Skip to content

hubungan suami isteri

9 CARA MUDAH UNTUK MENYEMARAKKAN HUBUNGAN SUAMI ISTERI

Kongsikan artikel ini

Bagi mengeratkan lagi hubungan suami isteri, penting untuk anda dan si dia mencuba sesuatu baharu untuk di kamar.

Seks sememangnya bukan segala-galanya dalam hubungan. Walau bagaimanapun, mengekalkan seks yang menarik dan menyeronokkan untuk anda dan pasangan anda bermakna anda dan dia perlu cuba keluar daripada situasi yang sama setiap kali bersama.

Ada beberapa helah mudah yang boleh anda gunakan untuk menghangatkan hubungan anda berdua dan pada masa yang sama bantu anda dan dia mengekalkan kehidupan seks yang lebih memuaskan. 

CARA UNTUK MENYEMARAKKAN HUBUNGAN SUAMI ISTERI

Di bawah, GLAM Lelaki membincangkan tentang bagaimana anda boleh menyemarakkan kehidupan seks anda dan si dia.

1. TEMPAH PENGINAPAN HOTEL

hubungan suami isteri

Foto: Pexels

Percutian adalah salah satu idea yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri, terutamanya bagi mereka yang mempunyai anak.

Apabila anda berada di dalam rumah, terdapat banyak perkara yang berlaku. Memindahkan diri anda dari ruang anda di mana anda boleh merehatkan minda. Anda boleh memesan perkhidmatan bilik membolehkan anda berehat secukupnya untuk menikmati hubungan seksual bersama. Pendek kata, anda tidak perlu risau tentang gangguan.

2. KENAL PASTI PERASAAN ANDA

Mungkin menyemarakkan kehidupan seks anda bermakna menyesuaikan diri dengan perasaan anda tentang perbuatan itu secara keseluruhan. Jika anda mengalami perasaan yang menyakitkan semasa hubungan seks atau kebimbangan semasa melakukannya, semestinya bercakap dengan pakar profesional dapat membantu anda.

Ini benar terutamanya jika anda merasakan tindak balas ini mungkin disebabkan oleh trauma. Sama ada anda berjumpa pakar sakit puan, pengamal jururawat, ahli terapi berlesen, ataupun kaunselor klinikal, ketahui bahawa anda sedang mengambil langkah ke arah yang betul ke arah penyembuhan.

Kemudian, berbincanglah dengan pasangan anda tentang perasaan yang anda alami, dan buat pelan yang merangkumi seks yang santai dan menggembirakan anda berdua. Ingat ya, hubungan suami isteri melibatkan fizikal dan emosi, jadi jika salah seorang daripada anda tidak bersetuju atau gemarkan aksi, ini boleh memberi kesan pada hubungan.

3. AMBIL KAWALAN

hubungan suami isteri

Foto: Pexels

Untuk semarakkan lagi hubungan kelamin anda, tidak salah sekali sekala anda take charge dan beritahu pasangan anda apa yang anda mahukan. Sama ada ia memberitahu mereka di mana anda mahu disentuh atau dipegang. Itu semua cara untuk memastikan anda mendapat orgasms yang anda idamkan. Itu semua diambil kira sebagai “teamwork“.

Jika anda tidak pasti di mana hendak bermula, mulakan dengan perbualan yang mudah. Beritahu dan katakan ‘sentuh saya di sini’ atau ‘buat ini lebih perlahan’ dan anda akan mendapat keseronokan yang anda cari.

Mengarahkan pasangan anda bukan sahaja membantu memastikan anda benar-benar mendapat seks yang memuaskan, tetapi akan memberi mereka kuasa untuk mengulangi gerakan tersebut pada masa akan datang kerana mereka tahu itulah yang anda suka.

4. BERSENAM BERSAMA

Foto: Pexels

Tahukah anda berpeluh adalah salah satu cara terbaik untuk menyemarakkan perkahwinan anda? Dan ya, itu boleh ditafsirkan untuk merangkumi pelbagai, bolehkah kita katakan, “pilihan.”

Tetapi tidak kira bagaimana anda memutuskan untuk berpeluh bersama, apa yang anda perlu tahu adalah hormon endorphin yang dibebaskan akan membuatkan kita rasa lebih gembira. Sebab itulah anda digalakkan untuk get it physical!

5. YOGA PRA-SEKS

Foto: Pexels

Anda dan pasangan boleh cuba melakukan yoga pra-seks kerana ia boleh set minda yang betul terutamanya selepas seharian kerja ataupun selepas meluangkan masa bersama keluarga.

Mereka yang melakukan yoga dikatakan lebih berhati-hati dengan lengkok tubuh mereka malah ada juga yang lebih in tune dengan langkah pergerakan. Apabila anda mengenali tubuh dan minda dengan lebih baik, ia tanpa sedar boleh diterjemahkan ke dalam bilik tidur.

Tambahan pula, yoga boleh mengajar anda untuk lebih sedar tentang badan anda dan badan pasangan yang seterusnya boleh menjadikan seks lebih menyeronokkan.

6. ROLE PLAY

Kemungkinan besar anda sudah lama mengenali pasangan anda pada ketika ini. Jadi mengapa tidak menjadi orang lain untuk perubahan?

Cuba menyerikan kehidupan seks anda dengan role play. Jika anda tidak pasti di mana untuk bermula, anda boleh mulakan dengan makan malam romantis. Lakukan temu janji sebagai peluang untuk berhubung, tetapi kemudian berpura-pura anda hanya bertemu untuk kali pertama. Ia membawa sedikit spice kembali kerana jangkaan akan membina semasa anda bersedia untuk “bertemu” antara satu sama lain.

Lakukan apa yang anda mahu untuk “bersedia” untuk date, seperti memakai pakaian yang membuatkan anda berasa yakin, dan beritahu pasangan anda untuk “menjemput anda” pada masa tertentu. Kemudian, apabila anda sudah bersedia untuk pulang ke rumah, anda boleh meneruskan permainan dan berpura-pura anda tidur bersama buat kali pertama juga.

7. MENUKAR POSITION BARU

Apabila anda melakukan hubungan seks, anda biasanya melakukan perkara dan rutin yang sama. Anda mungkin sudah terbiasa dengan position yang sama. Tetapi cuba tambahkan pergerakan berbeza yang biasanya anda tidak akan cuba atau belum mencuba.

8. WORDS OF AFFIRMATION

Foto: Pexels

Puji pasangan anda! Luahkan kata-kata hati anda. Ini adalah salah satu perkara paling baik dan paling bermakna yang boleh anda lakukan untuk pasangan anda. Perkataan membawa sejumlah besar kuasa dan tujuan.

Oleh itu, jika anda merasakan sudah tiba masanya untuk menyemarakkan perkahwinan yang ‘membosankan’, ini adalah cara yang mudah tetapi berkesan.

9. RAIKAN PERKARA KECIL KEHIDUPAN

Foto: Pexels

Ceriakan mana-mana petang dengan bersantai ke tahap yang baharu sambil anda bersorak untuk perkara kecil kehidupan! Tidak semestinya anda dan dia hanya meraikan pencapaian besar seperti pekerjaan baharu, hari lahir dan ulang tahun.

Yang kecil kecil seperti hari ini anda berjaya menyiapkan laporan ataupun anda dan si dia berjaya mendapat diskaun untuk pakaian baru juga harus diraikan. It’s the small things that make people happy.

Hubungan suami isteri adalah perkara yang indah dan membahagiakan. Tetapi kadang-kadang perlu mencari cara untuk menyemarakkan perkahwinan anda. Jadi, GLAM Lelaki harapkan cara-cara yang disenaraikan dapat membantu anda!

Artikel berkaitan: Seks Agresif? Kenapa Tidak & Ini Teknik Boleh Anda Lakukan Bersama Pasangan

By Zahirah Zulkhairi
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

COACH PLAY: DESTINASI TRENDI TERBARU DI KUALA LUMPUR YANG WAJIB KUNJUNGI

Bacaan Lanjut

10 FAKTA TENTANG MOVEMBER BOLEH SELAMATKAN NYAWA ANDA

Bacaan Lanjut

CARA MUDAH MENJAGA RAMBUT BERUBAN

Bacaan Lanjut

5 TREND GAYA RAMBUT LELAKI 2024

Bacaan Lanjut
10 TIPS PENJAGAAN KESIHATAN MENTAL UNTUK LELAKI

10 TIPS PENJAGAAN KESIHATAN MENTAL UNTUK LELAKI

Bacaan Lanjut

10 MANFAAT KESIHATAN PENGGUNAAN MAINAN SEKS UNTUK LELAKI

Bacaan Lanjut