Skip to content

ATASI KELETIHAN DENGAN 6 GAYA HIDUP SIHAT INI

ATASI KELETIHAN DENGAN 6 GAYA HIDUP SIHAT INI

Kongsikan artikel ini
4 of 4

5. Selalu bersenam

ATASI KELETIHAN DENGAN 6 GAYA HIDUP SIHAT INI

Foto oleh Sander Sammy dari Unsplash

Senaman yang kerap boleh meningkatkan metabolisme, meningkatkan mood, dan membuatkan anda tidur lebih lena pada waktu malam.

Ini sudah tentu akan menjadikan badan lebih segar dan tidak mudah berasa letih. Anda boleh mulakan dengan melakukan senaman ringan seperti berjalan kaki selama 15 minit.

Lakukan secara teratur dan beransur-ansur dengan meningkatkan tempoh kepada 2.5 jam seminggu.

6. Tidur yang mencukupi

Tidur adalah salah satu cara untuk menambah tenaga selepas seharian melakukan aktiviti. Oleh itu, adalah penting untuk tidur sekurang-kurangnya 8 jam setiap malam supaya anda tidak mudah berasa letih. Cuba juga tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari.

Jika anda berasa letih pada siang hari, cuba tidur sebentar selama 20-30 minit. Ini boleh membuatkan anda berasa segar dan bertenaga, yang boleh membantu meningkatkan produktiviti harian anda. Selain daripada kurang tidur, keletihan juga boleh dicetuskan oleh kesan sampingan ubat tertentu, seperti antihistamin, diuretik, kemoterapi, dan ubat penurun tekanan darah.

Keletihan yang berterusan dan tidak bertambah baik malah boleh menjadi tanda penyakit tertentu, seperti anemia dan penyakit tiroid. Keletihan yang timbul akibat kurang rehat secara umumnya boleh reda dengan pelbagai cara untuk mengatasinya. Namun, sekiranya pelbagai kaedah ini tidak berkesan untuk mengatasi keletihan atau keletihan berlaku secara berterusan, anda perlu segera berjumpa dengan pakar kesihatan.

Foto: Unsplash

Baca artikel berkaitan: RUTIN SENAMAN KEGEL MENGUATKAN ‘SENJATA’ LELAKI

4 of 4

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

APA SEBENARNYA MAKSUD ‘MAHU MENGAHWINI LELAKI KAYA’?

APA SEBENARNYA MAKSUD ‘MAHU MENGAHWINI LELAKI KAYA’?

Bacaan Lanjut
5 ARTIS LOKAL UNTUK DIDENGARI SEKIRANYA ANDA MEMINATI ALPHA

5 ARTIS LOKAL UNTUK DIDENGARI SEANDAINYA ANDA MEMINATI KUMPULAN ALPHA

Bacaan Lanjut
GL PLAYLIST: 10 LAGU UNTUK MEMBERI HYPE KETIKA BERSENAM

GL PLAYLIST: 10 LAGU HYPE UNTUK MEMBAKAR SEMANGAT KETIKA BERSENAM

Bacaan Lanjut

RICK OWENS: BEGINIKAH RUPA FESYEN MASA HADAPAN?

Bacaan Lanjut

7 PROMOSI SEMPENA MERDEKA 2026 UNTUK MERAIKAN SEMANGAT PARTIOTIK

Bacaan Lanjut
GAYA MEWAH ZEEKR 7X BLACK NOVA

GAYA MEWAH ZEEKR 7X BLACK NOVA

Bacaan Lanjut