BILL GATES KEKAL TERKAYA
Tidak memeranjatkan apabila Bill Gates diumukan kekal sebagai sebagai individu terkaya di dunia untuk empat tahun berturut-turut. Berdasarkan senarai bilionair Forbes 2017 yang dikeluarkan, kekayaan Bill Gates mencecah AS$86 bilion (RM380.68 bilion), meningkat berbanding AS$75 bilion (RM331.99 bilion) tahun lalu.
Ketua Berkshire Hathaway, Warren Buffett pula menduduki tempat kedua dengan anggaran kekayaan bernilai AS$75.6 bilion (RM334.64 bilion), meningkat berbanding AS$60.8 bilion (RM269.13 bilion) pada 2016. Individu ketiga terkaya di dunia disandang oleh pengasas e-dagang Amazon, Jeff Bezos, dengan nilai kekayaannya meningkat daripada AS$27.6 bilion (RM122.17 bilion) kepada AS$72.8 bilion (RM322.25 bilion).
Dalam senarai bilionair Forbes 2017, jumlah bilionair di dunia meningkat kepada 13 peratus kepada 2,043, sekali gus menjadikan ia tahun rekod bagi jumlah bilionair tertinggi dengan nilai kekayaan meningkat 18 peratus kepada AS$7.67 trilion (RM33.95 trilion). Malah, perubahan dalam jumlah bilionair iaitu meningkat kepada 233 sejak senarai 2016 menjadikan catatan peningkatan terbesar dalam tempoh 31 tahun.
Berikut adalah senarai Top 10 Bilionair oleh Forbes 2017. (Tekan pada gambar untuk gambar penuh)
Sumber: Forbes.com
Oleh Wan Mohd Firdaus, 21 Mac 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 BINTANG HOLLYWOOD BERKELULUSAN HARVARD
Tiada ijazah diperlukan untuk bergelar selebriti berjaya di Hollywood namun lima bintang ini mempunyai latar belakang pendidikan yang mengagumkan.
RENAISSANCE FILEM BY BEYONCÉ DITAYANGKAN DISEMBER INI
Peminat fanatik Beyonce akan berpeluang menonton RENAISSANCE: FILEM BY BEYONCE yang akan ditayangkan tidak lama lagi.
“USAH RISAU TENTANG KEMASYHURAN DAN KEKAYAAN, IA AKAN DATANG SENDIRI” – DATO’ SRI BERNARD CHANDRAN #GLALPHAMEN2023
Dengan mengangkat tema “Our Heroes” tahun ini, GLAM Lelaki mempersembahkan Dato’ Sri Bernard Chandran sebagai salah seorang Alphamen 2023 yang merupakan seorang pereka fesyen terkenal dan berbakat besar malah digelar sebagai King of Fashion Malaysia.
“JANGAN MUDAH LEKA DAN LALAI DENGAN SEGALA IMPIAN YANG INDAH DI LUAR SANA” – TOMOK #GLALPHAMEN2023
Dengan mengangkat tema “Our Heroes” tahun ini, GLAM Lelaki mempersembahkan Tomok sebagai salah seorang Alphamen 2023 yang terus gemilang mewarnai industri muzik tanah air.
“KITA PERLU MENORMALISASIKAN PERBUALAN KESIHATAN MENTAL. HENTIKAN STIGMA SETIAP LELAKI PERLU “SUCK IT UP” ATAU “BE A MAN” – KHOON HOOI #GLALPHAMEN2023
Dengan mengangkat tema “Our Heroes” tahun ini, GLAM Lelaki mempersembahkan Khoon Hooi sebagai salah seorang Alphamen 2023 yang terus unggul meluaskan empayar label fesyennya dalam industri fesyen tempatan dan luar negara.
#NYFW: COOL KIDS DI PERTUNJUKAN COACH MUSIM BUNGA 2024
Coach SS24 menyajikan koleksi penuh dengan jukstaposisi antara dua aspek berbeza, pretty and tough. Jennifer Lopez hadir buat julung kalinya.