HYPE KETIKA BERSENAM

GL PLAYLIST: 10 LAGU HYPE UNTUK MEMBAKAR SEMANGAT KETIKA BERSENAM

Bacaan Lanjut

RICK OWENS: BEGINIKAH RUPA FESYEN MASA HADAPAN?

Bacaan Lanjut

7 PROMOSI SEMPENA MERDEKA 2026 UNTUK MERAIKAN SEMANGAT PARTIOTIK

Bacaan Lanjut
GAYA MEWAH ZEEKR 7X BLACK NOVA

GAYA MEWAH ZEEKR 7X BLACK NOVA

Bacaan Lanjut